Jumanji : The next level

Tonton Jumanji : The Next Level di Infinity Hall TGV Toppen Tebrau

Tonton Jumanji : The Next Level di Infinity Hall TGV Toppen Tebrau | Pernah tak dulu-dulu bila tengok TV di rumah, korang baring dan pakai selimut.Best kan..Dapat berlunjur kaki sambil duduk dalam selimut.

Hah!! Begitulah umi dapat rasakan bila dapat menonton wayang di kerusi yang empuk, sambil pakai selimut.Uihhhh..Rasa nak tidur pun ye.Keadaan ni semua korang boleh nikmatinya bila korang menonton di pawagam TGV Cinema Toppen Tebrau yang baru di buka baru-baru ni.

Memang seronok tau.

Bukan setakat boleh menonton dalam selimut, korang jugak boleh menikmati hidangan ala-ala VIP bila korang memilih untuk menonton di bahagian Infinity iaitu di Couple Seat.Sebab dekat Couple seat sahaja korang boleh dapat selimut.Dan umi nak bagitau korang awal-awal tau..Kalau korang pilih yang nak seat ni memang untuk couple sahaja.Kalau korang nak datang sorang pun takpe,Tetap bayar untuk 2 seat ni okeh!!

 

INDULGE LOUNGE TGV CINEMA TOPPEN TEBRAU JOHOR BAHRU

Hari tu umi berpeluang untuk menonton wayang di Tgv Toppen Tebrau untuk seat Infinity dan sambil lepak-lepak di Indulge Infinity sebelum wayang bermula.Memang chill habis tau.Dah rasa makan kat Hotel pulak.

Umi tunjukkan sekitar Indulge Lounge area di TGV Cinema Toppen ni  pada korang.Korang book tiket awal then datang awal, jadi sebelum masuk tu, boleh menikmati makan di area Indulge Lounge TGV Cinema Toppen Tebrau ni

Kebetulan pulak dessert pilihan umi tak sampai-sampai sehingga bermulanya tontonan kami pada pukul 8.45 malam.Jadi rasa melepaslah kan bila tak dapat menikmati menu terakhir umi tu.

Rupanya tidak tau!! sebab mereka akan bawa makanan tu untuk korang jika korang memilih seat couple indulge Infinity.Dan yang paling best adalah bila korang pilih seat ni, korang dapat menikmati menu makanan yang disediakan.Nak order just tekan bell yang di sediakan di sebelah seat korang.Kat situ korang boleh pilih samada nak makan atau minum.Mereka yang akan hantar makanan tu kat korang..Syok ke tidak?

Pilih jelah menu yang korang nak makan sambil menonton cerita kegemaran korang tu.Harga makanan kat situ ok lagilah..Boleh lagi dalam budget..Bukan harga Hotel..hahaha

Bab makan ok lagi, tapi bab seat dengan selimut tu buat umi teruja sangat.Seat tu pulak boleh buat kita berlunjur kaki.Tapi malangnya hanya di kaki je.Kan best kalau dapat rendahkan sikit di bahagian kepala tu.Baru lagi syok kan..Yelah…kalau dah terlebih selesa kang, takut tertidur pulak kat dalam tu.Wayang ke mana, cerita ke mana.

Screen dan sound system jangan cakap ler.Memang berbaloi pun kalau korang beli tiket harga mahal sebab diorang menggunakan Dolby atmos speaker yang terbaik dari ladang.

So, dah sedap tengok wayang dengan suasana yang best tu, macam mana pulak ye review tentang Jumanji : The Next Level ni?

 

JUMANJI : THE NEXT LEVEL REVIEW

Filem ini mengisahkan empat sekawan yang terperangkap di dalam permainan video. Dalam cubaan menyelamatkan seorang rakan, Spencer, mereka perlu berdepan dengan satu misi penting sebelum boleh keluar daripada permainan tersebut.Spencer tulah buat hal lagi..Dah terbabit dengan kawan-kawannya yang lain.Bagi umi cerita kali ni lebih kepada komedi yang sangat-sangat menghiburkan..

Untuk Jumanji The Next Level ni berdebar dia tak macam Jumanji yang lepas-lepas..Bila keluar je lagu latar Jumanji ni serius rasa berdebar, apa akan jadi lepas tu.Tapi Jumanji the next level ni chill je.Takde yang menakutkan sangat.Biasa-biasa je.Cuma lawaknya bila mereka bertukar karakter je

Umi tak boleh la nak cerita lebih sebab takut spoilkan mood korang yang nak menonton kan?

So, korang kena tengok sendiri cerita ni untuk lebih berkesan lagi jiwai cerita ni.

Nak tengok di mana???

Orang JB haruslah tonton di TGV CINEMA TOPPEN TEBRAU JOHOR.Memang best tau menonton di sini.Rugi kalau korang lepaskan menonton wayang sambil duduk bawah selimut 🙂 🙂 🙂 

Loading

1 Comment

  1. Halah,halah..kalau saya ni, mau lenaaaa..tau2 wayang dah habis je. dengan selimut.ada makanan lagi..mmg mata macam kena gam2 je..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *