Tips Beli Barang Di Shopee Supaya Tidak Tertipu

Tips Membeli Barang di Shopee Supaya tidak tertipu | Kalau boleh taknak terjebak, tapi umi dah terjebak jugak bila Shopee mengadakan 9.9 Super Shopping day ni.

Apa taknya, harga pun boleh tahan, shipping pun free.Umi rasa masa ni lah sesuai nak cari barang yang umi nak.Dalam cart shopee tu rasa dah tak boleh nak letak rasanya…hahahaha…

Umi dah start shopping dari hujung bulan ogos lagi tau.Diskaun hebat yang umi rasa rugilah kalau umi tak grab kan.9.9 Shocking Sales di Shopee ni dah berlangsung dari 19 OGOS sehinggalah 9 September 2019.

So, ada masa lagi untuk korang grab barangan yang korang tengah cari tu.Tapi, umi ada sedikit pesanan la untuk korang yang nak bershopping di Shopee tu. yelah rata-rata yang umi dengar, Shopee banyak barang tipu, banyak barang yang bila dapat ada yang kecil, ada yang terlebih besar ada yang beli barang lain dan terima dengan barang lain.Yes, itu umi tak nafikan sebab umi pun pernah terkena dulu.Walaupun kadang-kadang ianya salah kita, dan ada salah penjual, kita jadikan iktibar supaya lebih berhati-hati dalam .

Umi cuba berikan tips kepada korang bagaimana cara untuk kita memilih barang di Shopee supaya apa yang kita dapat tu adalah apa yang kita nak.

TIPS  BELI BARANGAN DI SHOPEE

CARI BARANG YANG DIPERLUKAN MEGIKUT HARGA

Kat Shopee ni, kita tau, ramai peniaga yang menjual barangan yang sama.Oleh itu, kita kena pandai cari harga yang berpatutan.Yang rasa ianya berpadanan dengan harga produk yang kita nak.Yang penting kena pandai bandingkan harga.

LIHAT MEASUREMENT DENGAN BETUL

Ye..Wajib tengok keadaan barang tu.Kena tengok betul-betul measurement barang tu samada saiz yang kita nak tu betul atau tidak.Selalunya bila tengok gambar kita dah terjatuh cinta kan.Contohnya kita nampak bag tu besar dan padan dengan kita.Tapi kita lupa nak tengok saiz bag tu.Bila sampai rupanya beg tu kecik cenonet je.( Umi pernah je ada pengalaman macam tu 😆 

MASA PENGHANTARAN

Dekat shopee ni kekadang seller Malaysia yang dah ada ready stock.Dan ada yang diorang kena order dari supplier luar.So, kena tengok la samada barang yang korang nak beli tu, antara barang yang dah ready stock kat Malaysia ataupun Oversea.Sebab taknak korang meroyan kat seller sebab lambat sampai.Kena tau dan pastikan barang tu akan dihantar dari mana?Faham tak.Umi ada tunjukkan macam mana kita nak tau barang tu dari Malaysia atau oversea ye

Ni contoh barang yang dari Malaysia.Korang kena baca description tu.Jangan malas ok..

 

Yang ni barang dari Luar Negara.Mostly dari China la kan.Boleh tengok kat shipping tu.Umi ada highlight barang tu dari oversea.

CHAT DENGAN SELLER

kalau boleh korang chat lah dengan seller kalau korang tak pasti keadaan barang yang korang nak beli tu.Ada je seller yang boleh melayan korang.Kalau tak puas hati dengan seller tu, mungkin korang boleh cari seller lain yang jual barang yang korang nak tu.

LIHAT KOMEN

Ini yang paling umi buat bagi memastikan korang puas hati dengan barangan yang korang nak beli.Seriously, umi akan ambil masa yang lama untuk tengok komen je tau.Nak² yang sekali dengan gambar.Sebab tu umi syorkan bila kita beli sesuatu barangan di Shopee, bila dah terima barang, korang rajin-rajinlah bagi rating dan juga komen gambar barangan yang korang dapat.Jadi boleh la bantu pelanggan lain untuk memastikan barangan yang mereka beli tu mengikut apa yang diorang nak ke tak.

Itu cuma tips dari umi la..Kalau ada korang nak tambah lagi sila tambah ye.Mana tau umi boleh share kepada reader lain jugak.

9.9 shopee shocking sales

Haihhh…Menunggu barang dari china ni.Penangan 9.9  Super Shopping Day ni..

 

Korang dah terjebak ke? Kalau iman tak kuat sila jangan install aplikasi Shopee ye…hehehehe

 

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *