Yang perlu Kita Tahu Dan Kongsikan

Assalamualaikum



Nak sharing dengan korang satu perkara yang mungkin kita tidak tahu dan sedar…
Insyallah bermanfaat untuk berkongsi bersama korang.
MENURUT kajian sains, kandungan gas ozon pada waktu pagi lebih tinggi daripada waktu lain. Gas ozon ini juga amat penting untuk tubuh badan anda. Jika anda mandi sebelum waktu subuh, ia bukan sahaja membersihkan malah memberikan kesegaran dan manfaat untuk tubuh badan anda.


Antara manfaatnya ialah:

1. Kulit lebih lembut dan halus.
Pada waktu pagi selalunya anda akan memasang “water heater” untuk mendapatkan air yang hangat dan menghilangkan kesejukan. Selepas ini, jika anda memiliki lingkaran hitam di bawah mata, mandi menggunakan air sejuk dapat mengurangkan kegelapan pada bawah mata. Begitu juga dengan kuku, ia akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. kulit pula menjadi
lebih lembut dan halus.

2. Melancarkan peredaran darah.
Jika peredaran darah anda lancar maka tubuh badan anda akan menjadi lebih sihat dan bertenaga. Malah anda juga boleh melakukan aktiviti seharian tanpa rasa letih.

3. Meningkatkan kesuburan.
Kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila anda mandi pada waktu pagi. Ia dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.

4. Mengurangkan risiko darah tinggi.
Untuk anda yang memiliki penyakit darah tinggi, mungkin ini merupakan salah satu cara untuk anda mengurangkan penyakit anda. Insya ALLAH, dengan izin ALLAH, jika ia diamalkan selalu, penyakit anda akan pulih.

5. Mengurangkan tekanan serta tenang.
Air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. Bagi anda yang mengalami depresi, inilah cara yang terbaik utk anda menghilangkannya. Oleh itu, ubahlah tabiat kepada mandi pagi sebelum subuh.

6. Meningkatkan sel darah putih.
Mandi dengan air sejuk, ia akan meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh badan. Apabila sel darah putih banyak, maka daya tahan penyakit dan tubuh badan boleh melawan virus. oleh itu, anda tidak mudah untuk dijangkiti dengan sebarang penyakit.

Sumber dari : Facebook

Loading

4 Comments

  1. baru tau ni..tq info ini siti..kena rajinlah amalkan mandi ini utk kesihatan diri

  2. pernah dengar gak petua org tua2 suh mandi subuh.. bagus jugak ek rupenye.. pasni kene try mandi subuh2 ari.. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *