July 4, 2020

Tiada kenaikkan Gaji lagi – Mood Bekerja terus Down

Assalamualaikum
Payah betul kalau dapat bekerja dengan company yang sentiasa ingin wang masyuk berjuta-juta ringgit,TETAPI..kebajikkan pekerja diabaikan,
Bila dah buat janji tu haruslah ditepati,ini tidak.Sepatutnya kenaikkan gaji bulan 5 ari tu..Disebabkan management buat sistem baru(iaitu sistem mementingkan diri sendiri.)Ianya berubah ke bulan 7.Tapi bila dah sampai bulan 7,langsung xde apa-apa perubahan..Yang peliknya banyak kebajikan pekerja yang diorang cut untuk kepentingan diorang sendiri..Boss seronok dok tukar-tukar kereta baru.orang bawah nie macam nak mati bekerja dan overtime untuk dapat rezeki yang lebih.

Aku pun masih tak faham kenapa management yang tak behati perut nie dapat segala kelebihan..Yang orang bawahan nie dipijak..

Hari ni dah ramai yang mengeluh dan takde mood nak bekerja sejak dapat boss baru yang tahi hidung masin nie..

Hr pun macam xde function untuk mempertahankan hak para pekerja…Elok HR tu tido jerk..

Sekian ketidakpuas hatian saya..
esok sambung bebel lagi..kena check dlu berapa yang diorang bagi..Seikhlas mana yang diorang nak bagi kat aku yang rajin nie…

siti Rohaida

Blog about parenting, tips parenting, deco, homeschooling activities, travel and beauty.Welcome to kisahsidairy blog

View all posts by siti Rohaida →

15 thoughts on “Tiada kenaikkan Gaji lagi – Mood Bekerja terus Down

  1. Sabar…Bulan Ramadhan ini mengajar kita untuk bersabar. Cari ketenangan dan cuba cari jalan penyelesaian.
    Kita kini berada si Fasa kedua di Bulan Ramadhan…iaitu Fasa Keampunan, jgn sampai ianya merugikan kita.

  2. memang ada sebahagian manusia yang suka mengambil kesempatan ke atas orang lain. Mengerah tenaga dan keringat lalu tidak diberi penghargaan apatah lagi rasa hormat.

    Sabar ye kak, moga semua ini ada hikmahnya. Tensi jugak dapat bos dan management begini..apapun, semoga mereka berubah.

  3. doa dan kesabaran.. hihi, penting tu.. tapi yer lah kan, penat bekerja mesti nak rasa juga bonus tu..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *