Tarikh Bayaran Bantuan Sara Hidup(BSH) Fasa 2

Tarikh Bayaran Bantuan Sara Hidup(BSH) Fasa 2 | Pembayaran BSH 2019 untuk Fasa kedua di bayar pada 28 Mei 2019

Alhamdulillah..Rezeki nak raya ni kan.Ada lagi rezeki yang masyuk bagi memberi keperluan hari raya.

 

 

TARIKH PEMBAYARAN BSH  28 MEI 2019

Menteri Kewangan telah pun mengumumkan pembayaran BSH Fasa 2 adalah pada 28 Mei 2019 yang membabitkan 3.6 juta penerima dengan anggaran peruntukan sebanyak RM1.42 billion.

Sebelum tu make sure korang dah kemaskini maklumat korang ye.Kalau tak, korang tak layak untuk menerima bantuan Sara Hidup ni.

Kemaskini boleh dibuat di portal rasmi BSH online.

Antara maklumat yang perlu anda kemaskini ialah:

  • Status perkahwinan terkini (kahwin / cerai / kematian pasangan)
  • Alamat surat menyurat terkini dan emel
  • Nombor telefon bimbit dan rumah
  • Maklumat akaun bank
  • Maklumat pasangan dan tanggungan
  • Maklumat waris

 

Tiga  jenis kategori Bantuan Sara Hidup Rakyat 2019:

  • Kategori 1: Isi rumah berpendapatan RM2,000 dan ke bawah (Jumlah bantuan RM1,000 + RM120/anak)
  • Kategori 2: Isi rumah berpendapatan RM2,001 hingga RM3,000 (Jumlah bantuan RM750 + RM120/anak)
  • Kategori 3: Isi rumah berpendapatan RM3,001 hingga RM4,000 (Jumlah bantuan RM500 + RM120/anak)

Selain itu, kerajaan juga mengumumkan bantuan sebanyak RM500 secara one-off kepada pesaran kerajaan dengan pencen kurang RM1,000 sebulan.

SEMAKAN BANTUAN SARA HIDUP RAKYAT

Jadi bagaimana caranya untuk semak sama ada nama anda layak atau tidak untuk menerima pembayaran BSH fasa pertama?

Semakan status pembayaran Bantuan Sara Hidup fasa pertama boleh dibuat di portal rasmi bsh.hasil.gov.my

Ikuti langkah-langkah di bawah untuk proses semakan online:

  1. Layari bsh.hasil.gov.my kemudian klik pada pautan MyBSH
  2. Masukkan nombor kad pengenalan dan klik SEMAK
  3. Klik pada mohon TAC
  4. Masukkan nombor TAC yang telah dihantar ke telefon anda
  5. Klik pada SEMAKAN STATUS

Skrin akan memaparkan status permohonan sama ada anda layak atau tidak sebagai penerima BSH fasa pertama.

Memandangkan untuk proses semakan memerlukan nombor TAC jadi pastikan anda telah mendaftar nombor telefon ketika proses permohonan sebelum ini.

Jika anda ingin kemaskini / mendaftar nombor baru sila isi borang kemaskini nombor telefon (BK-21) di mana-mana cawangan LHDN bermula 15 Januari.

Selain itu, semakan juga boleh dibuat di mana-mana cawangan LHDNM seluruh Malaysia.

Surat makluman juga akan dipos ke alamat surat menyurat yang telah didaftarkan sebelum ini.

KAEDAH PEMBAYARAN

Sama seperti tahun-tahun sebelum ini, kaedah pembayaran akan dikreditkan ke akaun penerima pada 28 Januari.

Antara bank yang terlibat dalam proses pembayaran ini termasuklah:

  1. AFFIN BANK
  2. AGRO BANK
  3. ALLIANCE BANK MALAYSIA BERHAD
  4. AM BANK BERHAD
  5. AL RAJHI BANK
  6. BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD
  7. BANK RAKYAT
  8. MUAMALAT MALAYSIA BERHAD
  9. BANK SIMPANAN NASIONAL
  10. CIMB BANK BERHAD
  11. CITIBANK BERHAD
  12. HONG LEONG BANK
  13. HONGKONG SHANGHAI BANK MALAYSIA BHD
  14. MAYBANK
  15. OCBC BANK
  16. PUBLIC BANK BERHAD
  17. RHB BANK BERHAD
  18. STANDARD CHARTERED BANK MALAYSIA BHD
  19. UNITED OVERSEAS BANK (MALAYSIA) BERHAD

Bagi yang tiada akaun, surat maklumanan penunaian akan diposkan ke alamat masing-masing.

Anda kemudian boleh membawa surat tersebut untuk ditunaikan di mana-mana cawangan BSN berhampiran.

Sekiranya akaun bank tidak aktif, anda juga akan menerima surat makluman memandangkan surat baucar sudah tidak digunakan bermula tahun ini.

Kepada penerima yang berstatus “muflis” anda perlu merujuk ke Jabatan Insolvensi Malaysia untuk mendapatkan kebenaran khas bagi pengeluaran BSH 2019.

Pembayaran fasa kedua dan ketiga akan dibuat pada bulan Mei dan Ogos tahun ini.

Kemungkinan juga diawalkan atas faktor cuti umum dan sebagainya.

Maklumat lanjut boleh dibaca di blog rasmi https://bantuansarahidup.com/

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut berhubung Bantuan Sara Hidup 2019, anda boleh menghubungi talian bebas tol 1-800-88-2747 serta e-mel kepada bsh@treasury.gov.my

 

 

Sumber dari : https://semakanonline.com

siti Rohaida

Mommy Blogger | Johor Blogger (JDT Blogger) For Any Collaboration | Events | Review | Sponsorship Email : sitirohaida81@gmail.com

One thought on “Tarikh Bayaran Bantuan Sara Hidup(BSH) Fasa 2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *