Tosca @ Double Tree By Hilton JB Kembali Dengan Menu Terbaru

Tosca @ Double Tree By Hilton JB Kembali Dengan Menu Terbaru

Tosca @ Double Tree By Hilton JB Kembali Dengan Menu Terbaru

Tosca @ Double Tree By Hilton JB Kembali Dengan Menu Terbaru| The best Place in Johor untuk merasai Masakkan Italian.Dengan adanya Cheese Room yang paling utama untuk merasai keju pilihan dari Eropah.

Sebut pasal cheese ni, siapa je tak suka kan..Umi antara penggemar cheese.Walaupun umi jarang nak tau jenis dan nama² cheese, yang penting cheese tu rasa sedap..hehehe…

CHEESE ROOM DI RESTORAN THE TRATTORIA STYLE @ DOUBLE TREE BY HILTON JOHOR

Antara jenis Cheese yang berada di dalam CHEESE ROOM ini adalah UK(Blue Stilton, Applewood Smoked Cheddar), Italy(Gorgonzola Provolone, Soresina Dolce, Taleggio, Grana Padano) Switzerland(Ementhal), Spain(Queso Iberico, Manchego Dop) Netherlands( Edam Beemster) Ireland(Wicklow Cheddar) and France (Bleu Bressem Roquefort Crouzat, Camembert, Brie, Cantal Jeune, Rondin Goat Cheese, Petit Pave D’auge, Raboliot Crouzet, Langres Aop, Comte Aop, Le Napoleom Commingeois Brebis) dan banyak lagi.

Actually Cheese room ni dibuka semula selepas stock cheese kembali semula.Yelah, bukan senang nak dapatkan cheese  yang berkualiti ni kan.So, kalau korang nak merasai pelbagai jenis cheese yang disebutkan di atas, tak payah lah nak terbang ke Eropah semata-mata sebab nak rasa cheese mereka kan.Terus je ke sini The Trattoria-style restaurant Double Tree by Hilton JB dan korang boleh merasai cheese di atas ni dengan harga RM38.00 nett seorang.So, sementara cheese stock ni masih ada, wajiblah korang terjah kan.Umi beruntung sebab dapat merasai cheees yang pelbagai tu di dalam Cheese Room yang hanya ada di Tosca Restoran Double Tree By Hilton Johor ni.

Tosca @ Double Tree By Hilton JB Kembali Dengan Menu Terbaru

Hah. Ni Yang ni umi nak bagitau korang ni.Menu terbaru dari The Trattoria Style Restaurant di Double Tree By Hilton Johor bahru.

Ada 7 menu terbaru yang umi nikmati malam kelmarin.Semua menu yang disediakan  sangat menarik dan of courselah umi tak pernah cuba pun.And kali ni umi dan blogger serta media lain dapaltah merasai makanan dari Eropah yang berasaskan Cheese tu.Seriously memang sedap dan sangat recommend kat korang yang menikmati Italian Cuisine ni.

Menu pertama yang dihidangkan untuk kami pada malam tu adalah

Menu Antipesto – chef Recommendation

Bahan di dalam menu ni adalah Italian Artisan Board, Turkey Chorizo, Air Dried Beef, Turkey Pepperoni, Shaved Pecorino, Buffalo Mozarella & Sun Dried Tomato Bruschetta, Goat cheese, Marinated Olives, Red Onions dan juga Mostarda.

 

Menu berikutnya pula adalah :-

Insalata Caprese – ( untuk mereka yang Vegetarian )

 

Patutlah kan orang-orang sana sihat belaka, makanan mereka pun memang menyihatkan.Chef menggunakan Buffalo Mozarella, Vine Tomato dan juga Pesto Emulsion.

Insalata Di Gamberi

 

Tengok Tiger Prawn tu memang menyelerakan tau.Makan apatah lagi.Memang sedap bila dah diadun dengan bahan-bahan seperti Cherry Tomato, Kalamata Olives, Capers, Shaved Shallot dan juga lemon dressing.

Menu yang umi memang recommend korang untuk mencuba adalah seperti di bawah ni :-

Calzana Bomba atau dikenali di Malaysia sebagai Karipap giant πŸ™‚

 

Ia merupai karipap tetapi dalamnya ada yang menarik tau bila bahan yang digunakan adalah Turkey Ham, Zuchhini, Artichoke, Tomato Sauce, Basil Pesto.Memang unik kan makanan Italian ni.Memang korang patut cuba tau.

Untuk Jenis Pizza ni selain Calzana Bomba korang juga boleh pilih untuk mencuba Quattro Formaggi kerana bagi umi yang ni pun sedap.Habis mana yang tak sedapnya?? πŸ˜‰ 

Quattro Formaggi 

Bahan yang ada di dalam pizza Quattro Formaggi ni bukan di dalamnya ada maggi ye.Sebaliknya adalah  Gorgonzola, Pecorino, Telggio, Mozzarella, Roasted Tomato, Italian Sausage dan juga Pine Nuts.

And menu selainnya adalah….Aduiii..rasa tak larat la nak tulis dan masukkan gambar ni.Masing terasa lagi kesedapan kesemua menu yang dihidangkan pada kami malam tu tau.

Dan menu yang umi ternanti-nanti pada malam tu adalah Pasta…hehehe

Pasta Vongole

Bahan yang digunakan di dalam Pasta Vongole ni adalah Anger Hair pasta, Clams, Garlic dan cherrry Tomato.

Yang bestnya korang tabur banyak-banyak cheese yang diberikan di meja kami malam tu,,uishhh…memang ler bertambah kesedapannya.

Pasta yang kedua untuk kami nikmati pada malam tu :-

Scoglio Pasta -Chef Recommendation

Nampak merah menyala, tapi tak pedas pun sebab  Pasta ni menggunakan  Squick Ink Pasta, Tiger Prawn, Scallop, Mussel, Roasted tomato, Italian Sausage dan juga Tomato Sauce.

Dan dua Main Menu yang disediakan pada malam tu pulak :-

Wagyuu Beef Burger

 

Dari rasa daging sehinggalah  kentang gorengnya tu, memang sedap.Walaupun perut rasa nak pecah, tapi mulut tetap mengunyah.Cuba nak rasa sikit, tapi banyak jugak yang masuk ke mulut.Memang sedap.

Wagyuu Beef Burger ni menggunakan Brioche Bun Caramelized Onion, Fontina Cheese, Tomato Pasto dan juga Steak Fries.

 

Yummehhhhhh πŸ˜† πŸ˜† πŸ˜† πŸ˜† 

Main menu keduanya yang patut korang cuba.Memang  kena cuba tau.sebabnya korang akan rasa kesedapannya bila pertama kali korang menggigit Brasato Di Manzo ni.

Brasato di Manzo

 

Dagingnya yang lembut tu memang betul-betul menggoda keimanan untuk makan dan makan lagi tau.Brasato di Manzo ni adalah Balsamic Glazed Beef Cheecks, Caremelized Butter Mash dan juga Sauteed Baby Vegetables.

Dan masa yang umi nanti-nantikan adalah dessert iaitu menu terakhir dalam Menu Italian Cuisine ni.

Affogato dan Gianduja

Vanilla Gelato, Espresso, Mascarpone Shortbread, Biscotti, Drambule manakala Gianduja pula adalah Praline Cream Parfait, Caramelized Hazelnut dan juga Gelato.

Untuk Meat Lovers, ini ada sesuatu untuk korang tahu tau..Kalau korang suka dengan bahagian Striploin, Shortloin,Rib eye dan juga OP ribs, kangan lepaskan peluang untuk merasainya kerana ia hanya ada di Tosca Restaurant Double Tree By Hilton JB .Daging-daging tersebut telah diperap di dalam Meat Ageing Machine selama 21 hari tau bagi mengekalkan rasanya yang sama.So, sangat rugi untuk korang lepaskan peluang merasai kenikmatan daging bersama sos pilihan korang antaranya :-

  • Porcini Mushroom Soup.
  • Black Pepper Sauce
  • Red Wine Sauce

Jangan risau kalau korang beragama islam, mereka akan menyediakan berlainan sos yang boleh korang makan.

Oh ya, Menu-menu di atas korang boleh dapatkan dengan harga ala carte sahaja tau..So, untuk korang tau dengan details  atau korang nak buat reservations, boleh terus call 07-268 6868 atau email kepada JohorBahru.FB@hilton.com

 

Mommy Blogger | Johor Blogger (JDT Blogger) For Any Collaboration | Events | Review | Sponsorship Email : sitirohaida81@gmail.com

2 thoughts on “Tosca @ Double Tree By Hilton JB Kembali Dengan Menu Terbaru

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *