Welcome Oktober -Semoga hati sentiasa Tenang

Welcome Oktober -Semoga hati sentiasa Tenang

Diam tak diam kita dah pun masuk ke bulan Oktober. Welcome Oktober- semoga hati sentiasa tenang.Bukanlah seperti tenangnya air di lautan.Tetapi cukup sekadar penuh kesabaran di dada.

Bila berganti bulan, kita sentiasa inginkan pembaharuan bukan je dalam ilmu bahkan kehidupan yang lebih baik.Nak hati ni sentiasa tenang.Tenang dalam menghadapi apa jua cabaran dan rintangan dengan penuh kesabaran.

Ya Shabur!!

Ya Shabur!!

Berikan aku kesabaran.Kesabaran dalam menghadapi segala ujian yang mendatang.

Dalam fadhilat asma Ul Husna banyak Fadhilat dalam perkataan Ya Shabuur atau As Shabuur.

99. As Shabuur
The Patient And Timeless

Maha Sabar / Sangat Sabar / Maha Penyabar – Dia tidak tergesa-gesa memberikan seksaan dan tidak juga cepat melaksanakan sesuatu sebelum masanya.

Antara Fadhilat dari ayat As Shabuur

  • Jika dizikirkan Ya Shabuur sebanyak 100 x setiap hari sebelum terbit matahari, insyallah ia tidak akan dapat bala pada hari itu, juga untuk membangun jiwa besar dan sabar dalam menghadapi segala urusan.
  • Sesiapa yang berzikir Ya Shabuur sebanyak 100 x  pada tiap-tiap hari sebelum matahari terbit, Insyallah musuhnya tidak akan mengeluarkan perkataan buruk terhadapnya.
  • Asma Ya Shabuur ini dibaca setiap masa terutama dalam menghadapi segala kesulitan masalah apa sahaja, pasti segala urusan akan berhasil dengan baik.
  • Agar kita diberi kesabaran oleh Allah dalam segala hal, maka perbanyakkanlah zikie Ya Shabuur ini menurut kemampuan.Dengan sifat sabar & Penuh pengharapan kepada Allah, maka segalausaha & upaya akan mencapai kejayaan.
  • Sesiapa di timpa kesusahan ataupun dukacita hendaklah menyebut Ya Shabuur 3000 kali insyallah ia akan terselamat.
  • Sesiapa yang menzikirkan Ya Shabuur 1020 kali setiap hari, insyallah akan dilenyapkan segala kesusahan, keamanan dan kesejahteraan akan diperolehi serta kelegaan akan dinikmati

Sumber : Sini

Moga bulan oktober ini diberikan hati yang lebih tenang.Bila tenang fikiran menjadi lebih waras.Umi selalu baca buku Prof Dr Muhaya ni bila umi rasa down.Sebab di dalam buku tu dia banyak menceritakan tentang kehidupan yang tenang.Disebut juga dalam buku tu tanda orang yang tenang.Meh umi ceritakan kat korang Apa tanda orang yang tenang.

APA TANDA ORANG YANG TENANG

Orang yang tenang akan selalu mahu memberi fokus pada Allah, fokus pada akhirat, lebih mendengar, beri perhatian, mendoakan orang lain, memaafkan orang, memudahkan orang, suka beribadah, ibadahnya sempurna, akidah mantap, akhlak lembut, selalu buat baik.Ini antara banyak cirinya,

Prof juga beri dua situasi untuk kita pilih.Kita ada semua yang kita mahu tetapi tak tenang dengan tak ada apa-apa tapi ada ketenangan.Mana satu yang kita nak pilih.Mestilah kita akan pilih yang ada KETENANGAN kan?

Tapi yang lagi best, kita ada semua dan kita juga ada ketenangan.Tapi macam mana nak dapatkan kedua-dua ni? Sudahlah ada semua, tenang pula.Satu lagi orang yang tenang akan bahagia.Orang bahagia akan gembira.

Mestilah umi nak semua tu kan? dan korang pun nak kan?

Apa beza gembira, bahagia dan tenang?

GEMBIRA = FIZIKAL

Misalnya bila kita dapat aiskrim.Kita happy kan? Tapi lepas tu ” Alah badan naik pulak” gembira itu fizikal.Macam bila kita jumpa kawan, kita ketawa-ketawa, kelakar-kelakar.Kemudian? Balik semual ke asal gembira sekejap. lepas tu susah hati semula.

BAHAGIA = EMOSI

Tapi bahagia selalu attach dengan apa? Dengan Makhluk kan? Dengan suami, dengan anak-anak, dengan kawan, dengan mak mertua, dengan ipar duai, hubungan kita dengan orang lain.

TENANG = ROH DAN HATI KITA

Kita datang dari mana? Allah.Masa di alam roh kita dah kata, Allah ingatkan dalam surah al-A’araf ayat 172, ” Bukakah aku tuhanmu?” Mereka menjawab, “Bahkan (Engkaulah tuhan kami), kami menjadi saksi.” Bila kita dah masuk dalam rahim ibu, kita bergerak, tendang perut,maknanya roh dah masuk dalam badan kita.

Masa kita berada dalam rahim ibu, kita rasa tenang tak?Yes! walaupun ibu kita sibuk main video games, mengumpatlah, tak tutup auratlah, jaga tepi kain orang, macam-macam, tapi elok Allah jaga perkembangan kita.Dari dua, empat, lapan, enam belas, sampailah berkembang jadi 100 trillion sel.

Ini beza antara tiga perkara tadi.Semua kita ada kan?Kejap kita gembira sebab dapat itu ini yang kita mahu.Walaupun kadang-kadang gembira kita tu on off, tapi kita sentiasa bahagia?

Siapa yang tak bahagia kalau balik rumah dah ada yang tunggu kan? Suami kita tunggu kita, anak-anak tunggu kita.Bukan saja bahagia, gembira dan tenang pun datang sekali.

Part yang paling umi suka dalam buku ni adalah kata-kata dari perkataan tenang.Nak kehidupan yang lebih tenang, supaya apa pun yang kita buat akan menjadi senang.Wallahualam.

Terima kasih kerana membaca Welcome Oktober -Semoga hati sentiasa Tenang

.

Loading

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *