PARENTING,  parenting blogger

Tips Persiapan Hari Pertama Persekolahan

Tips Persiapan menjelang Hari Pertama Persekolahan | Walaupun anak umi ni baru je melangkah tahun kedua di sekolah Tadika, dia antara orang yang termasuk di dalam kategori persiapan sekolah jugak.

Tahun hadapan, kakak akan masuk ke tahun kedua Tadika untuk umur 5 tahun.So, persiapan tu masih perlu di buat dari segi persediaan baju, kasut dan yuran persekolahan.

 

Tips Persiapan Hari Pertama Persekolahan

Bila sebut pasal persiapan anak-anak untuk naik ke sekolah tahun hadapan, mesti ibu bapa akan lakukannya sedikit awal bagi memastikan kelengkapan untuk mereka cukup.Bagi umi sendiri, persiapan awal tu memang perlu umi lakukan terlebih awal kerana, kita tak tau samada di awal persekolahan nanti, banyak lagi keperluan buku yang mungkin perlu di beli.

Lagi pulak, ibu bapa yang anak ramai, mesti mereka akan membuat persiapan lebih awal.Yelah, takdelah membebankan mereka kan bila buat persiapan awal.Umi ni pun tengah berfikir untuk survey kasut kakak.Beg yang kakak dapat hari tu, sekejap je dah koyak.So, kenalah beli lagi jawabnya.Yuran pulak , umi akan bayar masa pendaftarannya nanti.Untuk kasut, umi takdelah beli beria sangat..No jenama-jenama pun.Jenama Giant je yang RM10 tu hah yang umi beli.Tunggulah bila dah sekolah rendah nanti, barulah merasa nak beli yang berjenama ye dak..

Itu baru masalah untuk persiapkan barangan sekolah.Bagaimana pula untuk mereka yang baru pertama kali anaknya menjejakkan kaki ke sekolah, mungkin ada masalah bila itu adalah hari pertama mereka di alam persekolahan.

Kakak dan adik, mungkin takde masalah untuk umi hantar ke sekolah kerana mereka sudah terbiasa dari kecil umi hantar ke taska.Jadi dah biasa ditinggalkan.Kepada yang tak biasa lagi meninggalkan anak-anak mereka untuk ke alam persekolahan atau sebelum ini ke Taska, mesti menjadi masalah bagi mereka.Mungkin tips yang umi nak kongsikan ini boleh memudahkan ibubapa di luar sana untuk memudahkan mereka menghantar anak ke sekolah nanti kan.

 

TIPS PERSIAPAN HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN

MULAI KENALKAN KEPADA ANAK KONSEP PERSEKOLAHAN

Beritahu kepada anak bahawa tahun hadapan mereka akan ke sekolah  dan sentiasa mengingatkan mereka berkali-kali tentang sekolah supaya mereka nampak excited.Beritahu bahawa sekolah adalah tempat untuk bermain dan belajar dengan kawan-kawan yang lain.Tunjuk sekolah yang bakal di hantar oleh ibubapa kepada mereka.Ataupun boleh tunjukkan gambar atau buku tentang sekolah.Disamping itu kita boleh ceritakan tentang apa yang seronoknya di sekolah.Kena keep remind diorang tentang sekolah tu seronok.

Masa mula-mula hantar kakak ke sekolah dulu, memang adakalanya dia buat perangai.Tapi bila dah biasa, mungkin menjadi kesukaan mereka untuk ke sekolah.

AJAK MEREKA MENGUNJUNGI SEKOLAH YANG BAKAL MEREKA HADIRI NANTI

Kalau boleh pilihlah lokasi sekolah yang berdekatan dengan rumah.Jadi kita boleh pantau anak-anak bila disekolah.Bila kita dah tetapkan sekolah yang akan dihantar, maka kita perlu ajak mereka untuk tau ke mana kita akan hantar mereka nanti.Tunjuk sekolah mereka dari jarak dekat.Kalau boleh tinjau keadaan sekolah sampai ke dalam pun ok jugak..Mesti mereka excited kan.

LATIH ANAK LAKUKANNYA SENDIRI

Mungkin sebelum ni kita yang pakaikan baju mereka, siapkan mereka untuk ke mana-mana kan.So start latih mereka untuk siapkan diri mereka sendiri,bagaimana memakai baju sendiri, makan dengan sendiri dan bawa bag sendiri.Ajar mereka untuk mengenali barang sendiri dan selalu ingatkan supaya jangan mengambil hak orang lain.

 

MEMPERKENALKAN ANAK KEPADA GURUNYA

Apabila kita dah kenalpasti sekolah mereka, perkenalkan anak-anak dengan guru mereka.Biarkan mereka beramah mesra supaya selepas ini, mereka tidak akan takut apabila berjumpa dengan guru mereka.

 

ATUR WAKTU TIDUR ANAK LEBIH AWAL

Mungkin sebelum ni, waktu tidur anak tidak menentu kan, selepas ini, aturkan waktu tidur mereka.Macam umi pulak, pukul 9.30 malam wajib masuk tidur.Dan akan bangun pada pukul 6.30 pagi untuk bersiap-siap.Pukul 9.30 tu bukan bermakna mereka akan tidur terus kan.Mestilah dok melayan mata, pukul 10.00 jugak diorang tidur.Sebab tu kena masuk tidur awal.Biasakan sebelum bermulanya persekolahan.Jadi takdelah adegan umi jadi hijau bila kejut mereka ke sekolah.

LIBATKAN DIRI DALAM PERSIAPAN PERSEKOLAHAN ANAK-ANAK

Masa ni lah kita biarkan anak kita untuk memilih apa yang mereka nak, contohnya memilih bag sekolah mana yang dia suka.Botol air, peralatan menulis dan sebagainya.Di samping itu kita pun boleh turut sama melibatkan diri dalam proses persiapan persekolahan anak-anak.

hasil pembacaan di : http://elhanalearningkit.com

Panjang lebar umi menulis pasal tips persiapan persekolahan ni.Actually tips ni sangat sesuai untuk anak mereka yang baru lagi ingin memulakan alam persekolahan.Mungkin juga pra sekolah kan.So, mana yang boleh kita ikuti tips ni, kita ikut.Mungkin berguna di masa akan datang kan. Umi pun sedang sibuk menyiapkan kakak untuk ke sekolah.Tak taulah nanti Naura macam mana pulak.Mungkin akan sama dengan kakak.Jadi umi biasakan diri dia untuk bangun bagi seawal kakak bangun pagi ke sekolah.Selalunya memang umi akan kejutkan anak-anak umi seawal 6.00 pagi.Itu baru kejut-kejut manja.Dari pukul 6.00 pagi,sehinggalah 6.30 pagi jugak umi ambil masa nak kejutkan diorang.Taknak spoilkan mood diorang pepagi dengan kejut mereka dengan tergesa-gesa.Bukan mood diorang je, mood umi pun nanti ikut sama spoil tau…hahahaha

 

 

 

 

 

Blog tentang parenting, info, resepi masakkan ,panduan kerja di rumah, review produk, sharing info Johor, review makanan,

6 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *