Ajar Awfiyah membaca menggunakan Poster | Bahan untuk ajar anak membaca bukan hanya fokus pada buku sahaja.Banyak medium lain yang kita boleh guna selain buku.
Apa yang akan berlaku kalau kita hanya ajar anak menggunakan buku?
- Anak akan cepat bosan
- Anak dikatakan asyik bermain
- Anak dikatakan lambat belajar
Sepanjang PKP umi ada mengajar kakak fiyah menggunakan buku bacalah anakku.Kena kental untuk ajar anak sendiri tau.
So far umi suka pembelajaran menggunakan kaedah fonik ni.Cuma umi campurkan juga dengan kaedah-kaedah lain bila diorang ni dah tau cara fonik.
Kalau cara kakak fiyah, dia memang akan cepat bosan bila belajar ni.Mulalah asyik nak bermain je.Belum lagi timbul banyak persoalan dari mulut dia.Macam tu jugak dengan si adik.
contohnya bila umi ajar dia
umi : ba….si
kakak fiyah : ba…si
“Basi tu apa umi. so, umi kenalah terangkan..Apa itu basi.
next perkataan pun dia tanya jugak umi.
selalu sangatlah relate kan perkataan yang umi ajar dengan benda disekeliling dia tu.Kemahin buat ayat sendiri.
Rasa umi macam nak jadi hijau bila mengajar diorang.
Geram, tapi tulah situasi yang selalu umi hadapi.Tapi umi rasa korang pun selalu kan kena soalan-soalan macam ni.
Haish!! sabo tu kekadang boleh hilang tau.
Sebab tu kita kena pelbagaikan ajar anak ni.Umi pun sedang cuba untuk mempelbagaikan medium dan cara pembelajaran di rumah.
Kadang-kadang anak kita ni, belajar sambil bermain pun diorang lagi suka.Cuma cara bermain tu kita nak taulah apa jenis mainan yang boleh merangsang mereka ni untuk belajar.
Macam budak berdua ni, selalu sangat umi main cikgu-cikgu dengan diorang.Tu yang suka sangat panggil umi cikgu siti..sabo jelah nak oii.
Sebenarnya bila cerita pasal teknik ajar anak pandai baca ni, umi bukanlah orang yang pandai.Kebanyakkannya umi belajar dari cikgu-cikgu yang sama-sama menjalankan bisnes bersama Mommyhappy.
Dan alhamdulillah, selalu umi join kelas-kelas dari puan Ashikin. Umi ada kongsikan entry-entry yang berkaitan tentang apa yang pernah umi belajar dari Puan Ashikin antaranya adalah :-
- Perkara yang tidak patut kita lakukan kepada anak
- Senarai aktiviti motor halus kanak-kanak
- Cara handle anak semasa raya
- Tips latih anak berpuasa
- Surat Terbuka kepada ibubapa
- Bila anak belajar menulis
Hah..itulah antara entry yang umi publish hasil perkongsian umi join kelas dari Puan Ashikin.
Untuk entry ni pula umi nak share dengan korang tentang kaedah membaca menggunakan poster.
Menurut Puan Ashikin, tak semestinya bila kita nak ajar anak kita membaca mesti dengan buku.Puan Ashikin ada berkongsikan tips peringkat awal membaca bukan dengan buku?
seriouslah!!
ye betul korang.
Anak belajar melalui bermain, dan melalui bermain tulah sebenarnya dia boleh membaca.
Jadi apa yang harus kita buat?
Kalau korang nak bantu anak supaya mereka ni cepat membaca korang kena tau SYARATNYA dahulu
So, korang teruskan membaca ye.
1.JANGAN GOPOH ATAU TERGESA-GESA NAK ANAK PANDAI BACA
Anak kita ni bukan robot, mereka adalah manusia biasa yang memerlukan ruang dan masa untuk belajar.Korang pun taukan, anak-anak ni sifatnya adalah bermain.Dalam awal usia mereka ni, mereka takkan fikir benda yang matang.Jadi kita sebagai ibu bapa jangan terlalu cepat melatah bila anak-anak taknak belajar.Kita yang kena ada inisiatif mencari bahan pendidikan yang dijual di luar sana tu yang sesuai untuk anak.Keep try and error .
2.JANGAN BANDINGKAN ANAK KITA DENGAN ANAK ORANG LAIN.
Sedangkan di kalangan adik beradik pun dah berlainan inikan pulak anak jiran kan.Anak kita punya upaya dan kekuatannya tersendiri.Jadi tugas kita adalah BANTU mereka supaya mereka lebih baik.Sifat suka membandingkan ni juga boleh buatkan anak low self confidence.kan?
3.JANGAN TAK TAU BAHAWA MEMBACA ADALAH SATU PROSES.
Ia bukan berlaku secara tiba-tiba atau anak lahir terus pandai.Ia juga tidak berlaku dengan pantas saat anak masuk ke Tadika.Proses ini panjang dan kompleks.Berlainan mengikut keupayaan anak.Maka kita bersabarlah.
4.JANGAN INGAT TADIKA ANAK TEMPAT SEPATUTNYA ANAK PANDAI BACA.
Guru hanya pemudah cara tetapi ibubapa adalah guru pertama dan rumah pula sekolah utama.Jadi proses membaca seharusnya bermula dari rumah.
5. JANGAN LUPA SIAPA YANG BAGI KITA PANDAI
Lepas kita berhempas pulas nak pandaikan anak, yang bagi pandai tu sebenarnya bukan kita tapi Allah.Kita minta Allah supaya berikan kita kekuatan dan ilmu dalam mendidik anak kita.Jika anak punya masalah, bawalah mereka kepada pakar.
Inilah langkah-langkah yang perlu kita ambil dan mulakan seawal mungkin jika kita nak mahukan anak kita ON TRACK.Maksudnya bukan kita nak mintak anak kita ni pandai baca umur 2 atau 3 tahun.Kalau anak 6 tahun atau darjah 1 pun masih belum lancar, ia masih belum dikira lambat.
Jika anak kita sekarang ni baru 4 tahun masih belum tahu membaca, itu NORMAL
Jika anak sekarang 5 tahun dan masih belum tahu membaca, ini juga NORMAL
Jika anak sekarang 6 tahun dan masih belum lancar membaca, ini juga NORMAL
cumanya bila kita atau cikgu mendapati anak kita perlu pemeriksaan pakar kerana sebab-sebab kesihatan dan masalah pembelajaran contohnya, bawalah mereka berjumpa dengan pakar.
CARA BETUL AJAR ANAK BACA
Yang penting kita tak boleh tekan anak dan buat mereka stress.Mula ajar anak-anak kita membaca secara santai dan tidak STRESS
AJar anak membaca bukan hanya dengan tunjuk buku semata-mata.Bila kita sempitkan skop membaca hanya dengan buku, maka kita tak banyak dapt nak bantu anak kita.Sebenarnya banyak sangat sumber yang boleh bantu dia.Seperti BERCERITA atau BACAKAN BUKU( bacakan buku ya bukan suruh anak baca buku sebelum dia tahu membaca.Beza tu)dapat membantu meningkatkan KOSA KATA mereka.Bila kota kata anak banyak, maka bila belajar baca akan jadi mudah.Sebab dia dah kenal bunyi huruf dan banyak kenal benda
KOMUNIKASI dengan anak sekerap yang mungkin.walaupun bayi, biasakan bercakap dengannya.Bila anak dah semakin besar, berbuallah dengan mereka ketika shopping, ketika pakaikan baju, ketika bermain, ketika memasak, ketika bawa kereta.Komunikasi akan jadi terbantut atau terhalang jika kita hanya berikan anak GAJET.
MAIN, MAIN, MAIN.Berilah peluang dan ruang secukupnya untuk mereka bermain.Bila main anak akan belajar banyak benda termasuklah mengumpul kosa kata, membina ayat, menyoal, menjawab soalan, berinteraksi dengan orang sekeliling.Inilah antara kunci bagi memudahkan proses membaca.
BACAKAN BUKU. Bacakan buku ini sangat POWERFUL.Selain boleh tambahkan kosa kata anak, ia juga dapat tambah ilmu pengetahuan am anak.Dan yang paling besr dapat rapatkan hubungan kita dengan anak.
Manfaatkan waktu sebelum tidur. Iaitu sebelum anak sampai ke peringkat DEEP SLEEP atau tidur lena.Berbuallah(berbual lagi?) dengan anak.masa ini sangat bagus untuk nak menasihati anak.Anak dalam keadaan paling relax dan mudah dengar kata.
Boleh baca kelebihan Bed Time Story
Inilah peringkat pertama untuk anak-anak membaca.Tiada guna apa-apa methid nak bagi anak pandai baca.Mulakan dengan komunikasi dengan anak.
BERBUALÂ Â Â BERCERITAÂ Â Â BACAKAN BUKUÂ Â Â MAIN
Masa nilah anak-anak kumpul perkataan.Masa nilh anak dibiasakan mendengar pelbagai perkataan.
Jadi bila sampai peringkat kenal suku kata, anak takkan terkejut.Mereka dah biasa dengan pelbagai perkataan dan bunyi, Jadi ia memudahkan proses membaca berlaku.
Kita belajar Fun-fun je.Jangan stress, Jangalah guna buku 24 jam.Anak-anak belajar secara hands on dan bermain
Belajarlah juga membaca dari tanda jalan, tajuk akhbar, label, senarai barang, poster dan sebagainya
Insyallah jika anak kita tiada masalah kesihatan dan pembelajaran, anak kita pasti boleh membaca.kuncinya kita perlu sabar dengan proses ni, kena konsisten dengan usaha dan yakin dengan hasilnya nanti.
Itulah saranan yang disebut oleh Puan Ashikin.
Memang masih belum terlambat untuk umi ajar kakak fiyah membaca.Walaupun dia dah banyak ketinggalan pelajaran, tapi umi pasti dia akan dapat jugak catch up semuanya nanti.
Sebab tu sekarang ni umi belikan dia poster dan tampal di dinding dalam bilik dia.Dari dulu pun umi dah buat mini library untuk bebudak ni.Cuma yelah, dulu umi jaga sementara je kakak fiyah, dan sekarang ni, umi dapat jaga dia balik, so umi kena take over apa sahaja yang dia terlepas sebelum ni.
Jenuh umi nak menampal 30 keping poster Anakku bijak suku kata ni.Kat sinilah tempat diorang main, mini library dan juga tadika di dalam bilik.Hah!! settle.Selain tu banyaklah buku-buku aktiviti lain-lain yang umi dah beli untuk mereka berdua ni.
Disebabkan perbezaan umur mereka setahun je, jadi bolehla buat aktiviti ni sama-sama.Apa yang adik belajar, itu yang kakak belajar.
Disebabkan bilik tidur tu tak berapa nak besar, so umi belikan meja bergerak ni untuk diorang.Meja study umi terpaksa letak luar memandangkan masa diorang banyak main dari belajar.Lebih praktikal menggunakan meja ni sebab umi boleh simpan bawah katil.
Part paling diorang suka bila belajar bilamana dapat buku-buku sticker yang umi beli dari Mommyhappy ni.Sambil belajar sambil bermain la tu.
So happy diorang ni kalau dapat buku berwarna warni ni.Buku ni best tau, 1 set ada 4 buah buku dan yang paling penting, banyak aktiviti dalamnya.
Nak dapatkan buku-buku ni boleh roger umi tau.
Dan juga 30 poster anakku bijak suku kata tu pun korang boleh dapatkan dengan umi dengan harga RM40 sahaja.Sangat berbaloi.
Oh ya, nak bagitahu ni, sebut pasal Puan Ashikin, nak tau tak, dia ada keluarkan 2 buku iaitu buku Anakku bijak suku kata dan buku aktiviti suku kata.Kombo ni memang wajib korang belikan untuk anak-anak korang.Nanti umi share pasal buku ni di lain entry ye.
Untuk sebarang pertanyaan tentang buku korang boleh whatssap umi
www.wasap.my/601127390866/bukupendidikan
Bagus cara pembelajaran sebegini, Sis dulu zaman anak-anak membesar, hanya belajar dari buku keras tu haa, poster gini banyak tapi tak banyak pilihan, skrg semua adaaa…
thanks sharing byk ilmu dari pn ashikin..
wow byknya poster smpi 30..tp murah harga rm40 je..berbaloi2…
Betul bukan senang nak ajar anak baca.. nak harap tadika pun x boleh juga, kita pun kena menyumbang.. bagus kak bahan bacaan mcm nie..