Tips sebelum tinggalkan rumah rumah kosong untuk jangka masa yang lama

Tips sebelum tinggalkan rumah rumah kosong untuk jangka masa lama

Tips sebelum tinggalkan rumah rumah kosong untuk jangka masa yang lama | Dah lebih sebulan umi tinggalkan rumah kosong.

Umi dah terkandas di kampung sejak awal PKP fasa pertama lagi.Tapi bersyukur jugak sebab dapat berpuasa dengan mak dan adik beradik yang lain.Cuma tulah, bila dah lama tinggalkan rumah, macam-macam benda difikir.Takut jika rumah di masuk orang, sebab rumah umi ni dah beberapa kali pernah dimasuki orang.Boleh refer entri SINI dan SINI. Jadi benda yang paling takutkan bila rumah dimasuki orang.

Tapi disebalik apa yang berlaku bila umi tak dapat balik ke rumah sendiri adalah, di rumah mak, umi dapat rezeki yang tak disangka-sangka dalam membuat bisness makanan.

Semasa PKP fasa pertama umi cuba jual Nasi Lemak Pandan Kukus yang boleh korang baca di entry INI. Alhamdulillah, kadang-kadang sehari order sampai 20 bungkus nasi lemak.

Penat tu memang penat, tapi bila nampak hasil, sangat berbaloi.Walaupun begitu, My Litto Kids Shop umi senantiasa berjalan seperti biasa.Alhamdulillah jugak bertambah anak-anak agent dibawah umi dan mereka-mereka semua banyak yang mendapat bonus tiap-tiap bulan.

Kunci untuk berjaya bagi umi mudah je, selain dari kita berdoa, Kita kena percaya rezeki kita ada di dalam perniagaan yang kita buat.Buat bisness yang kita suka.Dah setahun umi menjalankan perniagaan online menjual bahan pendidikan awal kanak-kanak.Syukur dipertemukan dengan mommyhappy

[ Baca Sini : Buku Bacaan Kanak-kanak Mommyhappy ]

Selepas masuk bulan puasa, umi stip berniaga nasi lemak Kukus dan beralih kepada Tauhu Berlauk.Alhamdulillah setiap hari ada je yang order. Adat berniaga kekadang ada dan kadang takde customer tu biasa.

Yang penting kita usaha untuk promosi dan sebagainya.Syukur bila saat memerlukan kewangan, ada duit yang boleh disalurkan untuk kegunaan membeli barangan keperluan harian.

Di rumah mak tu ramai adik-adik lagi.Jadi kami sepakat untuk sama-sama berkongsi duit lauk supaya sama-sama dapat makan.Alhamdulillah..Syukur sangat sebab adik beradik lain memahami keperluan masing-masing.

Rezeki Allah tak pernah salah alamat kan?

Rasa cukup sebulan lebib, selepas fasa 4 PKP, company akan dibuka semula.Dan esok umi dah mula bekerja.Tetiba rindu dengan riuh rendah rumah mak.Insyallah kalau ada rezeki kita beraya bersama, kalau takde rezeki, berayalah kami di rumah sahaja.

Sebulan lebih tinggalkan rumah, subhanallah.Rumah dah jadi apa dah.Faham-fahamlah bila dah tinggalkan rumah.Dengan kucing kami yang keseorangan.nasib baik ada jiran baik hati yang tolong tengokkan si ochin tu.

Syukur sebelum umi balik ke kampung hari tu, memang umi dah siap kemas segala apa yang patut di dalam rumah.Baju kotor siap dibasuh dan dilipat.Ada sikit tu umi bawak balik ke kampung.Siap kemas rumah sebab umi jenis tak suka rumah bersepah.Sangat pantang..Tapi tulah kan, bila ada anak kecil ni, memang selalunya sentiasa akan berkemas.Kemas sana, sini sepah,kemas sini sana sepah..Hah..begitulah.

Sebenarnya sebelum kita meninggalkan rumah kita perlu tahu apa yang kita perlu buat supaya rumah terjaga.Kena juga ada tips dan amalan meninggalkan rumah kosong.takut-takut ada yang menumpang.

Berikut adalah langkah-langkah, tips serta amalan yang boleh dilakukan agar keselamatan rumah yang ditinggalkan selamat dari diceroboh masuk atau berlakunya kecurian. 

Beberapa tips yang diberikan dari PDRM yang perlu kita ikuti..Jom ikuti TIPS dari PDRM ni.

TIPS DARI PDRM SEBELUM MENINGGALKAN RUMAH

  1. Pastikan pintu dan tingkap rumah ditutup dan dikunci dengan ibu kunci (padlock) yang tidak mudah dipecah atau diumpil.
  2. Pastikan lampu di sekeliling rumah (depan/belakang) dipasang mulai jam 6.00 petang hingga 7.00 pagi (menggunakan auto timer) setiap hari. Pastikan alat penggera dipasang dan berfungsi dengan baik (jika ada).
  3. Pastikan alat keselamatan tambahan seperti rantai dengan ibu kunci (padlock) yang dipasang di tempat yang dianggap mudah dipecah masuk seperti pintu pagar hadapan dan belakang, pintu besi (grill) hadapan dan belakang rumah. Alat tersebut harus dipasang sebelum meninggalkan rumah. 
  4. Jangan membiarkan binatang peliharaan anda kebuluran semasa anda bercuti.
  5. Pastikan jiran sebelah-menyebelah rumah (termasuk jiran di hadapan/belakang rumah) dimaklumkan, serta diberi nombor telefon yang mudah dihubungi dalam jangka masa ketiadaan anda. 
  6. Pastikan barang-barang kemas seperti emas, wang tunai, jam berharga dan sebagainya dibawa bersama atau disimpan di tempat yang selamat dan bersesuaian.
  7. Hentikan langganan suratkhabar bagi mengelakkan penjenayah daripada mengetahui rumah ditinggalkan kosong. Meminta pertolongan jiran untuk menyimpan surat kiriman yang diletakkan di dalam peti surat atau pintu pagar dalam jangka masa ketiadaan anda.
  8. Maklumkan kepada pegawai atau anggota bertugas di bilik gerakan polis apabila anda bercuti dengan menghubungi nombor telefon ibu pejabat polis berdekatan dengan tempat tinggal anda dan berikan maklumat seperti berikut: 
    1. Nama dan alamat 
    2. Nombor telefon yang mudah dihubungi
    3. Tarikh berlepas dan balik
    4.  Nombor dan jenis kenderaan yang ditinggalkan semasa cuti
  9. Anda juga dinasihatkan melindungi harta benda rumah anda dengan polisi insurans untuk meringankan beban kerugian sekiranya rumah dipecah masuk. 

Itu baru tips dari PDRM, kita pun kenalah buat juga tips yang diberikan menurut agama islam kita.Jom lihat apa tips-tips nya

TIPS CARA ISLAM SEBELUM MENINGGALKAN RUMAH

Bagi yang beragama Islam, berikut adalah sedikit perkongsian untuk diamalkan semoga dengan ikhtiar ni Allah pelihara rumah serta harta benda kita dari dimasuki oleh percuri atau dimasuki oleh jin,  Insya Allah…

  • Ketika rumah anda telah dikunci dengan rapi, maka letakkan TAPAK TANGAN KANAN anda ke pintu atau dinding rumah dan bacalah ayat-ayat doa seperti berikut :
    1. Mengucap dua kalimah syahadah.. (1x)
    2. Berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW.. (3x)
    3. Baca Ayatul Kursi.. (1x)
    4. Baca Surah Yasin ayat ke-9.. (1x) “Wa ja’alna mim baini aidihim saddaw wamin kholfihim saddan fa aghsyaina hum fa hum laa yubsiruun” Yang Bermaksud : “Dan KAMI adakan dihadapan mereka dinding-dinding dan dibelakang mereka dinding-dinding (pula), dan KAMI menutup mata mereka sehingga mereka tidak dapat melihat”.
  • Lafazkan “Bismillahitawakkaltu’Alallah” ; “La haulawala khuwata illabillah ‘ill ‘Aliyil ‘Aziim”

Itulah dia sedikit sebanyak tips dari PDRM dan juga Agama islam kita tentang amalan sebelum meninggalkan rumah.

 

 

Loading

2 Comments

  1. Nasib baiklah dah boleh balik yaaa..kalau tak beraya gak di kampung…tu pun boleh lagi nanti balik kampungkann hehehehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *