PARENTING TIPS

8 Tips Pilih Tadika Terbaik Untuk Anak

10 Tips Pilih Tadika Terbaik Untuk Anak

8 Tips Pilih Tadika Terbaik Untuk Anak | Mesti korang Runsing tadika mana yang terbaik untuk hantar anak korang ke Tadika kan?

Tahun depan dah nak masuk pra sekolah, tapi bingung betul nak cari tadika yang sesuai dengan anak.Mesti akan fikir tentang berapa bagus taska tu, dekat atau tidak dengan rumah, atau boleh atau tidak anak kita mesra dengan tadika yang dipilih.

Dan disini umi kongsikan antara 8 tips untuk memilih tadika yang sesuai untuk anak-anak.

8 TIPS MEMILIH TADIKA YANG TERBAIK UNTUK ANAK ANDA

Antara perkara yang sering menjadi persoalan ibubapa adalah adakah perlu untuk ktia menghantar anak ke prasekolah(kerajaan) atau tadika swasta?

Sepanjang hari atau setengah hari sahaja?

Ataupun hanya homeschooling dari rumah.

Pilihan yang ada untuk pendidikan awal kanak-kanak ini memang sangat-sangat mengelirukan lebih-lebih lagi ibubapa yang menghantar anak pertama.Bagaimana kita boleh memastikan tadika atau prasekolah yang korang pilih itu adalah yang terbaik untuk anak korang.

Jom tengok apakah 10 tips pilih tadika yang betul, tepat dan terbaik untuk anak.

1.Sudahkah anak bersedia?

Sebagai ibubapa, kita mempunyai tanggungjawab yang utama dalam mendidik anak-anak kita supaya bersedia untuk menempuhi kehidupan.Kemasukkan ke alam pendidikan awal ini adalah salah satu langkah pertama untuk anak belajar membawa diri tanpa pengawasan ibubapa.Persoalannya adakah anak kita sudah bersedia untuk belajar di sekolah/tadika?

Setiap anak mempunyai kadar pertumbuhan yang berbeza.Ada yang sudah pandai berkomunikasi pada umur 3 tahun  dan ada juga yang masih tidak boleh berkomunikasi walaupun sudah berumur 5 tahun.

jadi kita sebagai ibubapa perlu membuat penilaian awal terhadap anak kita.Terdapat 4 tips utama bagi mengenalpasti samada anak sudah bersedia untuk masuk tadika atau prasekolah.

2.Apakah Filosifu pendidikan untuk anak anda

Setiap ibubapa mempunyai filosofi dan pilihan tersendiri untuk membentuk anak yang tercinta. Artikel ini akan memberi klasifikasikan ringkas tentang filosofi yang terdapat dalam pasaran prasekolah dan tadika yang terdapat di Malaysia ini.

Filosofi yang akan dibentangkan di bawah hanyalah untuk memberikan sedikit pendedahan untuk ibubapa berfikir sejenak akan filosofi pendidikan yang menjadi pilihan untuk diterapkan untuk anak yang disayangi.

Antaranya adalah:-

  • Agama
  • English Medium
  • Belajar melalui latihan
  • Belajar secara praktikal
  • Pendekatan one to one atau one to many

3.Pilihan waktu persekolahan sepanjang hari atau separuh hari

Ibubapa perlu bijak memilih tadika yang bersesuaian untuk anak dan juga gaya hidup ibubapa itu sendiri. Terdapat tadika yang menawarkan sesi persekolahan separuh hari (biasanya dari pukul 8am – 12pm) atau sepenuh hari (8am – 5pm).

Biasanya pemilihan tadika separuh hari sesuai untuk ibubapa yang mempunyai penjaga atau ibu/bapa yang tidak bekerja. Untuk ibubapa yang bekerja, kebiasaannya mereka akan mencari tadika yang sepanjang hari atau tadika separuh hari yang menawarkan transit ke taska berdekatan.

Tadika sepanjang hari (penuh) bermaksud pendidikan kan diberikan di sebelah pagi dan juga di sebelah petang. Anak-anak akan diberikan waktu rehat yang mencukupi berdasarkan jadual yang ditetapkan dan makanan akan diberi. 

Transit pula bermaksud anak tersebut akan di “transitkan” ke taska yang berdekatan. Bergantung pada taska, anak akan diberikan aktiviti yang tertentu bagi mengisi masa anak dan diberikan rehat yang mencukupi. Ini amat bergantung kepada program yang taska tersebut tawarkan.

4.Silibus yang selari dengan standard pendidikan Kebangsaan

Dalam memilih tadika yang sesuai untuk anak anda, anda perlu memastikan tadika yang dihantar selari dengan standard pendidikan kebangsaan (SKPK). Hal ini amat penting supaya anak tersebut tiada masalah untuk menyesuaikan diri bila memasuki sekolah kebangsaan darjah 1 nanti.

Bagaimana untuk mengenalpasti tadika tersebut selari dengan SKPK atau tidak? ANda boleh melihat atau bertanya sama ada tadika tersebut berdaftar dengan Jabatan Pendidikan Negeri atau tidak. Setiap tadika yang berdaftar perlu mempunyai silibus yang selari dengan SKPK. SKPK ialah standard yang diperkenalkan oleh Jabatan Pendidikan supaya kualiti pendidikan yang disampaikan oleh tadika swasta mencapai standard yang telah ditetapkan.

Untuk pengetahuan ibubapa, standard pendidikan kerap berubah dan semakin advance dari setahun ke setahun. Oleh itu, ibubapa perlu memilih tadika yang proaktif dalam mengikut standard pendidikan kebangsaan yang kerap berubah dan semakin sukar. Sesetengah tadika tidak mengambil endah akan perkebangan SKPK yang terkini yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

5.Selidik latar belakang Tadika

Kita berada dalam era moden di mana maklumat boleh dicapai di hujung jari. Langkah pertama untuk mencari tadika pilihan ialah dengan mencari di google atau social media. Artikel ini akan membentangkan sedikit tips untuk mencari tadika berdekatan dengan rumah anda.

Macam mana nak mencarinya:-

  • menggunakan medium facebook atau google untuk mencari tadika yang berdekatan dengan anda
  • Menggunakan google maps
  • Penyelidikan awal seperti review ibubapa terdahulu,produk yang digunakan,Website, tadika berdaftar atau tidak dan bertanya dengan penduduk berdekatan.

6. Buat Lawatan ke Premis

Setelah membuat penyelidikan awal tadika yang dipilih, boleh la buat lawatan ke premis dan lihat sendiri suasana tadika itu.Perlu ambil kira bagi memastikan premis itu baik dan sesuai dengan anak mereka atau tidak.

Antara yang perlu kita lihat di premis berkenaan adalah :-

  • Premis yang bersih
  • Premis yang selamat
  • Kemudahan yang lengkap
  • Premis yang ceria dan kreatif
  • Lokasi Tadika

7.Guru yang berdidakasi dan komited

Setelah mengikuti tips-tips yang telah diterangkan di atas, sekarang kita pergi ke tips yang paling penting dan menjadi tunjang utama dalam pemilihan sesebuah tadika yang tepat untuk anak anda.

GURU ialah elemen utama yang perlu diambilkira kerana guru tersebutlah yang akan mendidik anak kita, menjaga anak kita sewaktu kita tiada semasa mencari rezeki. Oleh itu, ibubapa wajib mengambil masa untuk mengenali guru-guru yang mengajar di tadika berkenaan terlebih dahulu. 

Apa yang perlu kita tekankan dalam melihat kriteria guru itu adalah

  • Lihat interaksi guru tersebut dengan anak anda
  • Cara bercakap dengan ibubapa
  • Melihat bagaimana mereka mengawal keadaan
  • Temubual ringkas bersama mereka
  • Melihat kelayakan mereka(pengalaman,sijil diploma, degree)

Baca Juga : [ Takwim Persekolahan & Cuti Penggal 2021 ]

8.Yuran

Jika anda merancang untuk menghantar anak anda ke tadika swasta, anda perlu bersedia untuk membayar yuran-yuran tertentu. Oleh itu, ibubapa perlu memilih tadika yang mempunyai yuran didalam bajet yang telah ditetapkan. Sebelum itu, kita perlu ketahui bagaimanakah pembahagian yuran itu dan adakah ia memberi justifikasi terhadap nilai yang diberi oleh tadika tersebut.

Yuran persekolahan tadika/prasekolah biasanya terbahagi kepada berikut.

  • Bayaran tahunan
  • Bayaran bulanan
  • Lain-lain seperti transport/makanan/kelas tambahan/Yuran keahlian.

Ibubapa perlu meneliti setiap pakej yang ditawarkan oleh tadika kerana setiap tadika mempunyai struktur bayaran yang berbeza. Senarai di atas hanyalah yuran yang biasa ditawarkan di tadika dan terdapat pelbagai variasi mengikut kawasan dan pakej. Ibubapa perlu bijak memilih tadika yang mampu dibayar dan memastikan tadika tersebut mempunyai ciri-ciri tadika seperti yang diterangkan dalam entry ini.

Sumber : SINI

Hah..itu antara tips yang boleh kita follow untuk memilih tadika yng baik untuk anak-anak.Ikutlah kemampuan diri kita untuk menghantar anak ke Tadika.Yang penting kita sendiri kena pantau pendidikan anak-anak samada di rumah atau di sekolah.

 

About Author

Blog about parenting, tips parenting, deco, homeschooling activities, travel and beauty.Welcome to kisahsidairy blog

(4) Comments

  1. betul, selidik management tadika adalah sangat penting. pernah terkena dah. serik.

    1. tulah..risau kan..tu yang harap sangat kita dapat tadika yang betul-betul sesuai dengan anak kita

  2. Betol kak masa nak hntr sumayyah pre school lama gak survey. Hehe. Ena tak pikir gov or swasta janji dekat dgn rumah. Ni ena decide masuk pasti sbb belakang rumah je senang jalan kaki ambil. Tp bayaran jgn ckpla setahun mmg 2k kena standby totally

  3. alhamdulillah tadika anak kami setakat ni ok.. sillibus/ yuran etc.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *