Tukar Susu Punca Awfiyah berkahak - Kisahsidairy.com

Tukar Susu Punca Awfiyah berkahak

Tukar Susu Punca Awfiyah berkahak

Assalamualaikum
Bila terbaca entry farah bubbly disini,baru teringat tentang penukaran susu awfiyah yang menyebabkan dia batu berkahak.
Kononnya ummi si awfiyah nie nak ler cari susu yang lain untuk dia memandangkan dia dah terlalu sihat..heheh..Aku pun dok usha kat pasaraya susu untuk bayi berusia 3 bulan.Ternampak lactogen dan Dupro..tanpa berfikir panjang terus aku pilih Lactogen.
Bagi dalam 2 hari gitu dah berbunyi dada si awfiyah..Rupanya kahak dah banyak dalam kerongkong dia tu.Dah nampak perubahan dari segi buang air besar,selalu cherry berry yang kerap.
hasil ihsan google..
Selepas dari terdengar kahak dia tu aku dah stop bagi dia susu lactogen.Memang menyesal tahap gaban sebab tukar susu dia.Ahad lepas aku terus beli semula susu yang sebelum nie Similac LF..memang lepas nie aku takkan tukar susu lagi la nampaknya..Biarlah sampai dia setahun pun tak pelah….petang semalam pun kuat jugak bunyi kat dada dia tu..Nak ke Hospital takut kena tahan pulak..korang pun maklum kan bila dah masuk hospital nie,macam -macam la yang dia buat..Mana kena cucuk,masuk gas,kena sedut kahak lagi…Takmo la berlaku kali kedua untuk awfiyah..bila aku cerita kat jiran semalam,dia kata lactogen memang tak sesuai dengan baby..HOH!!!…adeh…nyesal..

Ni masa Nur awfiyah kena masuk gas…Babah dia terpaksa melayan dia,,kalau tak habis dia haruk gas tu sampai terpelanting…isk..iskk…dasyat anak aku nie..Dah ghupe allien je ummi tengok..,
Nasib baik la berat badan awfiyah tak susut masa tu..
Ada aku cerita kat officemate aku pasal nie,dia pun tak hantar anak dia pi hospital masa tu.Cari ubat kat farmasi..Tapi kenalah atas arahan ahli farmasi betul-betul kan..Nampaknya cerita anak dia,sama macam jalan cerita si awfiyah nie..
Last-last malam semalam aku gagah mencari farmasi yang menjual ubat..Ubat tu pun atas saranan ahli farmasi kan..so taklah risau sangat..janji jangan terlebih dos yang dibenarkan..
Inilah ubat yang aku beli semalam..Hari ni baru start bagi dia..Harap kahak dia akan pulih…Kesian la tengok dia batuk-batuk macam tu..
Lepas ni nak kena hati-hati memilih susu untuk dia…Peringatan untuk aku..Mana tau ada rezeki untuk fiyah dapat adik..tak ler kelam kabut kan..

Mommy Blogger | Johor Blogger (JDT Blogger) For Any Collaboration | Events | Review | Sponsorship Email : sitirohaida81@gmail.com

25 thoughts on “Tukar Susu Punca Awfiyah berkahak

  1. tu lah… sufi dah 2 tahun masih bergayut lagi kat mama.. dah dibelikan susu tepung.. tak mahu gak kak..

  2. semoga awfiyah cepat sembuh..betul, bukan semua baby sesuai dengan semua jenis susu.. jadi hati2 semasa memilih susu untuk anak2..biar mahal skit asalkan anak2 ok..

  3. Owhh begitu puncanya ye kak. Anim pun bagi anak Lactogen gak dulu, tapi anak tak mengalami masalah kahak ni, cuma bila sampai satu tahap dia akan cerry berry dan bila Anim tukar ke susu lain otomatik ok dah.

    Semoga awfiyah cepat sembuh ye. Kahak ni memang masalah besar bagi ibubapa.

  4. Assalamualaikum kak, dah stop susu badan ke buat back up susu? ritu ada gak suami sheila belikan susu tepung. Adam minum tak sampai 2 kotak, terus kami stopkan. masa tu terpaksa kasi FM sebab susu kurang. pastu nak buat stok ebm nak masuk kerja. alhamdullilah. skrg dah takda campur susu. bertahan 2 minggu je FM. memang kuat adam minum, tapi tidurnya lena lain macam. hahaha perut baby tak sesuai nak hadam susu FM….

  5. Nasib baik ida cepat sedar sebab tukar susu.
    Sebaiknya kalau nak tukar susu tu jgn terus tukar 100%. Kalau kakak dulu campur sikit-sikit dgn susu yg dah biasa dia minum. Contohnya dulu anak kakak minum snow. Ada snow baby sampai setahun dah tu tukar ke besar sikit hinggalah yg sampai dah sekolah. Jadi masa nak tukar tu kalau buat 3 scoop mulakan campur satu scoop yg baru + 2 yg lama. Pelan-pelanlah…

    Harap Awfiyah cepat sembuh. Email kakak zakiepurvit@hotmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *