August 4, 2020
tips pisahkan tempat tidur anak-anak

Umi dah mula pisahkan tempat tidur anak-anak

Umi dah mula pisahkan tempat tidur anak-anak | Lama dah umi berangan nak pisahkan tempat tidur anak-anak ni.Sebelum ni memang melekatlah budak berdua tu dengan umi.Babah lah banyak mengalah tidur kat bawah.

Dan kami bertiga tidur atas tilam.Bilik tu memang dah ada dah untuk berdua tu.Cuma tulah, budak berdua tu payah nau nak tido kalau takde umi.

So, hari tu umi cakap dengan budak berdua tu, umi nak beli tilam baru yang lebih empuk untuk diorang, tapi kena janji tidur bilik sendiri.Beli la selimut kartun kegemaran diorang tu sekali.Alhamdulillah rezeki budak-budak ni.Tabung tempe dengan buku umi tu, dapatlah umi beli tilam foam yang biasa-biasa je tu.Dapatlah harga RM250 untuk size queen.Selimut budak berdua tu lagi.Ni request nak beli almari cantik dan cadar kesukaan diorang tu.

Bukan senang nak pisahkan tempat tidur budak berdua tu.Malam pertama umi kena tidur dengan diorang.Konon malam kedua nak biarkan je diorang tido berdua.

Last-last dengar umi nak tidur bilik umi, kemahin laju ambil bantal selimut pindah bilik umi.Haishh…Failed kali ni.Nampaknya umi kena tidur lagi dengan diorang untuk beberapa hari lagilah.Nak biasakan tu bukan mudah.Banyak nau ragamnya.

Yelah, lama-lama nak kena jugak kan pisahkan tempat tidur diorang ni.Bukan apa, dalam islam pun memang digalakkan untuk pisahkan tempat tidur anak-anak

Firman Allah SWT dalam Surah an-Nur: 58 yang bermaksud:

“Wahai orang yang beriman, hendaklah hamba kamu dan orang yang belum baligh dari kalangan kamu (sebelum masuk ke tempat kamu), dalam 3 masa; (iaitu) sebelum sembahyang Subuh, dan ketika kamu membuka pakaian kerana kepanasan tengah hari dan sesudah sembahyang Isyak; itulah 3 masa bagi kamu (yang biasanya terdedah aurat kamu padanya…”)

Ayat ini menunjukkan bahawa Islam menyediakan garis panduan kepada ibu bapa dalam mendidik anak dengan akhlak mulia seperti menghormati ibu bapa dan batas serta adab pergaulan antara anak dan ibu bapa sejak kecil. Pada masa sama, Islam membimbing ibu bapa supaya menjaga batas aurat terhadap anak supaya mereka tidak melihat sesuatu yang tidak baik daripada ibu bapa mereka.

Rasulullah SAW menganjurkan ibu bapa supaya mengasingkan tempat tidur antara anak lelaki dan perempuan. Ia dapat dilihat daripada sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Perintah anak kamu bersembahyang ketika mereka berumur 7 tahun. Jika mereka tidak melakukannya sampai umur 10 tahun, pukul mereka, juga pisahkan di antara mereka (lelaki dan perempuan) dari tempat tidur.” (Riwayat al-Hakim dan Abu Daud).

Hadis ini menjelaskan selain itu Rasulullah SAW memberi garis panduan mengenai pemisahan tempat tidur anak lelaki dan perempuan apabila mereka mencapai umur 10 tahun. Walaupun hadis ini mengenai pemisahan antara anak lelaki dan perempuan, namun ibu bapa perlu menghindari anak daripada tidur sebilik dengan mereka. Perkara ini menjelaskan bahawa kanak2 perlu dididik dengan pendidikan akidah, syarak dan akhlak sejak kecil supaya mereka tidak terpesong daripada ajaran Islam.

Antara tujuan Rasulullah SAW menganjurkan perintah itu untuk menjaga keharmonian dan maruah ahli keluarga. Di samping ia bertujuan mendidik anak dan batas pergaulan antara ahli keluarga supaya tidak berlaku perkara negatif seperti sumbang mahram. Tambahan pula dengan kemudahan teknologi yang ada pada hari ini. Oleh itu, wajarlah anak2 dipisahkan dari tidur bersama ibu bapa arah adik beradik lelaki dan perempuan lebih awal daripada usia 10 tahun

So, umi cuba jugak ikuti tips-tips di bawah ni supaya senang untuk umi pisahkan tempat tidur diorang dan juga umi.Yelah, kakak dah masuk 6 dan adik pulak 5 tahun.Dah sesuai sangatlah tu nak pisahkan tempat tidur mereka.Jom umi share antara tips untuk pisahkan tempat tidur anak.

19 TIPS PISAHKAN TEMPAT TIDUR ANAK

1.Sediakan bilik yang selesa untuk anak-anak.Tak perlu berhias dengan perabot mewah dan sebagainya.Cuma, cukup bilik mereka bersih dan kemas.

2.Berikan masa kepada anak-anak untuk membuat persediaan mental dan emosi.Terangkan kepada mereka bahawa mereka dah besar dan perlu belajar tidur sendiri.Pastikan tidak ada sesiapa yang cuba menakut-nakutkan mereka apabila mereka tidur sendiri nanti.

3.Persediaan mental dan emosi.Sama juga seperti orang dewasa, kanak-kanak juga mengambil sedikit masa untuk membiasakan diri dengan sesuatu yang baru.Jadi, sebaik-baiknya beritahu pada anak-anak bahawa mereka perlu tidur sendirian lebih awal dari jangan masa yang kita sasarkan.

4.Ibubapa boleh melatih anak untuk tidur dibiliknya pada siang hari.Temankan mereka terlebih dahulu dan bacakan buku cerita yang memberi manfaat kepada mereka.Lakukan sekerap yang mungkin dan dengan cara ini pasti dapat membiasakan anak-anak.Gunakan masa terluang untuk buat BedTime Story dengan mereka.

Nak tau apa kepentingan BedTime Story ? boleh baca di sini > kelebihan Bed Time Story <<

5.Ajak anak menghias bilik tidurnya.Sebagai contoh, jika anak lelaki sukakan kereta, maka kenalah terapkan elemen permotoran dalam bilik tidurnya.Ikut citarasa anak-anak.

Nampak comel je kan bilik ni.

6.Pastikan ada ruang bermain dalam bilik anak dan pastikan hiasan bilik tidak terlalu sarat.Elakkan meletak barang-barang kaca yang mudah pecah kerana ia berbahaya.

7.Untuk korang yang mempunyai anak lebih dari seorang dan sama jantian, gunakan katil double decker untuk jangka masa panjang, especially yang limited space.

8. If baby cot masa anak kecil boleh diubahsuai menjadi katil kanak-kanak. So kerja ibubapa jadi lebih senang. Ibubapa boleh tunjukkan bahawa anak-anak tidak ‘diusir’ daripada tempatnya yang lama.

9. Bila dah berpindah ke bilik anak-anak sendiri, kekalkan rutin tidur anak-anak & tak payah nak ubah nanti confuse pulak anak2-anak ni. Biasakan dengan rutin buang air kecil sebelum tidur. Problem yang mungkin timbul, anak-anak mungkin terlalu excited sampai susah tidur.

10. Ibubapa boleh melayani kerenah anak yang at first maybe akan terus bermain, keluar masuk bilik meminta segelas air, mintak di bacakan buku untuknya, ulang alik ke tandas, mintak teman.

11. Cuba selidiki kenapa anak suka tidur dengan ibubapa??? Maybe takut gelap? Or jealous ke tengok adik still tidur dengan ibubapa??? Sedangkan dia tidak.

12. Berikan kepada anak  something yang boleh buatkan mereka rasa selamat dengannya. Example sleeping partner ke macam Cik Ted??? Sediakan lampu suluh. Ajarkan doa2 tidur & pedinding diri.

13. Sediakan pencahayaan yang bersesuaian untuk anak2 sebab mostly anak takut gelap kannn??? Beli lampu yang fancy untuk buat anak-anak excited.

14. Latih anak-anak  utk kemas bilik sendiri. Even though lipatan selimut tu tak kemas mana, biarkan dan bagi peluang anak2 nak perbaiki day by day.

15. Bersabar adalah kunci paling utama. Memang bukan senang dan bukannya semalam jer dah berjaya.

16. Amalkan membaca doa sebelum tidur dan surah 3 Qul. Latih anak-anak  untuk turut membaca doa tu setiap kali sebelum masuk tidur.

17. Starting point, memang kena sabar banyak dan pimpin anak-anak  setiap kali keluar masuk bilik tidur ibubapa.

18. Semasa anak tidur, doakan di kepala anak: fatehah, ayat Kursi & surah al Insyirah. Nasihatkan di telinga anak agar jadi anak yg cemerlang, pintar, berdikari & dpt tidur sendiri. Menasihati anak2 masa sdg tidur secara istiqamah amat berkesan utk merangsang perubahan yg di harapkan!

19. Lastly. boleh apply sistem reward. Such as beli sticker atau pelekat bergambar dan lekatkan di papan khusus untuk tunjukkan berapa kali dalam seminggu anak-anak tidur tepat pada waktu yang ditetapkan.

 

Emmm…banyak jugak tips ni kan.Tapi diantaranya umi dah banyak apply.Cuma sekarang ni umi kena stay temankan diorang dan biasakan diorang untuk tidur bilik sendiri.

 

siti Rohaida

Blog about parenting, tips parenting, deco, homeschooling activities, travel and beauty.Welcome to kisahsidairy blog

View all posts by siti Rohaida →

2 thoughts on “Umi dah mula pisahkan tempat tidur anak-anak

  1. Anak Sis paling awal pisah, semua usia belum masuk 2 tahun dah tidur asing…automatik, alhamdulilah senang sangat, takde nak berperang hahahaha… kalau tgk anak-anak adik, makk aii kemain susah… tapi paling utama menarik perhatian anak Sis nak tidur asing, bila mula beli lampu tidur hehehe..mereka suka, sampai ke tua ni haa suka lampu tidur hahahaha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *