Tarikh Keputusan SPM 2019 pada 5 Mac 2020

Tarikh Keputusan SPM 2019 pada 5 Mac 2020 |Tarikh keputusan SPM 2019 akan dikeluarkan pada 5 Mac 2019.Semakan Keputusan SPM boleh dibuat secara online dan SMS

Sikit hari lagi anak-anak yang mengambil SPM pada tahun 2019 akan mengetahui Result SPM mereka pada 5 Mac 2019.So, di bawah ni umi share cara semakan online dan juga sms bagi memudahkan korang

Tarikh Keputusan SPM 2019 keluar pada 5 Mac 2020

Para pelajar atau ibubapa boleh menyemak keputusan SPM melalui semakan online dan SMS seperti dibawah

Semak Keputusan SPM  2019 secara online dan SMS

Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia(KOM) menyediakan dua mekanisma kaedah bagi tujuan semakan keputusan SPM iaitu secara dalam talian(online)dan secara SMS.Bagaimanapun ianya hanya memaparkan ringkasan keputusan sahaja.

Penyata penuh keputusan peperiksaan SPM 201 boleh diperolehi di sekolah masing-masing manakala bagi calon persendirian individu akan dimaklumkan melalui pos atau boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri(JPN) , tempat mendaftar SPM dulu.

 

Semakan Online keputusan SPM 2019

Sistem aplikasi semakan Keputusan SPM 2019 Secara Online boleh klik link di bawah

Sistem semakan online bagi keputusan SPM 2019 hanya akan diaktifkan bermula pada tarikh rasmi serta masa keputusan diumumkan
Sila masukkan No Kad Pengenalan tanpa tanda (–) dan Nombor Angka Giliran tanpa “selang” dalam ruangan yang tersedia
Semakan keputusan secara atas talian (online) menerusi portal rasmi Lembaga Peperiksaan hanya memaparkan ringkasan keputusan Slip keputusan penuh boleh diperoleh di sekolah atau JPN

Semakan SMS keputusan SPM 2019

Semakan keputusan melalui pesanan ringkas (SMS) adalah dengan menggunakan format penghantaran mesej seperti berikut
Taip : SPM (jarak) No Kad Pengenalan (jarak) No Angka Giliran dan hantar ke 15888
Contoh :

=> SPM  991403025778  KC007B067  hantar ke  15888  <=

Perkhidmatan SMS diaktifkan bermula dari jam 10.00 pagi (5 Mac 2020 ) sehingga jam 6.00 petang (11 Mac 2020)

Selamat membuat semakan keputusan SPM 2019 untuk pelajar semua.Semoga mendapat keputusan yang cemerlang.Yang tidak mendapat keputusan seperti yang diinginkan, jangan down.SPM bukan penentu sesebuah kejayaan.Semoga terus perbaiki diri untuk yang lebih baik selepas ini.

Leave comment

Your email address will not be published. Required fields are marked with *.