Tong Mo makanan Tradisional Masyarakat Kemboja - Kisahsidairy.com

Tong Mo makanan Tradisional Masyarakat Kemboja

Tong Mo makanan Tradisional Masyarakat Kemboja

Tong Mo makanan Tradisional Masyarakat Kemboja|Sosej daging di dalam usus lembu.Begitulah Tong Mo.Nampak macam pelik, tapi bila sekali makan, mesti nak lagi.

Sejak adik umi berkahwin dengan orang kemboja, sedikit sebanyak umi dapatlah merasa makanan-makanan orang kemboja.Dapat merasa kehidupan seperti di Kemboja bila umi datang ke kawasan orang kemboja di Tiram Johor.

Apa yang menjadi perhatian umi adalah dari segi makanannya juga.Yang umi tau orang kemboja ni juga suka dengan ulam-ulaman.Dan suka makanan yang bersup².

Kalau dulu, masa pergi ke rumah adik ipar, umi macam pelik je sebab bergantungan sana sini sosej tu didapur.Nak tanye tapi takut.Kalau orang tak biasa tengok, seriusly memang geli gitu..

Lama jugaklah umi beranikan diri nak mencuba.Bayangkanlah adik dah berkahwin dengan orang kemboja hampir 11 tahun?

And baru-baru ni je umi berani mencuba.Umi dah cuba makan bubur Kemboja.Ada resepinya di entry tu.Tapi tak taulah kenapa tak keluar gambarnya..hehehe

So, balik hari tu, adik ipar umi sediakan Tong Mo ni.Adik umi yang sorang tu memang sukakan Tong Mo..Kakak dia jelah mula-mula takut nak makan Tong Mo ni.hehehe..

Tapi korang tau ke Tong Mo tu apa?

APA ITU TONG MO

Tong Mo adalah daging cincang yang diperap dengan rempah istimewa dan disumbat ke dalam usus lembu nipis. Ia adalah makanan tradisional rakyat Kemboja, malah lebih popular di panggil sosej Kemboja.

Tong Mo sebelum di Goreng

Cara membuat Tong Mo

Daging di cincang halus dan diperap dengan rempah istimewa.Kemudian ia dimasukkan ke dalam Usus Lembu yang telah dibersihkan.So, jangan risau untuk makan ye.Kemudian, ianya di jemur untuk memadatkan lagi daging cincang tu.Kemudian bila nak dimakan,di goreng dan boleh la dihidangkan seperti di bawah ni ye..

Tong Mo yang dah di goreng…sedap tau…Korang kalau nak cuba umi rasa ada je jual dekat pasar² kemboja.

Ada ke yang dah merasa Tong Mo ni..Kalau dah, apa komen korang?

Mommy Blogger | Johor Blogger (JDT Blogger) For Any Collaboration | Events | Review | Sponsorship Email : sitirohaida81@gmail.com

4 thoughts on “Tong Mo makanan Tradisional Masyarakat Kemboja

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *