Tips Pilih Hand Sanitizer yang betul dan sesuai

Tips Pilih Hand Sanitizer yang betul dan sesuai

Tips Pilih Hand Sanitizer yang betul dan sesuai |Cari Hand Sanitizer yang betul-betul sesuai dan elok untuk membasmi segala kuman sangat perlu

Disebabkan kes Covid-19 yang semakin berleluasa sekarang ni, Hand Sanitizer dan juga mask sangat-sangat diperlukan.Banyak farmasi dan kedai yang menjual 2 produk ini kehabisan stock.Permintaan yang terlalu tinggi terhadap hand sanitizer dan juga face mask nilah yang menyebabkan ramai penjual mengambil kesempatan dalam menaikkan harga produk ini.

Beberapa hari lalu umi pun dah cuba untuk mencari hand sanitizer ni tetapi hampa disebabkan tiada stock.Nasib baiklah ada kawan yang tolong belikan.

Nak cari hand sanitizer ni bukan boleh sembarangan je.Dengan keadaan yang sangat terdesak nilah yang ramai mengambil kesempatan menjual produk yang tiada kualiti dengan harga yang mahal.

Penting ke Hand Sanitizer ni dalam menghapuskan kuman?

Menurut ahli imunologi, hand sanitizer yang baik merupakan jenis yang berasaskan bahan ethanol atau alcohol isopropyl. Contohnya, hand sanitizer yang mempunyai kandungan 60% alkohol didapati dapat membasmi sebahagian besar virus dan bakteria. Selain itu, sanitizer tangan jenis organik juga merupakan antara pilihan yang popular dan baik.

Tak cukup ke hanya membasuh tangan dengan bersih? 

Kita selalu menganggap bila kita mencuci tangan ia sudah cukup memadai untuk menghapus kuman dan bakteria kan? Tapi tahukah korang bahawa tanggapan itu sama sekali salah.Mencuci tangan sahaja tidak boleh menghapuskan kuman pada keseluruhannya.Penggunaan hand sanitizer setelah mencuci tangan sangat penting kerana ia boleh melindungi diri kita daripada bakteria yang mengancam kesihatan.

Berkesan ke hapus bakteria dengan menggunakan Hand Sanitizer ni?

Ya, penggunaan hand sanitizer dianggap berkesan untuk membunuh kuman 99.9% seperti membasuh tangan dengan sabun anti bakteria dan air.Dengan cara penggunaan yang betul, hand sanitzer boleh beri perlindungan tambahan daripada kuman dan juga bakteria.

Apa senarai produk hand sanitizer yang berkesan untuk kegunaan seharian dan selamat untuk kulit?Jom kita lihat apakah senarai produk hand sanitizer yang bagus.

Senarai produk hand sanitizer yang bagus.

  • Eskulin
  • Antabax
  • Premier Sanitizing Wipes
  • Lifebuoy
  • Dettol
  • Betadine
  • Trust nature
  • Baby Organic

Produk-produk ni korang boleh dapati di kedai dan juga farmasi di Malaysia.

Atau kalau korang rajin bolehlah buat hand sanitizer sendiri di rumah.

Cara buat(DIY) hand sanitizer di rumah

1/3 cawan aloe vera

2/3 cawan alkohol

8 titik minyak essential

Fungsi aloe vera adalah untuk memberi kelembapan pada kulit manakala alkohol bertindak untuk membunuh kuman dan bakteria.Minyak essential seperti tea tree bersifat anti bakteri dan anti virus


3 tips apabila membeli hand sanitizer

  • Baca isi kandungan.Pastikan alkohol yang terkandung di dalamnya tinggi dengan anggaran 60 – 70%
  • Pilih yang organik seperti lemon dan lavender untuk cegah bakteria
  • Pilih yang ada Vitamin E untuk menjaga pori pori kulit dan melembutkan kulit

So, mission umi hari ni adalah untuk mencari stock tambahan dan face tak lupa kepada face mask.Ingat, beli face mask pun pastikan yang 3 ply ye.

 

 

 

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *