Trend Mini Garden Di Balkoni Rumah Menceriakan Pemandangan Mata

Trend Mini Garden di Balkoni rumah menceriakan pemandangan mata

Trend Mini Garden di Balkoni rumah menceriakan pemandangan mata | Dah menjadi Trend sejak PKP lagi kan mini garden ni.Bukan sahaja di kampung, malah di rumah-rumah bandar pun ada yang start dah buat mini garden.

Bagi umi ia satu trend yang sihat yang boleh kita ikut sebab pemandangan hijau ni dianggap warna yang menenangkan dan santai.Sesuai untuk orang yang tengah stress.Apa yang umi baca hijau ni dikaitkan dengan jantung, jadi warna ini dipercayai dapat membantu masalah emosi, seperti cinta, kepercayaan dan kasih sayang.

Ia juga dikatakan boleh merehatkan mata yang keletihan.Pada umi bila kita lihat kehijaun pokok, kita akan dapat rasa ketenangan tu.

 

Umi pun ada juga sekangkang kera Mini Garden yang umi letakkan disudut rumah selain ada meletakkan indoor plant di dalam rumah.Ada 10 jenis indoor plant wajib ada di dalam rumah yang perlu korang tau.Boleh baca entry umi tu ye.

So, umi tengok ramai yang dah join group-group di facebook yang berkongsi tanaman dan juga pokok hiasan untuk mini garden.Nak wujudkan mini garden pada rumah apartment, rumah flat dan tidak mempunyai tanah pun korang boleh wujudkan mini garden tu.Tak mustahil untuk menanam pokok di rumah tinggi tau.

So, di entry ni umi nak share bukan sahaja untuk korang, malah untuk umi sendiri supaya umi dapat lagi idea dan juga tips-tips untuk setup mini garden di rumah.Umi share hasil perkongsian yang umi baca di facebook.

 

TIPS UNTUK SETUP MINI GARDEN DI BALKONI RUMAH TINGGI.

1.Pastikan ukuran luas balkoni sebelum membeli peralatan dan pokok-pokok untuk elakkan masalah tidak cukup ruang yang akan menyebabkan taman nampak crowded.Berbeza taman di ruang tanah rumah bawah yang agak luas untuk menempatkan pokok-pokok yang banyak.

2.Pilih kombinasi pokok-pokok yang berbeza-beza dari segi fizikal bagi menampakkan taman lebih menarik dan tidak bosan seperti

  • Bentuk daun: bulat, bujur dan tirus
  • Warna Daun : Hijau, kuning, merah

3.Gunakan bentuk dan warna pasu yang pelbagai dan bersesuaian dengan pokok bagi menampakkan kelainan dan variasi pada taman.

4.Pastikan kita tahu sifat pokok berkenaan untuk membolehkan ianya hidup subur dengan penjagaan yang bersesuaian

  • Jenis tidak boleh kena matahari secara terus
  • Jenis tidak boleh menangkung air di bahagian akar
  • Jenis kena siram tiap-tiap hari atau selang masa
  • Jenis pokok yang perlu cahaya matahari terus dan lain-lain.

5.Gunakan rak, stool atau alas untuk menyusun atau meletak pokok bagi memberi kepelbagaian “rythm” kepada susunan pokok untuk menampakkan taman lebih menarik, bukan hanya satu paras yang sama.

6.Siram pokok atau sembur(misting) mengikut jenik pokok(ada pokok perlu siram setiap hari, ada dua hari sekali dan ada perlu siram seminggu sekali), namun jumlah air mestilah dikawal memandangkan pokok-pokok ini berada di dalam pasu.Air berlebihan boleh menyebabkan akar pokok rosak dan pokok akan mati.

7.Gunakan tanah yang sesuai dan telah dikompas dengan baja.Korang boleh dapatkan di kedai-kedai bunga atau pasaraya.

8.Perlu dibaja sekurang-kurangnya 2-3 minggu sekali samada baja untuk bunga atau daun.Baja untuk kombinasi bunga dan daun ada dijual di nurseri.Namun kalau hanya pokok berdaun memadai menggunakan baja daun sahaja.

9.Memandangkan taman berada di aras tinggi, gunakan tanah dan pasu yang lebih berat untuk elakkan pokok terbalik dan jatuh akibat angin atau hujan lebat.Kalau nak gantung, kena pastikan ianya di drill dengan kuat dan gantungan kuat dan selamat.

10.Sekiranya rutin kerja kita menyebabkan kita selalu “outstation”, sila pastikan kita tanam pokok-pokok di taman kita yang tidak memerlukan siraman setiap hari.Kalau tak,balik outstation pokok akan layu atau mati.Jika kita beli pokok di IEKA, biasanya di label ada ditulis tempoh siraman pokok berkenaan.

11.Rajin-rajin untuk menjengah pokok yang di tanam bagi memastikan tiada serangga perosak yang boleh menyebabkan pokok mati.Kalau ada, boleh gunakan racun seranggan yang boleh dibeli di kedai tanaman.

12.Semasa membeli pokok, pastikan tanya kepada penjual mengenai sifat pokok berkenaan untuk elakkan pokok cepat mati.

13.Untuk elakkan lantai menjadi kotor semasa menyiram, gunakan pasu pendua atau pelapik.Biasanya pokok-pokok di dalam pasu tidak memerlukan air yang banyak sepert pokok di atas tanah.

So, memadai siram terus terus ke tanah di dalam pasi, bukannya siram dari atas pokok bagi mengelakkan air memeleh keluar yang menyebabkan lantai kotor.Cukup menggunakan satu cawan air untuk satu pasu itu sudah memadai.

Itu antara tip-tips yang umi kongsikan pada korang.

Sumber: google

Pokok dah makin banyak kat rumah tu, cuma belum ada tempat untuk meletakkan pokok-pokok umi tu.

Dak Naura selalu photo bomb gambar umi.Nampak tu koleksi pokok umi.Umi ni taklah pandai macam orang lain bab-bab nama bunga ni.Mana yang cantik pada pandangan umi ni, maka itulah yang umi amik.

Ada yang umi beli dan ada juga yang umi dapatkan di rumah mak dan juga pakcik umi.

Ni teringin pulak nak ada rak untuk pokok bunga.Idea tu macam-macam, tapi tulah, takde orang yang nak melayan umi ni hah..hahaha..Babah bab-bab ni memang tak expert mana pun.So, kita tunggulah tabung ayam tu penuh, barulah beli rak.

Hah..Alang-alang tu jugak, meh umi kongsi idea rak pasu bunga yang cantik untuk korang yang umi dapat dalam kelab deko semalam

 

IDEA RAK PASU BUNGA

Ada lagi yang umi berkenan, nanti-natilah..

Loading

2 Comments

  1. Waaaa nanti taman mini ko dah siap, jangan lupa tunjuk tau, mesti cantik tuu dekonya…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *