Tips Bawa Anak Naik Pengangkutan Awam

Tips Bawa Anak Naik Pengangkutan Awam | Cerita bulan lepas yang umi dok peram dek kerana mood nak blogging agak ke laut.

Hari tu, umi memang plan nak balik Pahang dengan babah, tapi last minit babah terpaksa cancel cuti sebab kursus yang dijalankan kena betul dengan tarikh yang kami nak balik Pahang.

Setelah berbincang dengan babah, maka, kami ubah plan kami untuk ke Pahang.Kali ni umi kena turun ke Melaka pulak.Actually, tujuan nak ke Pahang tu sebab nak melihat anak saudara umi babah yang akan terbang ke Mesir untuk sambung belajar.Bila kami ke Pahang, jadi tak perlulah kan hantar dia ke KLIA.Tapi terpaksalah ubah plan tu.Disebabkan Nenek (MIL) tak dapat nak pergi ke Pahang, Jadi kita ikut mereka hantar ke KLIA.Kebetulan kakak ipar yang kat Melaka pun nak pergi, so kita tumpanglah sekali.

Umi malas nak drive dengan budak-budak,so umi plan nak naik bas.Saja nak bagi mereka rasa naik bas.Tapi kalau ikutkan adik dah ada pengalaman naik bas.Ada entry perjalanan pertama Naura menaiki bas ke Pahang.

So, pengalaman ni adalah pertama bagi kakak pulak.Kami naik dari Larkin dan turun ke Muar.Kenapa Muar? sebab MASA tu yang paling hampir bila kami sampai ke Larkin.Malas nak tunggu lama-lama.Lagi pun masa tu, abang ipar ada di sekitar Muar.So, tak risau..heheh.

Sampai ke Larkin, kami terus menuju ke Machine ticket yang disediakan disitu.Sekarang ni tak perlu dah melalui orang,hanya thru machine je.TAPI……….Perlu diingatkan korang yang nak menaiki bas.Apabila korang membeli tiket bas, korang tau setiap nombor kad pengenalan anak-anak ye.Kalau takde ic  takpe, janji korang ingat nombor ic mereka.

Kalau korang perhatikan tiket bas tu dah ada ic yang tertera.Sebenarnya ia bertujuan untuk insurans di mana jika berlaku apa-apa yang tidak diingini sepanjang perjalanan menaiki bas tersebut, senang kita nak claim.

So, sebab tu kena tau ic orang yang kita bawak.Pengalaman umi masa nak pergi tiket balik.Umi betul-betul terlupa yang ic anak-anak semua pada babah.Jadi masa nak balik ke Johor hari tu, kalutlah call babah tanya pasal no ic anak-anak…so kena take noted ye

Dah habis cerita pasal tiket, kita cerita pulak pasal anak-anak ni.Nak bawak anak-anak menaiki pengangkutan awam ni, memang mencabar jugak.Sebab tu kena sedia mental dan fizikal untuk bawak diorang ni.Yelah dengan bawak dua orang anak yang baru nak membesar ni.Memang banyak ragam.Mana nak bawak beg lagi, Nak pegang mereka lagi, Walaupun aku pergi dengan MIL, tapi tak boleh jugak nak harapkan dia.Yelah..Usia dah lanjut, mana cergas nak buat semua tu.Jadi umi kena jadi superwoman yang kena ada kuasa 10…hahahah…itu kata kakak la..

 

Tapi umi dahpun siapkan segalanya supaya perjalanan kami tu jadi sesuatu yang menyeronokkan.So, umi ada beberapa tips bagaimana nak handle anak-anak supaya mereka tak berkelakuan aneh semasa dalam perjalanan menaiki pengangkutan awam ni.

TIPS BAWA ANAK NAIK PENGANGKUTAN AWAM

 

1.BAWA SEMINIMUM YANG  MUNGKIN BEG PAKAIAN

Bila ada anak, of course baju lebih tu penting.Kalau umi naik kereta, memang umi akan pastikan bawa baju yang mencukupi malah lebih lagi.Tapi bila naik bas ni,kena bawak beg yang tidak terlalu banyak.So 3 orang untuk 1 beg.Senang umi pakai beg roda je.Tambah satu lagi beg nenek, nasib baik tak besar,Jadi boleh letak atas beg kami tadi.

Lagi satu, bawa bagpack untuk memudahkan korang membawa barang-barang penting seperti botol air, mainan anak,makanan, pampers, beg plastik,wet tissue dan tuala kecil. nanti umi terangkan satu-satu setiap kegunaan yang umi bawak tu.

2.PASTIKAN ANAK SUDAH KE BILIK AIR SEBELUM MENAIKI BAS

Yang ni setengah jam atau sejam sebelum naik bas, umi akan pastikan mereka ke bilik air dulu.Ini penting walau perjalanan taklah makan masa 5-6 jam.Wajib buat.Kalau mereka pakai pampers takpelah kan.Kalau kena nak kencing masa dalam bas, haru jugak umi nak buat.Walaupun langkah berjaga-jaga dengan membawa extra pampers di dalam beg, kemungkinan-kemungkinan yang berlaku kita tak boleh nak jangka.Kalau Naura dia takkan suka nak kencing dalam pampers disiang hari.Kakak pulak jenis kalau naik kereta, dalam sejam mesti dia rasa nak terkencing.So, langkah terbaik adalah, suruh mereka ke toilet dulu sebelum naik bas.

3.BAWA MAKANAN SECUKUPNYA 

Walaupun sebelum naik bas, dah bagi anak-anak makan dulu, tapi umi tetap bekalkan mereka makanan.Contohnya roti, coklat , air dan sebagainya.Bagi mengelakkan mereka bosan dan kelaparan dalam bas.Tantrum mereka kita tak boleh jangka.

4. BAWA PERMAINAN KEGEMARAN MEREKA

Umi kalau pergi kemana-mana pun akan bawa mainan kegemaran mereka.Taknaklah mereka tertumpu sangat dengan gadget kan.So, dalam bas mereka masih boleh bermain dengan permainan mereka tu.

Kalau si adik, dia kan ke hulu hilir dengan little ponny tu.Kakak dengan macam-macam mainan di dalam bag yang dia sendiri dah pilih.Tak lupa juga umi bawa flash card.Sambil-sambil tu boleh la ajar mereka.Boleh jugak bawa buku dalam bas.Tapi bila baca buku ni takut diorang pening.Jadi kita bagi diorang mainanlah..

5.BAWA BEG PLASTIK KECIL,WET TISSUE ATAU TUALA KECIL

Kalau ikut pengalaman dari bawa Naura menaiki bas di entry lepas, dia akan muntah.Mungkin kerana jalan ke menuju ke Pahang dulu, agak teruk , so dalam bas dia muntah.Umi bekalkan beg plastik kecil di dalam bagpack.Wet Tissue tu penting jugak, Nak basuh air takde, so kita guna wet tissue. Tuala kecil tu standby jika diperlukan.

 

Dalam bagpack umi spare jugak sehelai baju dan seluar yang nipis².Kotlah air tumpah ke.Makanan tumpah atau mereka termuntah, boleh la terus tukar baju mereka.

6.BAWA UBAT-UBATAN

Ni jika diperlukan sahaja.Selalunya umi akan bawak vicks ataupun minyak telon dalam bag.Kotlah diorang sakit perut ke.Jadi penyelamatnya bawak jelah pape minyak..biasa kalau kat rumah, bedak pun boleh buat sapu…hahaha…

 

Hah… itu jelah yang penting dan yang umi buat bagi memastikan takde pape yang berlaku sepanjang perjalanan menaiki pengangkutan awam.

Alhamdulillah..sepanjang ke Melaka dan balik ke Johor tiada apa-apa insiden yang boleh umi jadi Hijo.Kakak dengan adik behave sampailah tiba di rumah.Cuma penat nak melayan kakak yang tak tidur dalam bas.Banyak bertanya tentang itu dan ini

Masa ni pun tudung kakak entah ke mana…Adik jelah kekal bertudung sampai rumah

Sekian tips dari umi. kot korang ada lagi tips yang bagus boleh la share di komen ye.

 

 

 

siti Rohaida

Mommy Blogger | Johor Blogger (JDT Blogger) For Any Collaboration | Events | Review | Sponsorship Email : sitirohaida81@gmail.com

2 thoughts on “Tips Bawa Anak Naik Pengangkutan Awam

  • May 9, 2019 at 12:34 pm
    Permalink

    Aku pun takde pengalaman bawa anak naik bas masa kecik-kecik sebab memang duduk rumah aje, masa tu belum pandai bawa kereta pun, tapi memang kerjanya duk rumah aje hahahaha…kalau tak mungkin hijo purple gak kot hahahaha

    Reply
    • May 9, 2019 at 1:14 pm
      Permalink

      hhahaha…tulah sis, saja nak bagi pengalaman kat diorang naik bas.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *