RANDOM

Terjebak dengan Watson Sales 50%

Terjebak dengan Watson Sales 50% | Selepas pada event di Pulai Spring Resort, umi dengan Mak lin decide nak ke Aeon Bandar Dato Onn.Masa ke sini actually tak terfikir pun nak terjebak dengan sales Watson ni.

Sebelum makan, umi singgah ke H&M dulu,nak mencari baju untuk budak sorang tu.Umi dah plan nak beli baju raya 1 bulan 1 helai untuk umi simpan sampai raya.Yelah,umi kalau plan untuk ahli keluarga memang awal.Sebab umi takut bila dah time nak raya je beli, nak keluar duit sedebuk tu memang non hado.Tapi disebabkan apa yang umi tengok kat Online tu ada dan kat butik tu takde,so umi batalkan niat umi nak mencari lagi ke situ.Terus ke Padini di tingkat bawah.Akhirnya terberkenan terus beli sehelai.Alhamdulillah..Duit Job Review tu memang umi spend kat baju anak je.

Lepas keluar dari Padini tu,lalu di Watson, dan melilau sekitar situ.Actually nak cari lipstick murah-murah je.Bila teringat kak seri ada bagitahu yang watson ada offer, terus umi belek-belek apa yang murah.Walaupun tak semuanya murah dan ada offer, umi cari jugaklah apa yang umi nak tu.

Bila lalu bahagian Shampoo tu semua, umi terperasan shampoo yang umi guna tu ada Offer.Yang paling best Offer Buy one Free one dengan harga sebenar shampoo tu.Kira jimatlah.kalau dua barang tu selalu umi beli dekat RM30.Ni umi dapat RM15 je okeh..

Lepas tu umi selitlah sebatang lipstick Silky girl Junkie Matte.Ni salah satu pebret lipstick umi jugak.Harga memang murah..Baru RM12++.. Okla tu kan.

Hasil rembatan umi di Watson.Ala..bukan banyak pun..Masa tu pun belum gaji lagi..Itu jelah yang penting yang umi beli.Kena lebih jimat berbelanja tahun ni.

Mommy Blogger | Johor Blogger (JDT Blogger) For Any Collaboration | Events | Review | Sponsorship Email : sitirohaida81@gmail.com

5 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *