You Need to Try These fast Foods When You are in Malaysia

You Need to Try These fast Foods When You are in Malaysia

You Need to Try These fast Foods When You are in Malaysia| Rugi kalau datang Malaysia tetapi tak mencuba pelbagai jenis Fast Food yang ada di Malaysia ni.

Makanan segera atau dikenali dengan Fast Food ni memang sentiasa di cari orang.Kebanyakkannya yang menjual fast food ni adakalanya beroperasi 24 jam.Jadi mereka yang selalu sangat kelaparan di tengah malam, malas nak masak atau takde masa nak mencari makanan yang lain, fast food adalah tempat yang akan mereka cari.

Bukan kata mereka je yang mencari, kekadang umi ni pun kalau dah malas nak masak, umi akan order fast food.Kalau rajin terus ke cawangan fast food berdekatan, kalau tak rajin, call je, sure mereka akan melayan korang sampai ke depan pintu rumah.

Biasalah kan, dunia semakin maju, semuanya di hujung jari, jadi kalau tak digunakan, rugilah kan 🙂 🙂 

Apa je Fast Food atau makanan segera yang ada kat Malaysia ni.Banyak, terlalu banyak tau.Jadi kalau korang ke Malaysia dan tak mencuba makanan-makanan yang akan umi sebutkan di bawah ni, sangatlah rugi.Oh ya..Kalau travel ke Malaysia, pastikan korang download dulu aplikasi yang membolehkan korang memesan makanan pada bila-bila masa .

And Yes, you need to try these fast foods when you are in Malaysia.Betul sangat tu.Memang korang patut cuba segala fast food yang ada di Malaysia ni.Jadi apakah jenis fast foods yang ada di Malaysia ni yang patut korang cuba?

Kalau umi nak cerita fast foods di Malaysia ni dari A to Z memang banyak.Sampaikan umi rasa boleh buat 3 atau 4 page untuk cerita pasal fast food ni.Tapi umi ambil yang senang orang cari dan mempunyai banyak cawangan di Malaysia ni.Yang penting senang untuk korang cari dan order kan.Jom umi senaraikan antara Fast food yang ada di Malaysia ni dan apakah jenis fast food yang patut korang cuba bila ke Malaysia ni ye.

 

FAST FOOD RESTAURANT DI MALAYSIA

Di bawah ni umi senaraikan Fast Food Restoran yang ada di Malaysia yang korang boleh pilih mengikut kehendak korang nak makan ape.

  • McDonalds
  • Texas Chicken
  • Pizza hut
  • Dominos
  • My Burger Lab
  • Old Town 
  • Burger King
  • Subway
  • Meals Station
  • Koffee Bar
  • Full want
  • Gloria’s Jeans Coffee
  • Dunkin Donats
  • Kenny Rogers
  • Dipndip

dan banyak lagi lah…Banyak korang boleh tengok cawangan Fast Food kat Malaysia ni yang boleh hantar makanan sehingga depan pintu rumah atau Hotel yang korang menginap sewaktu di Malaysia.Semua tu korang boleh tengok dekat website atau aplikasi Fast Food Delivery Malaysia By Foodpanda.

 

Itu baru umi senaraikan cawangan fast food yang ada kat Malaysia ni.Belum lagi makanan-makanan segera yang korang patut cuba bila datang Malaysia tau.Hah!! nak ke umi senaraikan? Of courselah boleh.Umi boleh senaraikan makanan yang patut korang cuba.Dan yang penting korang takkan hampa dengan pilihan umi ni

You Need to Try These fast Foods When You are in Malaysia

Meh umi tunjukkan dekat korang makanan yang melambangkan Malaysia.Maksudnya makanan yang ada di Malaysia yang tak boleh dapat di Negara-negara lain..Jom tengok list di bawah ye.

MARRYBROWN RENDANG AYAM

Apa yang menunjukkan Malaysia sangat tu of course lah rendang kan.Tak mungkin korang akan dapat di luar dari Malaysia kan.Menu terbaru Marrybrown ni korang wajib cuba tau.Umi dah dua kali repeat MB Rendang Ayam ni..Memang recommended sangat-sangat

NASI LEMAK BURGER AYAM MCDONALDS

Kalau takde menu Nasi Lemak bukan Malaysia namanya ok..McDonalds bukan sahaja ada Menu Nasi Lemak Burger, malah ada juga Menu Nasi lemak tau.

NASI LEMAK MCD

Nasi lemak Mcd yang cukup dengan bahannya.Cuma untuk menu ni umi belum pernah cuba lagi.So, apa lagi yang melambangkan Malaysia? Korang patut baca entry ni sampai habis.

D24 DURIAN McFLURRY

Ada jumpa di Negara lain tak selain Malaysia 😀 Of course hanya ada di Malaysia.Ikut musim jugak tau Mcflurry Durian ni tau.Kalau takde musim durian maka takdelah McFlurry ni.

Dan last sekali walaupun ada banyak lagi menu fast food di Malaysia ni yang umi nak recommend, tapi takkan boleh nak cerita satu entry sahaja kan.

SYOK BREAKFAST MEALS MCDONALDS

Dalam menu breakfast ni korang akan dapat rasa Cakoi Bubur Set dan juga Pulut Hitam Pie yang sangat payah korang jumpa di luar sana.

Pendek kata semuanya sedap.Takde yang tak sedap melainkan yang sedap-sedap belaka.

Dan sebab tulah korang kena cuba all the food yang umi senaraikan di atas… Good Food , happy tummy..heheheh

Loading

1 Comment

  1. Paling teringin nak rasa ayam rendang Marry Brown tu. Lama dah rasanya keluar kan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *