INFO

Tukar Simpanan Shariah KWSP Secara Online

Tukar Simpanan Shariah KWSP Secara Online | Actually dah lama nak bertukar kepada Simpanan Shariah iaitu simpanan di KWSP yang kita tolak setiap bulan tu agar dapat diuruskan oleh KWSP dilaburkan mengikut Syariah.

Walaupun dah lama wujudnya Simpanan Patuh shariah ni, baru minggu ni umi berkesempatan untuk bertukar kepada simpanan ni.Itu pun sebab teman nenek buat pengeluaran akhir KWSP milik dia.Masa tu lah umi ambil kesempatan untuk buat semula i-akaun kwsp supaya senang kerja umi lepas ni.Mungkin ada dikalangan pembaca umi dah tau tentang ni ataupun dah bertukar kepada simpanan shariah ni.Pada yang belum dan tak tau apa itu Simpanan Patuh Shariah dari wang kita di KWSP, meh umi ceritakan sedikit tentang tu ye.

PILIHAN SIMPANAN PATUH SHARIAH

Simpanan Shariah merupakan pilihan yang ditawarkan oleh KWSP bagi membolehkan ahli KWSP memilih untuk akaunnya diuruskan dan dilaburkan mengikut Syariah.Jadi kita tak perlu risau tentang duit kita bila kita dah tau kemana duit itu dilaburkan.

CIRI UTAMA SIMPANAN SHARIAH

  • Semua ahli KWSP tanpa mengira agama, bangsa dan status warganegara boleh memilih Simpanan
    Shariah
  • Simpanan Shariah diuruskan dan dilaburkan berdasarkan AKad Wakalah di mana Lembaga KWSP dilantik dan di amanahkan untuk bertindak bagi pihak ahli untuk menguruskan dan melaburkan simpanan ahli mengikut syariah
  • Simpanan Shariah diperakukan oleh Jawatankuasa Penasihat Shariah,KWSP(JKPS) dan tertakluk kepada Rangka Kerja Tadbir Urus Syariah.
  • Kadar Dividen yang akan diisytiharkan untuk Simpanan Shariah adalah berdasarkan prestasi sebenar pelaburan patuh syariah yang diuruskan dan dilaburkan oleh KWSP 
  • Ahli KWSP yang memilih Simpanan Shariah tidak boleh membatalkan pilihannya selepas tarikh kuat kuasa dan kembali ke Simpanan Kovensional.

 

Untuk Info yang lebih lanjut tentang simpana Shariah ni korang boleh lihat di link di bawah ni ye.

So, bagaimana pulak nak bertukar kepada Simpanan Konvensional kepada Simpanan Syariah.Hari tu umi ada buat melalui Online.So sangat memudahkan umi lah bila semuanya boleh di buat melalui online sahaja.Jom tengok cara-cara tukar simpanan Konvensional kepada Simpanan Syariah melalui online ni.

cara-cara tukar simpanan Konvensional kepada Simpanan Syariah melalui online

Step pertama :

Korang mestilah ada i-akaun tau.Kalau takde, korang kena pergi ke KWSP untuk buat I-akaun KWSP ni.Bagi umi,wajib korang ada benda ni sebab kalau nak cetak atau nak lihat caruman, korang boleh je print melalui i- Akaun ni.

Bila dah masukkan semua id dan password, korang carilah  Simpanan Shariah.Kemudian korang klik di Register Now tu

Tukar Simpanan Shariah KWSP Secara Online

Step kedua :

Kemudian korang tengoklah info yang korang update dulu betul ke tak..kalau ada perubahan,silalah ubah ye.

 

Step ketiga :-

jika korang dah pastikan maklumat yang korang bagi tu betul..tick kat kotak tu yang menandakan semuanya mengikut syarat E-akad tu…bukan akad nikah tau…hahahah,,kalau akad nikah kena jumpa tok kadi..dia takde E-akad ni okeh…peace

Step keempat :-

confirmkan kesemuanya barulah korang request tac macam korang nak request tac online banking.Make sure korang dah update no telefon untuk terima tac tu ok.Lepas korang received no tac yng diberikan di handphone tu, teruslah masukkan ke ruang tac tu.

Step kelima :-

Dah siap dan korang print dan simpanlah rekod korang tu.Korang akan menerima pesanan ringkas mengatakan tarikh kuatkuasa untuk simpanan shariah tu nanti..Bukan terus ubah tahun ni jugak tau..Macam umi Simpanan Syariah tu akan dikuatkuasa pada tahun 2020..tahun depan..okeh..

Hah..itu jelah yang umi  tau dan dah pun umi buat untuk simpanan syariah akaun umi ni hah…Harap dapatlah membantu korang..Kalau mana yang tak betul tu, boleh je bagitahu umi kat mana ye…

Untuk Maklumat lanjut boleh baca di website KWSP ye.

Blog tentang parenting, info, resepi masakkan ,panduan kerja di rumah, review produk, sharing info Johor, review makanan,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *