Tips Ketiga : Aliran Puting
Terdapat pelbagai jenis puting di luar sana.Kebanyakkannya direka khas kadar kelajuan aliran air keluar mengikut kesesuaian umur bayi yang meminumnya.Ada tiga jenis puting dengan aliran yang berbeza iaitu cepat,sederhana dan lambat.Puting yang mana harus saya pilih buat bayi saya?
Bagi newborn,pilihlah aliran puting yang perlahan.Ia akan ditingkatkan perlahan-lahan selaras dengan kematangan sistem penghadaman anak kecil itu tadi.Rata-rata puting yang dijual ada melabelkan umur bayi yang sesuai menggunakannya.
Tips Keempat: Botol Kaca atau plastik
Botol plastik adalah murah,namu tidak mempunyai daya ketahanan yang tinggi.Pilihlah botol yang tidak memudaratkan dan bebas daripada Bisphenol A(BPA).Jika anda memilih untuk menggunakan botol polikarbonat yang mengandungi BPA,elakkan daripada mendedahkan botol terus kepada haba yang tinggi seperti suhu haba gelombang mikro.Buang jauhh-jauh botol yang terdapat tanda kerosakkan seperti menjadi keruh atau terdapat tanda calar pada botol.Ia bahaya kepada bayi.
Oleh kerana isu bahan kimia yang ditemui di dalam botol plastik ini,ada segelintir ibubapa beralih menggunakan botol susu kaca semula.Botol kaca ini mudah dijaga dan tahan lama.Namun ia mampu menimbilkan risiko luka terhadap bayi jika botol itu pecah.
Ini bergantung kepada kekerapan ibu mahu menggunakan botol itu. Sama ada, ia sekadar alat bantuan kecemasan atau bantuan sepenuh masa. Jika botol itu hanya digunakan untuk masa kecemasan, 2 oz atau 5 oz sudah memadai. Namun, jika ia mahu digunakan untuk jangka masa panjang, melaburlah untuk membeli botol yang berkapasiti besar, 7 oz, dari mula lagi. Kadar peminuman si kecil akan meningkat mengikut tumbesarannya setiap bulan.
Tips keenam :Satu botol
Sentiasa beli satu botol dahulu sebagai percubaan. Perhatikan jika botol yang dipilih serasi dengan bayi atau tidak. Jika serasi, barulah beli lagi, jika mahu menambah stok yang ada. Jika tidak serasi, anda perlu mencari jenama lain yang anak anda gemari. Elakkan pembaziran. Sentiasalah menjadi pembeli yang bijak.
ingat lg dulu kala, nurin & syuhada, kena pakai putih doktor baby yg kaler coklat tu tau.
tak nak puting putih biasa.
sekali beli puting doktor baby tu mesti sekotak 🙂
now ijat, beli kaler putih jer.
nice tip…tommie tippie tetap menjadi pilihan