10 Jenis Sayur dan Buah untuk Sumber Vitamin C Sewaktu Sahur | Sahur bukan sahaja perlukan nasi, apa yang penting bagi memastikan kita berpuasa dalam keadaan yang sihat sentiasa.
Untuk bulan puasa ni, umi banyak mengamalkan pengambilan buah-buahan dan sayuran untuk kesihatan.Bulan puasa nilah kita kena lebih berjaga-jaga kerana bulan puasa ni, kalau kita tak perasan kita akan makan lebih dari biasa.
Dan pemakanan kita itu tanpa kita tak sedar, makanan yang boleh menyebabkan kita dekat dengan penyakit.
Di saat kita berpuasa, pengambilan makanan dan minuman semestinya tidak sama seperti sewaktu tidak berpuasa kan.Kurangnya pengambilan makanan dan minuman ini membuatkan keperluan nutrien dan bitamin yang kita ambil tidak dipenuhi dengan baik.
Salah satunya adalah keperluan Vitamin C untuk tubuh badan kita.Jadi, kita perlu tahu apakah makanan dan minuman yang mengandungi Vitamin C yang boleh kita ambil sewaktu kita bersahur?
Buah dan sayuran yang boleh memenuhi keperluan vitamin C sewaktu sahur
Vitamin C atau asid askorbat merupakan salah satu vitamin penting yang perlu kita tahu ianya penting untuk tubuh badan kita.Vitamin C berandaat sebagai antioksidan yang bertugas mencegah kerosakkan sel-sel tubuh akibat pendedahan kepada radikal bebas.Pengambilan Vitamin C ke dalam tubuh boleh melalui pengambilan makanan yang tinggi kandungan Vitamin C atau supplemen dalam pelbagai bentuk.
Untuk memenuhi keperluan Vitamin C sewaktu berpuasa, kita boleh memasukkan sayur dan buah-buahan ini ke dalam menu sahur kita.
Antara buah dan jenis sayuran yang diperlukan adalah :
1. Jambu biji
Selain pengambilan buah limau. salah satu buah yang menjadi sumber vitamin C adalah buah jambu batu.Kandungan vitamin C pada 100 gram buah jambu boleh mencapai 108 mg vitamin C.Kandungan vitamin C pada buah jambu bahkan lebih banyak berbanding kandungan vitamin C pada buah limau.
Kandungan vitamin C pada buah jambu batu bermanfaat untuk menjaga sistem imun tubuh serta memiliki sifat anti keradangan.Jika kita tidak suka makan buah jambu ni secara langsung, kita boleh jadikan ianya sebagai jus.
2. Epal
Kandungan vitamin C pada buah epal baik itu epal merah mahupun epal hijau juga cukup tinggi. Kandungan vitamin C pada 100 gram buah epal adalah sebanyak 5 mg vitamin C. Anda boleh mengambil buah epal untuk memenuhi keperluan vitamin C sewaktu sahur. Anda boleh mengambil buah ini sebelum makan makanan utama sewaktu sahur.
3. Betik
Selain kandungan vitamin A yang tinggi pada buah betik, buah betik juga mengandungi vitamin C. Kandungan vitamin C pada 157 gram buah betik boleh mencapai 95.7 mg. Manfaat lain dari buah betik adalah membantu melancarkan metabolisme pencernaan tubuh.
4. Strawberi
Strawberi merupakan salah satu jenis buah daripada kelompok buah beri. Kandungan vitamin C pada 100 gram buah strawberi iaitu sebanyak 83 mg vitamin C. Kandungan vitamin C pada buah strawberi bermanfaat membantu mencegah radikal bebas, mencegah keradangan, serta mengurangkan risiko penyakit kanser.
5. Markisa
Buah yang dapat memenuhi keperluan vitamin C sewaktu sahur adalah buah markisa. Buah ini memiliki beberapa kandungan di antaranya vitamin C, serat, kalori, dan protein. Kandungan vitamin C pada 100 gram buah markisa adalah sebanyak 72 mg vitamin C.
6. Kubis
Walaupun ramai orang yang tidak menyukai kubis atau sebarang sayur secara amnya, namun kubis boleh membantu menjaga kesihatan tubuh, bagaimana? Kerana 100 gram kubis mengandungi 92.6 mg vitamin C. Pengambilan kubis setiap hari boleh mencukupkan keperluan serat sekitar 5 gram, 50 kalori dan 3.76 gram protein.
7. Brokoli
Brokoli memiliki bentuk seperti kubis bunga namun berwarna hijau padat. Sayuran ini sering dimasak sebagai sup, bubur atau masakan lain. Dalam 100 gram brokoli ditemukan 49 mg kandungan vitamin C, 3 gram serat, 23 kalori dan 1.76 gram protein. Vitamin C dalam brokoli sangat baik untuk mencegah kanser dan sebagai agen antioksida dalam tubuh.
8. Kubis bunga
Kubis bunga banyak boleh diubah menjadi pelbagai jenis masakan. Selain rasanya yang lezat dan renyah, 100 gram brokoli mengandungi 26 mg kandungan vitamin C. Kubis bunga juga mengandungi 2 gram serat, 12 kalori dan 1.23 gram protein. Vitamin C dalam kubis bunga sangat baik untuk menyokong kesihatan tubuh, mempertahankan kekebalan tubuh dan melawan serangan bakteri dan kuman penyebab jangkitan.
9. Labu kuning
Labu kuning disukai oleh ramai orang tua karena memiliki rasa yang lembut, mengenyangkan dan boleh diubah kepada pelbagai macam lauk. Dalam 100 gram labu kuning ditemukan kandungan 23 mg vitamin C, labu juga mengandungi serat hingga 2.1 gram, 23 kalori dan 1.23 gram protein. Kandungan vitamin C dalam buah labu kuning juga berperanan untuk melawan radikal bebas, mencegah kanser dan mengurangkan risiko kesan penuaan awal.
10. Cili benggala hijau
Cili benggala hijau memang tidak terkenal seperti cili benggala merah. Cili benggala hijau hanya disukai oleh beberapa orang sebagai campuran salad atau hiasan dalam masakan. Namun ternyata cili benggala hijau memiliki kandungan nutrien yang sangat penting untuk menyokong kesihatan tubuh. Dalam 50 gram cili benggala hijau, terdapat sekitar 56. 5 gram kandungan vitamin C, 1.6 gram serat, 13 kalori dan 0.52 protein. Kandungan semua nutrien ini boleh membantu memenuhi keperluan tubuh setiap hari.
Hah..Nampaknya semua 10 jenis sayuran dan buah-buahan di atas umi selalu ambil, cuma takdelah makan macam tu je.Mybe umi kena lebih makan sayur yang segar tanpa memasaknya.Barulah rasa segar.
Jom amalkan makanan yang sihat, barulah kesihatan lebih terjaga kan?
Info : Hellodoktor
Pagi ni Sis sahur brocoli kukus aje dengan kentang sebiji hahahaha…then minum susu pisang Lofar…kalau buah, buah apalagi kalau bukan buah mangga hahahaha
itu pun dah kenyang kan sis…