10 Aneka Resepi Talam Wajib Cuba | Paling suka talam keladi, selain tu banyak je jenis talam yang ada, jangan ada talam dua muka sudahlah kan?
Talam makanan dengan talam dua muka lain tau.Kalau dapat talam dua muka memang boleh hancur hidup.Tapi kalau dapat talam kuih ni, menyerikan kehidupan gitu.Tapi kalau selalu sangat makan, boleh dapat penyakit.
Apa pun bersederhana dalam mengambil makanan kegemaran korang ye.
Of course bila sebut pasal talam ni, umi suka sangat dengan talam keladi.Tapi seriously tak pernah lagi cuba buat kuih talam ni.Selalunya umi order je.Nak juga share dengan korang 10 aneka resepi talam wajib cuba.Yang ni umi memang dah selalu makan, tapi bukan selalu buat.Lambet lagi la umi nak buat.Tunggu kerajinan tu naik sehingga 100% ok lah kan
[Baca juga : 10 Resepi Kek Batik Wajib Cuba ]
Tanpa membuang masa korang mendengar bebelan dari umi ni, moh kita tengok cara buat kuih talam ni.Semua ni aneka kuih talam ni bagi umi sedap.Umi kan orang lama, mestilah suka kuih-kuih lama.Tapi banyak juga resepi kuih talam yang dah diperbaharui dan nampak lagi sedap untuk dicuba kan?
10 ANEKA RESEPI TALAM WAJIB CUBA
Jom tengok resepi kuih talam yang pertama ni.Of course umi letak yang favourite umi dulu yek.
#1 Resepi Kuih Talam Keladi
Bahan bawah
- 150 gram keladi
- 1 cawan tepung beras
- 11/2 tbsp tepung ubi kayu
- 150ml santan
- 3 tbsp gula
- 350ml air
- Sedikit garam
Bahan Atas
- 3/4 cawan tepung gandum
- 1/2 cawan gula
- 2 biji telur
- 125 ml santan
- 250 ml air
- pewarna ungu
Cara-cara
- Kupas keladi dan potong dadu.Rebus hingga empuk
- Kemudian satukan kesemua bahan bawah(kecuali keladi) ke dalam periuk bersih.Kacau rata dan masak sehingga adunan suam.Masukkan keladi rebus tadi
- Tuangkan adunan ke dalam loyang 8 inci, dan kukus selama 15 minit.
- Sementara itu, satukan kesemua bahan untuk lapisan atas.Masak sehingga suam, kemudian tuangkan ke atas adunan bawah yang sudah masak tadi.
- Tapis untuk mendapatkan kuih yang halus.Kukus lagi 15 minit.Sejukkan dan talam sedia untuk dihidangkan
#2 Resepi kuih talam jagung
Bahan lapisan bawah
- 1 1/2 cawan tepung beras
- 1/2 cawan tepung gandum
- 1/2 cawan tepung kastard
- 1 cawan gula
- 1 cawang jagung krim
- 3 1/2 cawan santan
- 1 st pewaran kuning
- 1 st garam
Bahan Lapisan atas
- 2 cawan santan pekat
- 1 cawan air
- 1 cawan tepung gandum
- 2 sb tepung jagung
- 1 sb tepung sagung ubi
- 2 biji telur
- 2 sb gula pasir
- 1 st garam
- Pewarna hijau/pandan
Cara Membuat lapisan bawah
- Campur semua bahan kecuali jagung, blender semua bahan dan baru masukkan jagung
- Kacau sekejap di atas api( sehingga naik wap).Tuang ke dalam loyang dan kukus selama 20 minit.Sebelum masukkan bahan ke dalam loyang , make sure sapu loyang dengan minyak dan lapik dengan plastik.
Cara Membuat lapisan atas
- Blender semua bahan.Masak sekejap di atas api dan kemudian tuang ke dalam bahan lapisan bawah tadi( cakar sedikit dulu permukaan kuih lapisan bawah dengan garfu)
- Kukus lagi bahan tadi selama 20 minit atau sehingga masak.Potong dan hidangkan
[ Baca Juga : 10 Koleksi resepi apam mudah nak buat ]
#3 Resepi Talam berlauk
Resepi asal : Azie Kitchen
Untuk Lauk:
Bahan bahagian bawah:
Cara cara:
#4 Resepi Talam Gula Merah

Bahan-Bahan A(Lapisan bawah)
- 1 cawan gula merah dimasak dengan 1 cawan air.Jika mahukan lebih manis boleh tambah sedikit gula pasir
- 1 1/2 cawan tepung gandum
- 1 sudu makan tepung ubi.
- 1 sudi besar air kapur
- 1 sudu besar kicap pekat untuk dapatkan warna yang lebih cantik
- 2 cawan air
Cara penyediaannya
- Satukan air gula merah dengan air biasa dengan menjadikan 3 cawan air
- Campurkan tepung, air kapur, kicap dan gula pasir( jika nak lebih manis)
- Kemudian tapiskan
- Masukkan ke dalam kuali sehingga naik wap.Jangan biarkan sampai pekat.
- Masukkan dalam loyang dan kukus selama 15-20 minit dengan api yang besar.
Bahan B ( Lapisan atas)
- 2 1/2 cawan santan pekat
- 1 1/2 cawan tepung beras
- 1 sudu teh garam atau secukup rasa
Cara membuatnya
- Satukan semua bahan dan kacau sebati.Kemudian tapiskan
- Masukkan ke dalam kuali sehingga naik wap.Tuangkan di atas lapisan gula merah tadi.
- Kukus lagi selama 25 minit atau sehingga masak.
- Biarkan sejuk seketika dan barulah boleh potong
#5 Resepi Talam Cendol
Bahan A
- 200 gm tepuing beras*
- 250 ml santan pekat*
- 450 ml air*
- 1 sudu makan tepung jagung*
- 150 gm gula kastor
- 1 sudu teh garam
Bahan B
- 200 gm cendol
Cara membuatnya
- Satukan bahan-bahan yang bertanda * dan tapis ke dalam periuk.Masukkan bahan lain di dalam A
- Masak Bahan A sehingga naik wap ( Make sure jangan terlalu pekat.Gunakan senduk kayu untuk mengacau agar tiada ketulan tepung.
- Angkat dan masukkan cendol. Gaul rata
- Masukkan ke dalam loyang yang telah disapu dengan sedikit minyak dan dialas dengan plastik
- Kukus selama 25 minit
#6 Resepi Kuih Talam Ubi Kayu
Bahan:
600 gm ubi kayu
1 biji kelapa parut
sedikit gula merah
sedikit gula pasir
1/2 cawan tepung gandum
Cara:
Ubi kayu diparut , diperah buang airnya.Kelapa diambil santan untuk membancuh adunan. Bancuh ubi dengan santan cair, gula merah dan gula putih, masukkan ke dalam loyang dan kukus.
Sementara itu, bancuh bahagian kepalanya iaitu dua cawan santan pekat, Campurkan sedikit tepung gandum dan garam. Apabila adunan ubi sudah masak, tuangkan adunan kelapa ke atasnya, kemudian kukus semula hingga masak.
#7 Resepi Talam Pisang
Tak pernah lagi merasa talam pisang ni.Mybe nanti kena cuba jugak ni buat.Dah ler anak umi tu suka pisang.
Bahan A Lapisan Bawah
- 1 cawan tepung beras
- 1/2 cawan gula
- 2 cawan santan cair
- 1 cawang pisang – dilecek kasar
- sedikit garam
Cara memasak
- Masukkan semua bahan di atsa kecuali pisang ke dalam bekas.Kacau adunan sehingga sebati.Setelah itu masukkan pisang
- Masukkan adunan ke dalam loyang.Pastikan loyang sudah di sapu dengan minyak disekelilingnya.Tuang adunan ke dalam loyang dan kukus selama 20 minit
Bahan B Lapisan atas
- 1 1/2 cawam tepung beras
- 3 cawan santan pekat
- sedikit garam
Cara memasak
- Campurkan kesemua bahan ke dalam bekas dan kacau sebati.Setelah itu panaskan di atas api yang kecil.
- Bila adunan A dah masak, cucuk-cucukkan dengan garpu di atasnya dan tuang adunan B
- Kukus semula selama 15 minit
- Sejukkan dahulu barulah dipotong dan dihidangkan
Untuk permukaan talam yang cantik, pastikan tutup pengukus ditutup dengan kain supaya air wap tidak jatuh ke atas kuih kita tadi.
#8 Resepi Talam Pandan
Bahan lapisan bawah
- 1 cawan gula pasir
- 2 cawan besar tepung gandun
- 2 cawan besar tepung ub
- 4 3/4 cawan air ( nak letak santan pun boleh)
- Sedikit pewarna hijau
- 1 sudu teh garam
- 10 helai daun pandan
Cara memasak
- Kisar daun pandan dan kemudian tapi
- Masukkan tepung gandum, tepung ubi, gula, garam dan pewarna ke dalam air pandan tadi
- Kacau sebati dan masak di atas api seketika.Kacau menggunakan senduk kayu supaya tidak berketul
- kemudian tapis ke dalam loyang.Make sure loyang telah di sapukan minyak disekelilingnya
- Kukus selama 20 minit
Bahan lapisan atas
- 1 1/2 cawan santan pekat
- 1 cawan tepung beras
- 1/2 sudu teh garam
Cara memasak
- Satukan kesemua bahan.Kacau sebati dan tapis.Tuang ke atas adunan yang dah masak tadi.
- Kukus lagi selama 20 minit.Dah siap, buka penutup kukus dan kukus lagi selama 5 minit untuk mengelakkan air bertakung di atas kuih.
- Biarkan sejuk seketika dan barulah boleh dipotong
#9 Resepi Talam Kacang Hijau
Kredit Resepi : Chef Asma Nordn
Bahan Adunan A – Lapisan kuning
- 200gm gula pasir
- 150 gm tepung beras
- 100 gm tepung gandum
- 1 tbsp tebung ubi
- 250ml santan pekat
- 600 ml air
- 1 tsp garam
- 1 tsp pewarna kuning telur
cara memasak
Satukan bahan di atas.Tapis dan jadikan 1200 ml( jika tak cukup tambah air).Bahagi kepada 4 bahagian
Bahan Adunan B – Lapisan Hijau
- 150 gm tepung kacang hijau
- 100 gm tepung gandum
- 80 gm tepung ubi
- 200 gm gula pasir
- 250 ml santan pekat
- 600 ml air
- 1 tsp garam
- 1 tsp pewarna hijau epal
Cara memasak
Satukan semua bahan di atas.Tapi dan jadikan 1300 ml( Kalau tak cukup tambah air lagi)Bahagi kepada 4 bahagian
Cara melapis
- Bahagi setiap adunan kepada 4 bahagia.kukus lapisan kuning dahulu, apabila masak kukus lapisan kedua adalah hijau.
- Ulangi langkah no.1 hingga ke lapisan ke lapan
- Kukus setiap lapis selama 8-10 minit dan setiap lapisan hendaklah dicakar dengan garfu
- Kukus bahagian akhir selama 15 minit.Apabila masak angkat dan sejukkan di suhu bilik sebelum dipotong
#10 Resepi Talam Pulut Sekaya

Bahan-Bahan
- 500gm beras pulut
- 300ml santan pekat
- 300ml air
- Secubit garam halus
- Sedikit minyak masak
- 5 biji telur ayam
- 4 biji telur itik
- 4 keping gula melaka (saiz sederhana)
- 1 helai daun pandan
- 3 kuntum bunga cengkih (jika suka)
- Secubit garam halus
Cara Membuatnya
- Rendam pulut sekurang kurangnya 4 jam. Basuh bersih dan toskan
- Campurkan pulut bersama santan air dan garam, kemudian kukus hingga masak.
- Lapikkan loyang dengan plastik yang disapu dengan sedikit minyak
- Tuangkan pulut ke dalamnya. *Tekan-tekan supaya pulut mampat dan kemas
- Taburkan sedikit tepung gandung di atasnya. Ketepikan
- Satukan telur dan bunga cengkih, lalu dipukul sedikit.
- Masak gula melaka dengan sedikit air dan daun pandan sehingga gula larut
- Tuangkan ke dalam adunan telur, gaul rata dan masukkan sedikit garam
- Seterusnya, tuangkan bancuhan ini di dalam loyang berisi pulut sebagai lapisan atas
- Kemudian kukus semula lebih kurang 30 minit dengan api sederhana.
- Angkat dari pengukus dan sejukkan sebelum dipotong.
Bila tengok resepi-resepi ni rasa nak mencuba pulak.Tunggulah umi beli loyang baru yang besar sikit.Kang tak jadi pulak kalau loyang tak sama kan? So, selamat mencuba 10 aneka resepi talam wajib cuba di rumah ni ye