Teambuilding Work & Win As A Team - Kisahsidairy.com

Teambuilding Work & Win As A Team

Teambuilding Work & Win As A Team

Teambuilding Work & Win As A Team | Walaupun dah bertapak lama dalam Industri pembinaan,Mentrade Marine Equipments Sdn Bhd dahpun dikenali oleh ramai syarikat besar Oil dan Gas.

APA YANG MENTRADE MARINE supply kepada Pelanggan mereka?

Manufacture of Marine Propellers  & Shafting Arrangements
Reconditioning of Marine Propulsion System
Design & Manufacture of All Kinds of Winches & Cranes
Repair & Servicing of All Kinds of Marine Equipment & Components
Design & Manufacture of Electric/ Hydraulic/Pneumatic Systems
Overhaul & Repair of Marine Steam & Diesel Engines
In-house Ferrous & Non-Ferrous Casting
Testing Services – Chemical Analysis & Mechanical Test
Marine & Industrial Steel Fabrication/Work
Marine & Offshore Chemicals & Speciality Citrus Products

Ok..dah cerita serba sedikit pasal apa yang company umi buat.Jom cerita pulak pasal Teambuilding yang di adakan pada  bulan lepas.

Disebabkan kami ni tak pernah nak buat Teambuilding, mybe disebabkan organisasi company umi kecil, staff pun tak ramai, 

Tapi, berbeza tahun ni, Management buat keputusan untuk adakan teambuilding bagi mengukuhkan lagi semangat bekerjasama antara satu sama lain.Tak kira bahagian office ataupun production

Teambuilding Work & Win As A Team

Teambuilding ni diadakan di Tanjung Puteri Golf Resort pada hari sabtu.Teambuilding ni di organize oleh EMC Training PLT.Memang best Trainer dia.Nama trainer kami pada hari itu adalah Puan Euniee

Sebelum meneruskan dengan program kami pada pagi tu, kami diberikan sedikit taklimat oleh Security Officer tentang laluan kecemasan dan  polisi yang perlu kami ikuti sepanjang kami berada di dalam Resort ni.

Dan barulah program diteruskan oleh Puan Euniee dengan aktiviti-aktiviti di bawah ni.

Aktiviti baling Telur

Serius aktiviti ni memang betul memerlukan kita work as a team.Seorang satu akan diberikan telur dan ada satu telur emas yang perlu dihabiskan gilirannya sehinggalah orang yang pertama memegangnya.

Apa yang mencabar..Orang sebelah akan membaling telur atau melepaskan telur kepada orang sebelahnya.Bila orang sebelahnya tak dapat nak tangkap telur tu, jadi ia akan bermula pada orang yang pertama membalingnya..Seriuslah mencabarkan.Nak buat berapa lama kalau macam tu.Kat situlah kita faham apa itu kesabaran dan work as a team.Tak boleh buat kerja syok sendiri.Orang sebelah menyebelah kena faham betul-betul balingan orang sebelahnya supaya dia dapat tangkap telur tu dan tidak terjatuh.Dan akhirnya we are managed done this activity about 45 minutes!!! yeah…..

Setiap aktiviti yang diberikan memang mempunyai maksud tersendiri tau.Aktivit kedua pulak adalah seperti di bawah

Cukupkan Nilai Wang

Setiap seorang akan diberikan duit, tertera duit 5 sen, 10 sen, 50 sen dan paling besar nilainya RM1.Dan mereka dikehendaki mencari nilai yang disebut oleh trainer dan mengumpul orang yang memegang nilai yang dikehendaki macam kat bawah ni.Memang huru hara sikitlah..tapi seronok.Serius masa tu adegan tarik menarik orang  berjalan…hahaha

Hah…begitulah ceritanya..Harap korang fahamlah kan.Sebab tu dalam sesebuah syarikat, kita memerlukan orang lain dalam memberikan kuality dan kuantiti yang terbaik untuk kustomer.Tak boleh sorang² untuk melakukan sesuatu pekerjaan.

Dengar dan beri arahan

Dalam aktiviti ni, dibahagikan dalam satu kumpulan.Ketua kumpulan akan keluar dan diberikan arahan oleh Trainer.Kemudian arahan yang diberikan haruslah di sampaikan kepada ahli kumpulan.Sebenarnya nak tahu samada arahan yang diberikan betul sampai kepada ahli kumpulan atau tidak.

Ni pun aktiviti yang lebih kurang sama tetapi matlamat yang berbeza…hehehe.

Dan dibawah ni adalah aktiviti outdoor yang orang lain nanti-nantikan.Umi jadi pemerhati jelah pada aktiviti luar ni sebab keadaan kesihatan umi tak dapat nak joinkan diri dalam aktiviti outdoor ni.Kenapa tutup mata?

Ni adalah salah satu cara kita bekerjasama dengan partner setiap bahagian.Kalau partner yang tutup mata tu jatuh.Maknanya yang depan tu syok sendiri.Tak bagitahu mana yang perlu dipegang, lompat atau sebagainya..Faham kan maksud umi.

Burung dan Sarang.

Masing- masing kenalah berlari dan sampai wisel dibunyikan, trainer akan bagitahu samada memilih burung atau sarang.Kalau pilih burung,maknanya perlu berada di dalam bulatan tu.Manakala sarang, perlu memegang bulatan tu..Simple nampak kan..Tapi ramai tak ikut arahan..hahaha..so kenalah denda.

Serius susah..Siapa pernah main aktiviti ni yang tahu.Semua kena jalan atas titi tali tu sehingga penghabisan sambil pegang orang sebelah..Penat weh bila terpaksa bermula dari awal.

Yang ni pun sama.Nak balance kan papan tu agar samarata..uih…banyak kerja..penat, dan yang penting kerjasama.

Web Spider.

semua kena lepaskan diri dalam web spider ni.Mana yang last tu, masing-masing kena pastikan semua kena lepas la…

Hah..begitulah aktiviti kami sepanjang satu hari di sana.Memang tak cukup masa, kan best kalau dapat buat 2 hari kan..Baru happening.hehehe

Last but not least,bergambar kenangan di luar.

Ni antara pekerja yang hadir.Ada la dalam 2,3 ketul yang tak dapat hadir.

Apa pun bagi umi, setiap syarikat wajib buat teambuilding ni tau.Tapi kenalah praktikkan pulak selepas tu.Bukan habis teambuilding maka habislah sifat bekerjasama tu..

 

Mommy Blogger | Johor Blogger (JDT Blogger) For Any Collaboration | Events | Review | Sponsorship Email : sitirohaida81@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *