Wajib Top up Penjagaan Muka dari Althea.Kr

Wajib Top up Penjagaan Muka dari Althea.Kr | Siapa suka stock barang penjagaan peribadi kita geng!!

Haha..Umi kalau tengok sesuatu benda yang umi pakai tu nak habis, kemurungan tau.Bukan apa, taknaklah bila dah habis baru beli.Tapi tu pun selalu juga berlaku.Kadang lupa, tak check samada stock banyak lagi ke tidak.

Bila dah ada duit tu, tak leh berlengah.Kena jugak stock barang² ni dengan kadar segera..hahahah.

 

Oklah jom tengok apa yang umi shopping kat Althea.kr ni.Semestinya produk-produk yang sememangnya umi gunakan hari-hari.

FOAMING CLEANSER HERB DAY 365

 

POWER 10 FORMULA VC EFFECTOR (30ML)

Sebelum ni umi guna yang hijau, tapi kali ni umi nak try yang kuning ni pulak.Umi nak cuba yang kuning ni sebab dia ada Vitamin C dan juga Green Tea ekstrak untuk menghilangkan kesan-kesan jerawat tu.

 

SOOTHING CLEANSING FOAM ALOE VERA

Ni umi belikan untuk adik umi yang teringin sangat nak guna pencuci muka aloe vera.So, umi hadiahkan la satu untuk dia kan…Sharing is Caring

SOOTHING & MOISTURISE ALOE VERA 

Yang ni umi dah pakai sebelum adik kebas…hahahaha…Sejuk je bila pakai soothing gel ni tau.Buat kulit tak berminyak dan rasa licin je.

FOUNDATION BRUSH

Actually umi suka pakai sponge dari pakai brush bila apply foundation.Tapi saja nak try pakai brush ni.Mana tau best kan pakai brush dari Althea ni.

Walaupun jarang sangat umi apply foundation kat muka ni, nak jugak merasa…hahahah

AC-ME-PEACH ANTI BLEMISH MASK SHEET

umi beli 10 pcs untuk stock. Terima je mask ni terus masuk dalam peti ais.Bila² nak pakai, terus amik kat peti ais..Haruslah kena letak. Barulah rasa sejuk je bila pakai mask.

 

Hah… korang kalau nak try beauty produk dari Korea ni boleh la usha² website mereka di bawah ni ye.

https://my.althea.kr

 

 

siti Rohaida

Mommy Blogger | Johor Blogger (JDT Blogger) For Any Collaboration | Events | Review | Sponsorship Email : sitirohaida81@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *