Warung Wak Songkok Menu Sarapan Best

Warung Wak Songkok Menu Sarapan Best | Begitulah nama kedai yang aku sempat terjah hari minggu yang lepas.Tempat sarapan pagi best di Pasir Gudang memang recommended kat sini.

Warung Wak Songkok Menu Sarapan Best

Nampak tak berapa hari dah peram cerita hujung minggu ni.Bukan apa, kang kalau hari-hari aku dok cerita pasal makan je, maunya korang bosan kan.hahah..Warung Wak Songkok ni takde kena mengena dengan Warung Wak Kentut tau.Mungkin sama pada Warung Wak tu..Tapi di belakangnya berbeza.Bukan itu sahaja,Tempatnya jugak berbeza.Warung Wak Songkok ni terletak betul-betul di tepi jalan Kampung Cahaya Baru menghala ke Kong Kong Pasir Gudang.

Warung Wak Songkok ni tak perlu diperkenalkan lagi oleh orang-orang Pasir Gudang khususnya yang duduk berhampiran kedai ni.Memang setiap pagi, akan FULL HOUSE. Ramai yang rela menunggu dan beratur demi mendapatkan hidangan yang disediakan di kedai ini.

Warung Wak Songkok Menu Sarapan Best

Hari minggu yang lalu, saja nak keluar makan sarapan dengan keluarga abang umi tu hah..Plan memang nak ke situ sebab memang dah lama tak bersarapan di warung ni.Walaupun ramai orang, alhamdulillah…dapat jugak kami tempat tanpa perlu berdiri lama.

Warung ni kecil je tau, tak besar mana pun.Tapi orang ramai terpikat dengan rasa masakkan yang terdapat disini.

Di warung ni, korang boleh lah menikmati sajian seperti  mee rebus, Lontong kering, Lontong Basah, Bakso, Soto Roti Canai dan juga Sate yang dijual diluar warung ni.

 

Untuk pagi tu, umi order mee rebus dan juga Soto nasi untuk bebudak.Yang lain-lain ada order lontong kering, bakso, mee soto dan lontong kuah.

Ni jelah yang sempat umi snap sebelum masuk makanan dalam perut.Yang lain memang tak sempat umi snap.Kalau dah bawa budak berdua ni, memang payah ler umi nak pegang phone.

Warung Wak Songkok Menu Sarapan Best

Warung Wak Songkok Menu Sarapan Best roti tampal..roti canai kat sini sedap dan lembut

Warung Wak Songkok Menu Sarapan Best

Warung Wak Songkok Menu Sarapan Best

Itu jelah menu yang sempat untuk umi snap.Yang lain memang tak sempat dah..Kemahin semua lapar nak makan.Sebelum bebudak buat hal, elok sangat cepat-cepat bagi diorang makan.

Kepada korang yang lalu di kawasan ni, jangan lupa singgah di Warung Wak Songkok ni. Kalau yang tak boleh nak menunggu lama tu, sila cari kedai lain.Dan untuk korang yang suka makan sate waktu pagi, jangan risau, kat luar tu pun ada..

Ok, meh la ummi siap-siap bagi alamat dan maps untuk ke sini.Senang nanti korang nak terjah..

Alamat 

Warung Wak Songkok

Loading

6 Comments

  1. suzie pn suka sarapan kat sana.. makanan nya semua sedap.. paling suka mee rebus..??

  2. tak pernah lagi makan situ. pinggan dia sama pinggan kita ler. hehehe.. kalau dah sampai sanggup menunggu tu memang sedap la kan..

  3. Author

    betul..akak pun suka makan mee rebus dia tu..sedap kan

  4. Author

    hahaha…kalau husband akak dia akan cakap gini, kalau ramai orang, mesti sedap kedai ni..

  5. Aku kalau makan kat sini, suka makan soto dia.
    Dulu kalau lps zumba je pagi, mesti geng ajak ke sini..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *