Throwback Cerita Pasal Raya Part #1

Throwback Cerita Pasal Raya Part #1| Dah Syawal ke 22 baru nak bercerita pasal raya.Tahun ni walau beraya sebelah suami tetap #teamrayajohor.

Tahun ni tak berkesempatan untuk beraya di Melaka memandangkan petang raya pertama umi dah gerak balik ke Kota Tinggi.Hari raya kedua kami dah ada rancangan untuk ke Terengganu.

Yes, kami ke Terengganu berkonvoi bersama adik beradik umi.Sebanyak 4 buah Kereta dari Johor dan sebuah kereta dari Pahang.Kami ke sana atas urusan adik lelaki umi bertunang.

Alhamdulillah, tak lama lagi bertambah ahli keluarga kami.Jom umi cerita sedikit tentang Itenary perjalanan dari Kota Tinggi ke Kuala Terengganu.

Seawal 4 pagi mak² dah bangun bagi menyiapkan makanan yang akan kami bawa.Segala bag-bag baju sememangnya dah disediakan lagi awal.Bila dah bawa ramai ni, kenalah masak.Buat bekalan sebab keluarga ramai, lagi pun raya kedua, jarang ada kedai bukak.

So, Dalam pukul 6.30 pagi kami dah bergerak ke Terengganu. Kami cuma singgah ke Station minyak untuk anak-anak yang nak terkucil sahaja.Sampai ke Endau, umi yang bawa kereta.Babah bukan tak boleh bawa kereta, cuma babah ni, kalau perjalanan jauh memang tak boleh berterusan kerana dia jenis cepat ngantuk.

Bagi melancarkan lagi perjalanan, maka umi ambil tempat babah untuk drive ke Terengganu.Alhamdulillah, sehingga ke Terengganu umi drive.

Sampai ke Kuantan, kami berhenti sekejap.Alang-alang tu makan dan terus solat di Masjid Kuantan.Umi tak ingat nama Masjid tu.

Lepas je siap solat, kami terus memulakan perjalanan.Berhenti jugalah di salah satu RNR di Highway Kuala Terengganu.Serius penat.Tapi happy la sebab sambil drive tu boleh pulak buat video call dengan driver masing². 

Nasiblah kereta ada tempat letak phone tu kan,Jadi tak bahaya sangat.Cuma sebelum nak masuk Tol ke Kuala Terengganu tu, hujan lebat.Tapi alhamdulillah, perjalanan semua ok.Syukur sangat.

 

Sampai ke Kuala Terengganu seingat umi dalam pukul 5 lebih gitulah..Umi dah lupa.Nasib baiklah nak cari Homestay yang kami menginap tu mudah pencariannya.

Sampai² owner homestay dah menunggu untuk penyerahan kunci.Kami menginap di Homestay biasa-biasa je.Maklumlah kan, budget kami tak besar untuk  sewa Homestay mewah.Yang penting semuanya berjalan lancar.Nanti pasal homestay tu umi ceritakan di lain entry ye.

Sempatlah panaskan lauk, tambah lauk yang ada, mandikan anak-anak dan sediakan persiapan hantaran untuk esok.Hantaran actually dah siap, cuma ada sedikit yang kena betulkan.Nak cari sebahagian yang tak boleh kami bawa dari Johor iaitu kek dan juga  buah-buahan.

Lepas tu melepaklah kami anak beranak bercerita itu ini sampailah ke tengah malam.

Umi dah awal masuk tidur sebab kepenatan.Nanti umi sambung balik part kedua rombongan pertunangan pulak ye.

 

xoxo

Happy reading

 

 

 

siti Rohaida

Mommy Blogger | Johor Blogger (JDT Blogger) For Any Collaboration | Events | Review | Sponsorship Email : sitirohaida81@gmail.com

3 thoughts on “Throwback Cerita Pasal Raya Part #1

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *