Tonton BoBoiBoy Movie di MBO Cinema Bandar Dato Onn

Tonton BoBoiBoy Movie di MBO Cinema Bandar Dato Onn | Sejak Pelancaran BoBoiBoy Movie ni kakak dok asyik berleter je nak tengok wayang.

Bukan setakat kakak, adik dia pun dah sibuk nak tengok cerita ni.Sama je dengan sejak pelancaran MBO Cinema di Aeon Dato Onn, umi belum sempat lagi nak menerjah MBO dengan budak-budak ni.

Nak jugak tengok Cinema yang ada siap Playground bagai tu.Macam manalah reaksi budak-budak ni.Jadi hari minggu hari tu, lepas umi ke FOOD Review di IKEA TEBRAU, umi terus ke Dato Onn. Hah cerita pasal Ikea kan, jangan lupa tau nikmati Promosi Merdeka Madness Special dari Ikea ni.Boleh baca entry tu di link atas ni.

sampai Dato Onn, terus ajak budak-budak ni ke MBO CINEMA.Sebelum tu umi dah siap² booking secara online dah.Senang kerja.Tak payah dah nak beratur panjang.

3 Dara pingitan.Kemain adik beradik ni tau.Kalau tak sama mula muncung sebatu.Yang akan datang ni tak taulah keluar dara ke boboiboy.Harap boboiboy..nanti ada geng para lelaki..hahahah..

Masa ni ada lagi 15 minit nak masuk panggung.Haish..bukan main excited nak tengok boboiboy.Umi tapau popcorn dengan air dua ketul cukuplah..Share sorang sikit.Beli sorang satu kang tak habis..Membazir.hahah.. 

Tapi terlambat jugak masuk dek kerana Dak Naura nak ukuk tetiba..haishh..dah masuk gelap. Tak sempatlah umi nak ambil gambar pemandangan dari dalam.So , umi pinjam google jelah gambar pawagam yang Family Friendly tu.

1st impression budak-budak masuk dalam pawagam, of course terus sebut, umi nak main playground…Ko ghase.. umi bayar nak tonton wayang, korang plak nak main playground.Jadi mak ko hijo kejap.Sementara belum ready movie tu, umi kasi chance diorang main.

credit to : johorfoodie

 

Tapi dari start movie sampai lah nak habis, diorang asyik bermain.Takde pun nak fokus tengok wayang.Cuma dak Naura jelah tetap fokus sambil makan popcorn.Adik dengan kakak? bila suruh duduk, dia kata kawan ajak main..Haishh..sakit hati.Tetiba rasa macam playground tu tak sesuai letak dalam wayang weh!!…

Serius nak cakap, bila macam tu, bukan kata anak-anak tak fokus, malah mak pak pun tak boleh fokus nak tengok sebab dok sibuk kejar anak-anak.

By the way, nak cerita pasal boboiboy pun dah kelaut sebab dok cerita pasal playground tu.Haishhh..

Review umi tentang cerita Boboiboy Movie

So far umi bagi 9/10 sebab memang jalan penceritaan dia bagus.Dengan aksi dan lakonan boboiboy and the gang mencuit hati budak-budak ni.

 

Rasa lepas ni taknak dah bawak diorang ke sini, bawak tempat lain supaya lebih fokus melihat dari bermain…hahahaha

 

 

Loading

4 Comments

  1. Sebab tu kata, kalau nak tengok dalam panggung yang ni, tengok aje cite mak pak, jangan nengok cite bebudak, so mak pak boleh nengok dengan aman, sementara anak-anak bermain hehehe

  2. hahahaha…tengok kat mbo kecil memang la camtu…konsep family friendly gamaknye…kalo nak diornag betul2 tengok wayang, kena bawak gi hall yang tak kecil..hahahah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *