TIPS PILIH MAINAN ANAK IKUT USIA

TIPS PILIH MAINAN ANAK IKUT USIA | Pernah tak fikir mainan apa yang sesuai untuk anak-anak.Ada tak bila korang nak membeli sesuatu permainan, akan tanya seller tu samada mainan tu sesuai atau tidak untuk anak kita?

TIPS PILIH MAINAN ANAK IKUT USIA

Actually, umi pernah bertanya dan mencari jawapan untuk persoalan di atas.Nak beli mainan bukan ikut suka je.Rasa cantik dan berkenan di hati terus beli.Oh no!! pernah dengar anak tercekik mainan tak.Atau mainan kecil masuk dalam telinga dan sebagainya.

 

Bagi mengelakkan kejadian yang tak diingini, selalunya ibu bapa lebih peka tentang ni.Jangan mula nak bandingkan mainan dulu, atau kanak-kanak dulu dengan sekarang ye.Kita sebagai parents kena tahu.Parents sekarang kena ada ilmu! Dan itu yang umi baca dalam blog² parentings.Bukan sahaja umi nak sebut ye.Yelah..Umi ni bukannya pandai sangat dengan parenting skills.Tapi bila umi baca, umi akan kongsikan pada korang.

So, apa jenis mainan yang sesuai untuk anak korang.Dari pembacaan umi di blog twotoys ada beberapa tips yang parents kena tahu tentang pemilihan mainan untuk anak-anak korang.Jom baca sekali lagi apa Tips yang dikongsikan tu

TIPS PILIH MAINAN ANAK IKUT USIA

Sebelum tu baca petikan ayat ni 

Mainan adalah pelaburan untuk perkembangan minda anak-anak,” kata Marianne Szymanski, Presiden Toy Tips Inc. menerusi laman web Parents. Oleh kerana perkembangan kanak2 adalah secara berperingkat, sebab itulah perlunya membeli mainan bayi mengikut usia yang sesuai dengan kemampuannya. Bila alat mainan sesuai dengan usia anak, barulah ia boleh bantu merangsang perkembangan minda si kecil.

 

 

TIPS PILIH MAINAN ANAK IKUT USIA

Usia dari 0- 12 bulan

Pada usia sebegini permainan yang sesuai ialah permainan yang berbentuk rangsangan sensori.Bayi dari umur 0- 12 bulan ini sangat suka dengan warna terang dan berbunyi.Memilih mainan untuk mereka haruslah saiz yang besar kerana pada peringkat ini, mereka mempunyai ‘SENSORY SEEKING’ di bahagian oral motor iaitu di sekitar mulut.Sebab tu kalau tengok baby, mesti nak masukkan objek dalam mulut kan.

Saiz mainan yang dicadangkan adalah Palmar size, sebesar tapak tangan bayi untuk digenggam.Apa yang perlu kita tahu, pada peringkat ini, kita ajar mereka untuk melihat, dengar, capai, sentuh, genggam dan seterusnya tekan.

Antara mainan yang sesuai untuk bayi 0-12 bulan adalah :-

– Teether (boleh digigit untuk ‘sensory seeking’ sekitar oral motor) – Rattle
– Mainan tekan-tekan (cause and effect toys) – piano atau lampu
– Mainan berlampu untuk rangsangan visual
– Mainan yang mengeluarkan bunyi untuk rangsangan auditori
– Soft/fabric book & soft toys
– Permainan beroda untuk rangsangan kemahiran berjalan

Usia dari 12-24 bulan

Pada umur sebegini, selalunya bayi dah pantas untuk bergerak.Samada mengengsot, merangkak atau bertatih.Dan mereka ini lebih tertarik kepada sesuatu yang bersifat interaktif.Pada usia ini juga mereka sudah faham tentang konsep penyelesaian masalah dan sifat ingin tahu mereka sangat tinggi.


Antara mainan yang sesuai untuk bayi 12-24  bulan adalah : 

– Telefon mainan 
– Blok mainan kayu 
– Shape sorter 
– Buku kulit keras jenis interaktif (boleh ditarik, pelbagai tekstur).

Usia 24 Bulan Ke atas

Di waktu usia mereka 24 bulan ke atas, mereka sudah pandai untuk bercakap dan mempelajari banyak perkara dan imej yang sentiasa dilihat berulangkali.Mereka ini mampu untuk mengkategorikan objek mengikut size, warna, atau bentuk.Mereka juga sedang terbentuk dengan aktif.


PerBanyakkan permainan berbentuk fizikal sebagai rangsangan kemahiran motor. Alatan permainan yang dibeli boleh merangkumi kemahiran motor kasar, motor halus, kognitif dan visual persepsi, sosial dan pengalaman sensori. Seperkara lagi, anak kecil pada usia ini sangat bertenaga dan tidak mengenal erti penat! Seeloknya, pilih mainan yang dapat ‘menyedut’ dan menghabiskan tenaga mereka secara fizikal dan mental.
.
Kemahiran motor kasar :
– Bola (baling, sambut, sepak)
– Mainan panjang memanjat
– Balance board

Kemahiran motor halus :
– Blok. Susun menegak dan meniru bentuk.
– Penyepit (sebarang jenis penyepit untuk finger manipulation)
– Manik dan tali
– Pensel atau crayon. Main lukis bentuk.
– Fishing game
– Pegboard / Puzzle
– Lacing

Kognitif :
– Matching game. Padankan objek yang sama atau warna yang sama. 
– Lego atau apa sahaja constructive toys.
– Matching Puzzle
– Right brain game. Permainan yang melibatkan kemahiran persepsi visual, meniru dan menyusun gambar, mengingat gambar/objek.

Sensori :
– Play dough 
– Pasir
– Air atau buih sabun
– Mainan berbentuk pengalaman sentuhan objek

Sosial / Pretend play :
– Set masak-masak atau apa sahaja mainan yang boleh merangsang perlakuan sosial dan emosi
– Turn taking games! Permainan yang membolehkan mereka belajar untuk menunggu giliran.

Tak semestinya kita kena beli semua yang disebutkan di atas.Jadi parents kena sentiasa wujudkan aktiviti yang boleh merangsang mereka untuk belajar.Kena lah ada idea menarik untuk tarik perhatian mereka untuk belajar kan.

Parents yang ada budget nak membeli educational Toys, boleh je ke page MY LITTO SHOP kerana MY LITTO SHOP ada menjual pelbagai produk pendidikan awal anak-anak ni, dari Flashcard sehinggalah ke permainan yang merangsang otak anak-anak ni.

flash card bewarna

Antaranya Flash card yang berwarna warni yang boleh diperkenalkan kepada mereka since mereka kecil lagi.

Banyak lagi produk yang boleh membantu parents bagi mendidik mereka.Cubalah usha-usha page ni ye.

 

 

Loading

1 Comment

  1. yeeee..biasanya memang kena tengok dulu permainan tu sesuai ke tak untuk usia penerimanya…lagi2 kalau kita nak hadiahkan kat anak orang…sebab anak sendiri belum ade lagi..hahahaha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *