Wajib Beli Buku Bila Ke Kedai Eco - Kisahsidairy.com

Wajib Beli Buku Bila Ke Kedai Eco

Wajib Beli Buku Bila Ke Kedai Eco

Wajib Beli Buku Bila Ke Kedai Eco | Bila sebut je Kedai Saka, Umi pasti ramai yang tahu kedai apa tu kan?

Serious memang bersaka sebab selalunya bila ke sini, bila mencari sesuatu, akan terjumpa sesuatu yang lain.Bakul kosong dari awalnya, boleh ke berbakul-bakul tau.

Selalunya bila umi ke sini, bila stock plastik sampah dah habis.Hahaha.. Kalau dah beli plastik sampah, umi akan ambil 5-6 bungkus untuk buat stock.Senang, jadi takdelah kena pergi selalu kan.Dah nama kedai SAKA, Kalau masuk kang, mau berplastik-plastik bawa balik.Selain dari plastik sampah, apa lagi yang umi beli?

Kalau kat tempat buku, umi paling suka sebab umi mencari buku-buku latihan untuk dak Naura buat.Kalau tak buku, pensil, color pensil dan sebagainya.Tapi mostly umi banyak belikan dia buku-buku untuk dia buat kat rumah.

Semalam, masa hantar mak balik ke kampung, Singgah la ke kedai Eco Bandar Penawar.Masa tu memang plan nak beli plastik sampah, penyapu dan sedikit keperluan rumah.Tak lupa jugak saja nak meninjau buku-buku baru yang umi boleh belikan untuk Dak Naura ngan kakak.

Ada pulak koleksi Upin Ipin, memang ler dia angkut.Nasib baik takde gambar little pony, kalau tak sure punya dia nak.

Sekarang pun Eco dah keluarkan buku-buku latihan untuk anak-anak yang baru nak belajar menulis, membaca dan sebagainya.Tak perlu belikan buku-buku mahal pun untuk anak yang baru nak belajar menulis.Janji ianya menarik, dalaman buku tu boleh di buat oleh anak dah memadai bagi umi.

Ternampak pulak buku jawi ni,So umi belikan satu untuk dia.Sambil dia mengaji nanti, bolehlah lepas tu buat latihan ni pulak.

 

Selain buku-buku latihan macam tu, ada juga buku-buku cerita yang simple.Tunggu dak Naura dah pandai membaca sendiri, umi akan belikan lagi.Kat rumah pun still ada lagi buku-buku #mommyhappy yang umi belikan untuk dia.Sebab kenapa perlu beli buku-buku dari Mommyhappy, nanti umi akan cerita di entry yang lain.

Sedang memberikan banyak latihan tangan untuk dak Naura.Nak suruh dia buat latihan menulis ni kekadang boleh menguji kesabaran umi.Bila naik rotan, barulah dia cepat je buat.Kalau tak sambil buat sambil main.Masa yang umi peruntukkan sejam tu, memang untuk satu huruf je yang dia buat kalau takde rotan di sebelah.

Rotan tu bukanlah untuk umi memukul.Cuma gertak je supaya dia cepat buat latihan tu.

Sebelum masuk sekolah, boleh la umi train dia kat rumah.Homeschooling kat rumah tetap diteruskan.

Lately ni dia banyak nak tengok HP je pulak…Rasanya umi kena bertindak untuk menghitamkan mata dia…Tunggu next project umi.Kalau berjaya alhamdulillah…

 

Mommy Blogger | Johor Blogger (JDT Blogger) For Any Collaboration | Events | Review | Sponsorship Email : sitirohaida81@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *