Tips didik anak berpuasa
Tips didik anak berpuasa| Hai korang☺☺alhamdulillah..Ramadhan ke 8 dah kita kan.Bila ada anak yang sudah mula nak berpuasa ni seronok.Tapi dalam keseronokkan tu ada jugaklah yang terpaksa berkeras dengan anak untuk suruh diorang berpuasa.
Walaupun umi masih lagi belum ada anak yang mampu untuk berpuasa,tapi kena ada sedikit ilmu untuk umi belajar supaya nanti bila naura dan awfiyah dah boleh puasa,umi boleh gunakan tips untuk didik anak berpuasa.Berpuasa ni, jangan terlalu dipaksa, ikuti tips untuk ajar anak berpuasa. 
Syukur kerana umi mempunyai ramai anak buah yang dah boleh berpuasa.Dan dari situ umi belajar bagaimana nak mengajak mereka untuk berpuasa sama dengan kita.Anak saudara umi, seawal 5 tahun dah diajar berpuasa.Tapi tidaklah penuh sebulan berpuasa.Biasalah anak-anak ni,kalau kita lembut,lembutlah dia.Tak boleh nak suruh untuk terus berpuasa penuh satu hari tu kan..Jom aku share tips untuk didik anak berpuasa.Nak ajar anak berpuasa ni jangan terlalu dipaksa, ini tips latih anak kecil kita untuk puasa.

TIPS  MUDAH AJAR ANAK PUASA

1.Latih sedikit demi sedikit

Untuk permulaan berpuasa,latih anak kita untuk menahan lapar untuk separuh hari iaitu sehingga jam 1 petang,begitu juga hari kedua dan ketiga,bila masuk hari keempat,dan seterusnya,cuba latih untuk ke petang.Pujuk mereka untuk berpuasa satu hari.Insyallah,mereka akan biasa nanti. jika kita ikut tips mengajar anak  puasa buat pertama kali ni, insyallah berhasil.

2.Manfaatkan Masa

Selitkan juga cerita tentang kisah rasulullah di bulan ramadhan.COntohnya kisah mengenai Rasulullah dan para sahabat berperang di bulan puasa.Sekali sekala tu,selitkan lah juga pengalaman kita berpuasa masa kita kecil-kecil dulu.Buat aktiviti yang menarik minat anak supaya tidak merengek untuk minta makanan.

3.Ubah suasana rumah

Suasana yang berubah juga akan mempengaruhi semangat anak-anak.Misalnya dengan mengubah suasana di dalam rumah,mempersiapkan ruang khusus untuk solat berjemaah dan tadarus Al-Quran.Ajak anak-anak menghiasi ruang tersebut dengan tulisan kaligrafi dan gambar-gambar islamik.

4.Sediakan menu kegemaran mereka dan makanan seimbang.

Sepanjang bulan puasa,ibu bapa perlu menyusun menu dengan gizi yang seimbang untuk anak yang berpuasa.Juga boleh mulakan terlebih dahulu sebelum bulan puasa dengan melatih habit dari 3 kali sehari menjadi 2 kali sahaja.Bila dilihat dari habit kebiasaan makan.berpuasa sebetulnya hanya memindahkan ja,.atau mengulangi satu kali waktu makan saja.Bila biasanya makan 3 kali sehari.menjadi 2 kali iaitu waktu sahur dan waktu berbuka puasa.Cara ini juga dapat membuatkan suasana sahur menyenangkan bagi anak-anak sehingga tidak merasa berat bangun tengah malam.Biarkan anak-anak makan di akhir waktu sahur

5.Beri penghargaan.

Jika anak berhasil menyelesaikan puasanya dalam sehari,berilah Hadiah,tak semestinya dalam bentuk wang,ibu bapa juga boleh beri penghargaan dengan membawa mereka ke bazar untuk membeli makanan yang mereka sukai.

6.Melatih anak niat berpuasa

Kalau boleh amalkan membaca niat berpuasa bersama keluarga selepas makan malam.Dengan cara ini anak akan lebih seronok

7.Kurangkan menonton tv disiang hari

Ini kerana iklan di tv banyak menyiarkan iklan-iklan makanan.Macam mana kalau iklan yang ditayangkan adalah makanan kegemaran mereka.Haruslah tergugat iman..hehehe.

8.Jangan biarkan mereka yang berpuasa terlalu aktif bermain.

Sememangnya apabila mereka bermain akan membuatkan mereka leka dan tak eprasan masa berlalu tetapi bila dah penat,mereka akan minta makanan.Sebab tu nak kena pantau aktiviti mereka.Jika mereka bersekolah,takde masalah sangat kan.

9.Sediakan makanan atau minuman yang mengandungi nutrisi seimbang

Ini bagi mengekalkan tenaga harian mereka untuk menjalani aktiviti harian.
Dari pengalaman aku ,susu yang di blend dengan kurma mampu memberikan tenaga untuk anak-anak yang berpuasa,so masa sahur,sediakan untuk mereka.

10.Elakkan memberi makanan dan minuman seperti makanan yang asam,bersantan atau pedas.

Untuk mengelakkan perut mereka meragam dan tidak selesa,avoid makanan-makanan seperti itu.
Itu sahajalah tips yang  dapat umi kongsi hasil dari pembacaan umi.Mungkin korang ada tips yang lebih baik untuk dikongsikan bersama…
(Visited 122 times, 1 visits today)

4 thoughts on “Tips didik anak berpuasa

Leave comment

Your email address will not be published. Required fields are marked with *.