10 Jenis Ulam Untuk Awet Muda dan Sihat

10 Jenis Ulam Untuk Awet Muda dan Sihat

10 Jenis Ulam Untuk Awet Muda dan Sihat | Eh..tetiba pulak umi nak bercerita pasal ulam-ulaman.Nak nampak lebih awet muda la tu.Apa pun umi suka kalau makan ulam-ulam ni.

Cuma umi tak berapa nak mengenali la jenis-jenis ulam dan juga khasiatnya.Kalau orang dulu-dulu, zaman nenek moyang kita kan, ulam tu sudah semestinya.Tak payah di beli, kat belakang rumah sure ada ulam-ulaman ni.

Korang suka ulam yang mana? Petai ? kacang botol ? pegaga? hah,, yang mana satu ye.

So far umi kalau benda yang senang cari dan nampak depan mata tu yang umi akan beli.Dan ada sesetengahnya pun umi cari kat kedai makan je.. 🙂 

Bila terbaca satu post ni, terdapat  10 jenis ulam untuk awet muda dan sihat.Kalau ikut diet harian kita pun, kita kena ambil sayuran hijau yang tidak di masak.Kenapa tak dimasak? supaya bila kita ambil sayuran hijau yang belum di masak, khasiatnya banyak lagi kalau dibandingkan dengan yang dah di masak.Nak tau tak 10 jenis ulaman untuk awet muda tu?

10 Jenis Ulam Untuk Awet Muda dan Sihat

PEGAGA

Antara ulam yang popular dan senang untuk dijumpai.Umi suka kalau buat Kerabu Pegaga ni.Pegaga ni boleh je di makan macam tu je atau bersama dengan sambal.Dan boleh juga buat jus tau.Amalan minum air rebusan pegaga boleh dikatakan boleh menaikkan seri wajah.Hah!! dah cuba ke belum?

Kalau korang nak tahu, Ulam pegaga telah diiktiraf oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai herba menjana kecerdasan berfikir dan membantu peredaran darah serta kesihatan kulit.

JANTUNG PISANG

Jantung pisang bukan si jantung hati ye..Sila hati-hati.Jantung pisang ni berwarna keunguan yang boleh di dapati di pokok pisang..Bukan pokok lain ye.Tinggi serat dan mampu membantu elak sembelit dan ia dijadikan menu yang baik semasa bulan puasa.

Jantung pisang ni boleh di celur atau dimasak lemak putih ataupun boleh buat kerabu.

Umi suka celur je, lepas tu buat air asam letak cili banyak-banyak.

PETAI

Sape je yang tak suka dengan petai ni kan.Buat apa pun sedap walau bila makan petai ni, bukan setakat mulut je berbau, malah kencing dan berak pun boleh berbau.Aduiii..Pastikan simbah air banyak² bila melepas.

Tapi Petai juga mempunyai khasiatnya tersendiri. Berdasarkan kajian, buah petai yang berbintil-bintil pada papannya dikatakan mengandungi kadar protein dan lemak yang tinggi berbanding tumbuhan hutan yang lain, iaitu sebanyak 8%.

Kandungan lain yang ada dalam petai adalah karbohidrat, air, kalsium, fosforus, zat besi, vitamin A, B1, B2 dan C.

Biji petai dikatakan berkesan merawat penyakit jantung, kencing manis, mencuci buah pinggang dan untuk mengeluarkan cacing daripada kanak-kanak yang kecacingan.

 

ULAM RAJA

Ulam raja ni pun senang gak nak dapat.Dan juga senang nak tanam.Ulam raja ni perlu dicuci bersih dan terus boleh di makan mentah.Dikatakan, ibu dalam pantang digalakkan makan ulam raja.Khasiat ulam raja ni adalah untuk meremajakan kulit dan boleh diamalkan untuk awet muda gitu…

 

KACANG BOTOL

Tetiba umi teringat kerabu kacang botol..Sedapnya lahai..Kacang botol ni boleh je dimakan terus begitu atau digoreng.Ia dikatakan kaya dengan protein dan juga mineral.

TIMUN

Yes, umi antara peminat timun.Timun ni banyak jenis jugak tau.Umi suka yang jenis timun jepun tu..Sedap dan rangup.Timun ni boleh mengatasi masalah sembelit dan gastrik.

CEKUR

Ulam cekur sering digunakan oleh ibu yang sedang berpantang untuk kecutkan rahim dan membuang angin.Buat masa ni umi belum pernah lagi makan cekur ni untuk buat ulam.Next nak cuba jugak nanti

SELOM

Daun selom biasa dimakan bersama laksa Kedah atau dibuat urap. Dijadikan ulam juga tidak kurang enaknya.Mengandungi pelbagai nutrisi antaranya kalsium dan vitamin C yang baik kesihatan.Daun selom juga mudah ditanam dan boleh tumbuh meliar di kawasan berair dan lembap.

REBUNG
Selain dibuat masak lemak, rebung juga boleh dijadikan ulam. Rebus dan hiriskan. Khasiat rebung pula membantu turunkan kolesterol, menyihatkan sistem pencernaan dan bantu proses detoksifikasi badan.

Nampaknya lepas ni umi kena rajinlah masak rebung.. 😛 

KADUK

Jangan terkeliru ye kerana daun sirih juga merupai daun Kaduk.Siapa yang suka makan Miangkham tu, taulah rasanya macam mana..Umi tak pernah lagi makan daun kaduk macam tu je.Daun Kaduk ni boleh di makan mentah atau pun dicelur.Air rebusan daun kaduk dikatakan dapat melawas kencing, melegakan selsema, sakit pinggang dan juga sengal² tulang

 

https://www.freemalaysiatoday.com

 

So, lepas ni kenalah rajinlah berulam-ulaman..sekarang ni umi rajin makan peria je dan timun.Kalau ulam raja tu makan kat kedai, nampak kat umi memang umi bedal jugak.Tetiba teringin nak cari pegaga..Buat kerabu pun sedap kan.

 

Loading

2 Comments

  1. SA suka je ulam-ulam ni..senang nak cari kalau pi pasar malam..SA cari pucuk gajus..kat Seremban ni payah jumpa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *