Tips Bawa Anak Bercuti di Negara Sejuk

Tips Bawa Anak Bercuti di Negara Sejuk | Dah ready ke nak bawa anak ke Negara yang mempunyai Iklim Sejuk?Bukan mudah nak bawa anak kecil untuk ke Negara yang jauh memakan masa berjam-jam lamanya.Ada kalanya kita kena tengok jugak situasi bagaimana untuk kita bawa anak berjalan ke luar negara.Yang penting kita kena tahu tips-tips untuk bawa anak bercuti lagi-lagi di Negara sejuk.

Actually, impian besar umi memang nak bawa anak-anak ke Negara yang ada musim Sejuk.Contohnya haruslah Korea.Siapa yang taknak ke sana kan.Tapi bila memikirkan yang kita akan bawa anak-anak, banyak perkara yang perlu kita ambil tahu tau.

Nak bawa anak ke Negara beriklim sejuk ni kena ambil perhatian yang lebih.Sebab biasanya anak-anak yang tak biasa dengan keadaan sejuk, atau pertama kali nak menjejakkan kaki ke sana, mesti diorang takkan boleh nak hadam dengan keadaan sejuk di sana.

So, as a parents, apa yang kita kena fikirkan dan persiapan kita untuk ke sana kan.Bagi umi, bila sebut pasal Negara yang sejuk seperti Korea tu, umi rasa pemakaian adalah amat dititikberatkan supaya mereka tak terlalu sejuk bila di sana.Yelah kan, bila terlampau sejuk, macam-macam boleh jadi.Di Korea, cuaca sejuk mereka mencecah sehingga  5 – 17°C .Bila dah ke Korea, mestilah nak merasa musim salji mereka kan?

Walaupun Korea ada beberapa musim lagi, kita kena ambil tahu jugakkan semua tu sebelum berlepas ke sana.So, apa je tips yang diguna pakai oleh mereka yang pernah melancong ke Korea, kita kena pratikkan.

Lagi pulak nak bawa banyak kelengkapan untuk ke sana.Kena tahu jugak cara macam mana kita nak cukupkan kelengkapan dengan mengurangkan beg yang ingin dibawa kesana.Bukan tu je, kita kena tahu jugak macam mana caranya untuk kita nak bawa beg yang banyak untuk naik ke flight tu.Mungkin korang kena baca tips travel bawa beg naik flight.Jadi takdelah kita kelam kabut nak menguruskan beg untuk dibawa masuk ke dalam flight tu.Kalau kita tak ikuti tips ni, mungkin kita pening untuk menguruskan semua hal-hal yang berkaitan dengan beg dan juga anak-anak

Jom lihat apa tips yang dapat umi kongsikan hasil pembacaan umi dalam blog thevocket dan blog² lain

TIPS BAWA ANAK MELANCONG KE NEGARA SEJUK

PAKAIAN

Tips yang pertama yang perlu kita titikberatkan adalah pakaian.Bukan pakaian biasa yang kita pakai tau.Pakaian yang jauh berbeza dari pakaian yang biasa kita pakai.

1. Winter Hat
Di Norway atau Scandinavia biasanya guna yang jenis sarung sahaja atau wool hat.

2. Perlindung Telinga
kalau ada, elok pakai. Telinga sejuk boleh memudaratkan

3. Perlindung Tengkuk (Muffler)
Ada jenis sarung atau balut. Boleh tengok di H&M atau kedai-kedai yang jual alat ni. Material polyester, Lycra atau Wool.

4. Sarung Tangan
Kalau nak main salji, wajib samada jenis kulit (Leather), atau kalis air (water ressistant). Tujuannya untuk elak dari kesejukan tangan atau kekejangan tangan. Kalau sejuk tangan, satu badan pun boleh sejuk sampai ke tulang rasanya.

5. Seluar
Jeans, Ski pants atau seluar kalis air (waterproof).

6. Kasut
Kasut jenis paling penting adalah kalis air dan tak mudah salji masuk ke dalam kasut. Biasanya kasut Timberland, H&M atau apa sahaja yang bersesuaian. Sneakers tidak dibenarkan kalau nak cuba juga silalah. Hehehe.

7. Stoking
2 jenis. Kalau suhu mencecah -5°c ke bawah, pakai wool dan sarungkan cotton.

Pakaian yang lengkap boleh mengelakkan kita dari ‘FROSTBITE’.

Lapisan pertama: Wool/ Long John
Lapisan kedua: Cotton dan Sweater / Cardigan / Fleece
Lapisan ketiga: Winter Jacket
Seluar: Wool (bahagian dalam) dan Jeans (bahagian luar) atau Fleece Pants dan Ski Pants. Jika ingin bermain salji.

sumber : https://www.thevocket.com

UBAT-UBATAN

Perkara yang perlu dititikberatkan juga adalah ubat-ubatan anak.Yang biasa kita simpan di rumah iaitu, ubat demam, selsema, vitamin c, ubat bontot, minyak angin.

MAKANAN 

Penting jugak bagi umi sebab risau anak-anak yang masih bayi ni kadang-kadang mereka tak sesuai dengan makanan yang lain kan.Benda yang simple pun kadang-kadang kita kena fikir jugak.Nak patah balik ke Malaysia bukan dekat dek oii..So, sebab tu kena ambil langkah berjaga-jaga supaya tidak menyusahkan kemudian hari.

PERALATAN LAIN.

Jika korang nak bawa stroller tu, pastikan yang ringan dan mempunyai tayar yang senang untuk diuruskan.Maklumlah kan, nak pergi ke Negara yang bersalji.Kang kalau stuck tengah jalan sapa pulak nak mengangkut stroller tu.

Emm…rasanya itulah tips yang bagi umi penting bila nak bawa anak-anak ni.Tiba-tiba umi dok cari Pakej Percutian ke Seoul Korea tau.Bukan apa, search menggunakan ARBA Travel tu, nampak pakej menarik mereka.

arba travel

Lepas tu bila search gambar-gambar di Seoul Korea tu, nampak menarik pulak.Rasanya tabung umi tu macam nak penuh je.Dah boleh la plan bawa anak-anak ke sana.

So, nak pergi travel luar dan dalam Negara bolehlah survey menggunakan ARBA Travel.Banyak Pakej percutian menarik yang mereka tawarkan.

Lagi best bila tengok pakej Percutian Ke Seoul Korea tu menepati citarasa umi..

Korang kalau nak survey² tempat percutian boleh la layari website mereka

https://arbatravel.com/

 

Loading

2 Comments

  1. lagi satu jangan lupa bawak pelembap kulit…vaseline pun ok, sebab kulit cepat kering pada suhu sejuk..

  2. Bercuti ke tempat sejuk ni mental kena kuat, dewasa yang pergi pun bermacam hal, inikan pula bawa anak kecik, kena siap sedia dalam banyak perkara.
    Moga ada rezekinya Eda sekeluarga..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *