10 Jenis Indoor Plants wajib ada di dalam rumah

10 Jenis Indoor Plants wajib ada di dalam rumah

10 Jenis Indoor Plants wajib ada di dalam rumah | Ramai umi tengok bila musim PKP ni yang rajin menanam pokok-pokok Indoor dan Outdoor.Yelah.Masa stuck sebulan lebih tak bekerja kan? Adalah masa nak menghias rumah dengan pokok-pokok.

Lagipun ada pokok-pokok indoor dan outdoor yang sangat bagus untuk supply oxygen dan tak kurang juga memberikan aura yang positif untuk penghuni di dalamnya.

Yang paling best adalah melihat kehijaun di dalam rumah sendiri.Umi juga antara yang menyukai Indoor dan Outdoor plant.Tapi umi tak suka yang jenis berbunga ni.Sebab yang jenis berbunga ni penjagaan dia lebih rumit.

So, mesti korang tak taukan kebaikkan apabila kita tanam indoor plant niJom kita lihat apa kebaikkan yang terdapat pada tanaman Indoor plant ni.

[Baca Juga : Money Plant Sebagai Penghias meja ]

KEBAIKKAN TANAM INDOOR PLANT

  • Supply oxygen di dalam rumah
  • Mengurangkan allergi
  • Menyerap aura negatif
  • Meningkatkan fokus
  • Mempercepatkan proses recovery
  • Pokok pun bertasbih

ANTARA JENIS POKOK INDOOR PLANT YANG BOLEH KITA LETAKKAN DI DALAM RUMAH

  • Snake Plant

 

Antara pokok Indoor yang paling mudah sangat untuk dijaga dan menjadi pilihan utama mereka yang minat dengan pokok-pokok ni.Snake Plant sangat bagus untuk meneutralkan udara dari gas-gas toksik.So, umi paling suka untuk letak snake plant ni di dalam rumah.

 

  • Monstera Deliociosa

Pokok Monstera ni sangat cantik .Daun yang besar dan merupakan indoor plant yang boleh dikatakan senang juga nak jaga.Pokok ini dikatakan mampu menyerap formaldehyde yang berbahaya kepada kesihatan manusia.So, sangat sesuailah jika ianya di hias di dalam rumah.

 

 

  • Money Plant

Money plant ni senang untuk dijaga.Kelebihan menanam Money plant di dalam rumah selain hiasan menghijaukan suasana dan mampu membersihkan bahan cemar bawaan udara seperti VOCs, benzene,toluene, formaldeyde, carbon monoxide dan xylene.Selain mudah untuk dijaga ia juga senang untuk dibiakkan.Money plant ni jugak mampu meningkat kelembapan dalam udara.

Cara mudah tanam pokok Money Plant ni cuma ambil keratan dahannya sahaja.Boleh di tanam di dalam pasu berisi tanah ataupun di dalam air sahaja.

 

  • Spider Plant

10 Jenis Indoor Plants wajib ada di dalam rumah

‘Spider Plant’ merupakan pokok hiasan yang paling mudah untuk dijaga walaupun korang  tidak memiliki kemahiran untuk bercucuk tanam. Spider plant  adalah pokok hiasan yang selamat dan mampu untuk mengeluarkan beberapa dozen anak pokok yang senang untuk dicantas dan ditanam semula.

Cara penjagaan: Spider plant boleh diletakkan    di mana saja kerana ia tidak memerlukan suhu dan pencahayaan yang tinggi. Ia cuma memerlukan sedikit air sahaja. Namun begitu, kita  perlu membiarkan tanahnya untuk kering sebelum menyiram semula.

Oleh kerana anak pokoknya berjuntai, adalah dinasihatkan untuk mengantung pokok hiasan ini di tempat yang tinggi untuk mengelakkan gangguan dari haiwan kesayangan korang tu ye.

 

 

  • Areca/Golden Palm

Jika kita mempunyai ruangan rumah yang luas dan memerlukan pookok hiasan yang bercirikan suasana tropika, Pokok ini adalah yang paling sesuai.Ia juga mampu meningkatkan pengudaraan di dalam rumah kita.

Cara Penjagaannya : Pokok ini tidak memerlukan cahaya yang terlalu terang dan tahan juga tidak perlu terlalu lembab.Kita tidak perlu menyiramnya setiap hari sekiranya tanah masih lagi lembab.Pokok ini juga mudah tumbuh di tempat yang terang dan meerima pencahayaan secara tidak langsung.

 

  • Boston Fern

Boston Fern mempunyai daun-daun hijau yang banyak dan merupakan antara pokok hiasan penapis udara semulajadi yang terbaik. Bukan itu sahaja, ia boleh membersihkan udara toksik berbahaya di dalam rumah, dan ia juga boleh melembapkan udara secara semulajadi.

Cara Penjagaan: Pokok hiasan ini boleh tumbuh dengan sempurna dalam persekitaran yang mempunyai kelembapan yang tinggi dan tidak memerlukan cahaya yang banyak. Cukup sekadar menyemburkan air secara harian dan letakkan di ruang yang sejuk.

 

 

  • Tradescantia Zebrina

Pokok berwarna ungu ini juga dikenali sebagai Zebrina Pendula dan ia amat sesuai untuk digantung di tepi tingkap atau di atas meja. Ia juga amat mudah untuk dijaga dan cepat tumbuh selain diminati kerana warna daunnya yang menarik.

Cara Penjagaan: Tradescantia Zebrina merupakan pokok hiasan yang mudah tumbuh dan  boleh di siram sekali sekala ataupun setiap hari (batangnya akan layu sekiranya tidak disiram dengan lama). Pokok hiasan ini juga menyukai persekitaran tanah yang lembap.

Selain itu, pokok ini memerlukan pencahayaan matahari secara langsung tapi jangan letakkan pokok ini di tempat yang terlampau terdedah dengan sinaran matahari yang terik kerana daunnya mudah kering sekiranya terdedah dengan suhu yang terlalu panas.

 

  • Aloe Vera

Aloe Vera atau dikenali dengan lidah buaya sangat popular dan hampir setiap rumah ada menanamnya.Aloe vera ni banyak manfaatnya dan gel Aloe Vera dikatakan boleh menyembuhkan kulit daripada kesan melecur.Penjagaan Aloe Vera ni juga sangat mudah tetapi memerlukan siraman setiap hari.

 

Cara Penjagaannya : Hanya perlu diletakan dekat dengan cahaya matahari dan siraman setiap hari.Pokok Aloe Vera ni ramai yang letakkannya di bilik air dan di ruang dapur.

 

  • Fiddle Fig

Daun pokok Fiddle Leaf Fig adalah besar dan lebat, dan batang pokoknya sendiri boleh tumbuh dengan tinggi. Jadi pokok ini sesuai untuk mengisi ruang rumah korang  untuk nampak ‘penuh’.

Korang  juga kena  pastikan yang pokok Fiddle Leaf Fig ni dapat cahaya yang secukupnya.

Kalau nak tahu bila nak siram, cucuk tanah dalam pasu tu dengan jari anda. Kalau anda rasa permukaan (dalam satu inci) tanah tersebut kering, tandanya dah tiba masa untuk siram.

Ia  juga boleh dilap daun pokok ini bila dah banyak habuk, supaya ia boleh menyerap cahaya matahari dengan lebih efisien, serta nampak cantik dan kemas.

 

 

  • Succulent

Pokok yang nampak macam kaktus kecil ni adalah paling comel dan paling senang untuk dijaga.

Succulent adalah sangat kecil dan ada macam-macam saiz dan rupa, jadi ramai yang beli beberapa jenis succulent untuk dapatkan gabungan yang cantik.

Pokok ini perlukan cahaya, jadi pastikan ainya diletakkan di bahagian tingkap rumah. Korang tak perlu siram selalu pokok ni untuk terus hidup ye.

 

 

Sebenarnya banyak lagi jenis tanaman indoor yang boleh korang dapatkan. Yang umi pilih ni tanaman yang umi rasa cantik di mata umi.Jom umi share pulak tips penjagaan indoor plant ni supaya lebih sihat dan sedap mata memandang.

 

 

 

TIPS PENJAGAAN POKOK DALAM RUMAH

At least korang pilih dahulu jenis pokok yang korang nak letak di dalam rumah.Mungkin ada jenis pokok yang berbeza penjagaannya.Tipsnya adalah :-

  • Pastikan aliran air pokok dijaga-Ini memastikan yang air tidak terlalu banyak dan menyebabkan akar pokok menjadi reput.
  • Tukar pasu bila perlu – Bila pokok membesar, sudah tiba masanya ditukarkan kepada pasu yang lebih sesuai.
  • Siram air secukup rasa – Nak siram air bukan sampai habis lecun pokok tu,Cukuplah sekadar melembabkan tanah.
  • Kemaskan daun dan tanah– Bersihkan tanah dengan daun-daun kering supaya ia tak menarik serangga untuk datang.Perhatikan juga mana-mana daun yang nak mati tu dan cantas semula supaya nutrien akan pergi ke daun-daun yang memerlukannya.

 

Hah..Itu dia sedikit sebanyak tentang Indoor plant yang umi dan korang kena tahu.Semoga bermanfaat.

 

 

 

 

 

Loading

9 Comments

  1. nak jugak cuba belajar and jaga all these plants. it’s healing

  2. Tq sharing. Dapatlah ena belajar nama2 pokok ni hehe. Cantik belaka. Memang sesuai deko dalam rumah sambil neutral udara.

  3. Banyak yang ko update tu, semua Sis ko letak luar di taman mini, sebabnya Suami semak mata letak pokok dalam rumah huhuhu adeiii…nasib le ada mini garden …

  4. Author

    ada banyak lagi yang kita boleh letak dalam rumah sis..kita suka letak kat dalam pokok lidah jin tu je

  5. suka tengok pokok pokok renek ni . tumbuh menghijau. senang dijaga

  6. Author

    kan…yang senang jaga ni bagus la untuk orang yang kurang ada masa nak belek pokok..hehehe

  7. Sesungguhnya ini yakni info yang baik dan berguna. Saya puas Anda baru-baru ini membagikannya info berguna ini dengan kami. Tolong berikan kami info terakhir semacam ini. Terima kasih telah share.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *