Tauhu berlauk paling mudah dan sedap untuk minum petang

Tauhu berlauk paling mudah dan sedap untuk minum petang | Di musim PKP ni ramai ibu-ibu yang telah mencuba resepi mudah dan cepat untuk disediakan.

Antara menu minum petang yang umi buat untuk anak-anak dan keluarga adalah Tauhu berlauk yang ramai telah mencuba untuk membuatnya.Of courselah mudah bahan yang digunakan untuk membuat tauhu berlauk.

Hari tu pun umi ada jugak terbaca tentang seorang ibu yang dapat 16 ribu share di fb resepi tauhu berlauk tu.So, umi pun tak terlepas untuk mencuba resepi yang dikongsikan tu.

Dan pada masa yang sama umi dahpun menjual tauhu berlauk di sekitar kampung umi.Alhamdulillah,setakat ni ramai yang order dari umi.

So umi share resepi mudah tauhu berlauk yang korang juga patut cuba untuk dijamu kepada ahli keluarga. Yang umi buat ni adalah resepi tauhu ayam berlauk.Modal pun tak besar mana pun.Patutlah tauhu berlauk ni viral ye.Mudah rupanya disediakan.

Yang penting wajib tau tauhu berlauk dengan sambal kicap.baru Johor..hehehhe… Kalau tak memang tak kenalah makan tauhu berlauk ni.

 

RESEPI TAUHU BERLAUK PALING MUDAH DISEDIAKAN

Ok jom kita lihat dulu apa bahan-bahan untuk buat tauhu berlauk ni.Yes, umi pakai acuan lompang.Nampak cantik sikit dari pakai loyang tu..hehhe

Bahan-Bahan tauhu berlauk

resepi tauhu berlauk paling mudah

  • 1 Batang lobak yang dipotong dadu
  • 1 biji bawang holland juga dipotong dadu
  • Sedikit daun sup
  • 2 biji telur ayam
  • 3 keping tahu petak
  • 2 bungkus tauhu telur
  • sedikit lada hitam yang dikisar halus
  • sedikit garam
  • Isi ayam yang dicincang halus

 

CARA BUAT TAUHU BERLAUK

resepi tauhu berlauk paling mudah

Di dalam Blend, satukan telur, tauhu petak dan juga tauhu telur.Kisar halus dan masukkan dalam satu bekas.Kemudian campurkan kesemua bahan iaitu daun sup, lobak merah, bawang ,isi ayam dan gaul lada hitam.Gaul rata dan perasakan dengan garam.

resepi tauhu berlauk paling mudah

Kemudian panaskan kukus dan masukkan bahan yang dah digaul rata tadi masuk ke dalam acuan seperti dibawah ni.

resepi tauhu berlauk paling mudah

Kukus selama 15 minit.Lepas tu keluarkan dan sejukkan seketika.

resepi tauhu berlauk paling mudah

Kemudian pecahkan telur sebiji. Panaskan minyak di dalam kuali.Selepas tu, boleh la celupkan tauhu ke dalam telur dan gorengkan sampai kekuningan.

Dah siap untuk disajikan dengan sambal kicap..Yeay..dah boleh makan…

Baca juga [ 10 resepi kek batik mudah dan sedap wajib cuba ]

resepi tauhu berlauk yang mudah disediakan

tada…. berapa kali dah repeat buat tauhu berlauk ni, memang tak pernah jemu pun.Satu hari umi boleh buat 20 set order dari customer.. Allah swt beri Rezeki yang tak disangka di musim-musim PKP ni.

 

 

(Visited 173 times, 1 visits today)

4 thoughts on “Tauhu berlauk paling mudah dan sedap untuk minum petang

  1. Memang senang dan sedap, cecah dengan sambal kicap…masa buat bagi kat jiran, dia minta respi, terus kawan jiran setaman Sis siap dah meniaga dah ni haritu cuba-cuba, ramai plak permintaan katanya..rezeki dialah kan…

Leave comment

Your email address will not be published. Required fields are marked with *.