Tali Skipping membantu Perkembangan Fizikal & Intelek Anak

Tali Skipping membantu Perkembangan Fizikal & Intelek Anak?

Tali Skipping membantu Perkembangan Fizikal & Intelek Anak? | Serious umi baru tau Skipping ni boleh membantu anak-anak dalam perkembangan mereka.

Actually masa umi cari barang di pasaraya 2 minggu yang lepas, dak Naura seperti biasa merengek mintak belikan mainan.Walau mainan kat rumah tu dah sekotak besar, tiap kali nampak mainan dia nak beli.Tapi tu tengok mood dia jugak.Kadang ok, kadang tak.

Nampak Skipping tu, terus dia nak.Padahal umi dah cakap dengan dia, adik tak pandai main.Bila dah merengek macam tu, terpaksalah umi belikan jugak.Nasiblah tak mahal sangat.Sebab umi tau, kalau beli dia akan main sekejap je.Selebihnya dia akan bermain dengan Little Pony dia tu.

Dia memang suka dengan cerita atau mainan dari pony tu.Umi rasa ada dalam 5 ekor pony dia kat rumah.

Tali Skipping membantu Perkembangan Fizikal & Intelek Anak

Terdetik umi nak membaca tentang apa kebaikkannya skipping ni untuk kanak-kanak.And suprisely rupanya ia sangat membantu anak-anak dalam perkembangan fizikal dan intelek mereka.Umi ada share info dari Mysoul-edukids tentang Skipping ni.

Tali Skipping membantu Perkembangan Fizikal & Intelek Anak

Lompat tali atau skipping ialah satu permainan, sekiranya diberi peluang adalah satu permainan yang sangat digemari oleh kanak-kanak. Dahulu, sebelum adanya permainan video, lompat tali adalah sat permainan yang dimainkan oleh anak-anak kita.

Sekarang anak lebih mudah ke komputer atau permainan komputer dan ibu ayah pula takut anak-anak cedera kerana melompat dengan kawan-kawan.

Permainan skipping atau lompat tali adalah satu permainan yang sangat baik untuk pembangunan anak-anak. Permainan ini hendaklah digalakkan kepada semua anak, tidak mengira umurnya. Malah anak-anak yang berusia tiga hingga empat tahun juga berkemampuan untuk membuat dan patut mula diajar skipping.

PENTING UNTUK MULAKAN SEJAK USIA TIGA TAHUN

 Kenapa skipping penting sehingga kita hendak memulakan sejak usia tiga hingga empat tahun lagi? Apa pula kaitanynya dengan pembangunan anak itu?

Ada banyak perkara yang menunjukkan skipping itu adalah satu aktiviti yang sangat baik bagi meningkatkan pembangunan fizikal dan intelek anak kita. Di antaranya ialah :

Meningkatkan kemampuan anak mengimbangkan badannya.

Meningkatkan prestasi koordinasi di antara mata, kaki, tangan dan badan (fungsi intermodal).

Meningkatkan stamina dan sistem pernafasan

Meningkatkan kesihatan dan kekuatan badan dan kemampuan sistem imuniti

Memperkukuhkan Pembangunan otak korteks tertinggi yang bertanggungjawab terhadap kemampuan tertinggi manusia seperti membaca, menulis, bergimnastik, berenang, aktiviti intelek dan apa sahaja.

 

Serebelum atau otak kecil ialah bahagian otak yang bertanggungjawab ke atas imbangan badan, kedudukan dan pergerakan badan. Otak membangun apabila ia digunakan. Ia membangun mengikut konsep fungsi menetukan strukturnya (Functions Determine Structures).

Lebih banyak digunakan, lebih meningkat fungsinya. Maka lebih banyak ia dibangunkan, lebih meningkat strukturnya. Lompatan dan gerak geri skipping akan meningkatkan pembangunan otak kecil ini. Lebih sukar dan mencabar aktiviti dibuat, lagi meningkatkan pembangunan otak kecil ini. Ini bermakna, skipping boleh meningkatkan kemampuan mengimbangkan badan, mengawal kedudukan dan pergerakan badan. Kemampuan-kemampuan ini adalah perlu untuk membolehkan anak mempunyai pergerakan fizikal yang kemas dan halus.

Skipping juga boleh meningkatkan kebolehan anda melakukan gerak geri “inter modal”. Apababila aktiviti skipping dilakukan, gerakan yang dilakukan oleh anak ialah kakinya melompat, tangannya memusing, matanya mengagak jarak, dan badan merasakan kedudukannya dengan tali. Kesemua gerakan ini berlaku secara serentak dan saling sefahaman. Inilah yang dikatakan gerak geri inter modal.

Kalau tidak, anak tidak akan dapat melompat tali itu kerana tiada persefahaman. Skipping juga boleh meningkatkan pertuturan kanak-kanak. Apabila anak melompat, otot-otot mulut yang mengawal pergerakan mulut untuk bertutur, akan turut dirangsang untuk meningkatkan kemampuannya.

Skipping juga membina kemampuan anak meningkatkan rentak irama (rhythm) yang mana kemampuan rentak irama itu penting untuk semua gerak geri halus seperti lukisan dan cara berjalan yang cantik. Semua manfaat ini dapat diperolehi dengan cara meminatkan anak itu terhadap skipping dan membantu anak itu sehingga boleh membuat skipping denan baiknya. Sekiranya anak itu bermasalah, dia kemungkinan besar akan menghadapi masalah untuk membuat skipping dengan betul.

Bagaimana Cara-caranya Mengajar Anak Melakukan Skipping?

Asas imbangan yang baik dan gerak geri anak perlu dibina dahulu dengan melakukan PHD (Primary Human Development), iaitu dari peringkat awal anak diberi menjulur dan merangkak dan seterusnya dia akan berjalan dan berlari. Anak juga didedahkan kepada program vestibular iaitu program timang, timang atas-bawah dan timangan pusingan.

Dengan program timang, kita akan membantu otak kecil ini membangun dan berfungsi dengan sebaik-baiknya kerana otak kecil mengawal gerak geri halus, imbangan tepat dan juga anak bertutur dengan baik, jelas dan tepat. Menggalakkan anak kepada skipping dengan menunjukkan kepadanya bahawan ia adalah satu aktiviti yang mudah dilakukan dan menggembirakan.

Galakkan seluruh keluarga melakukannya supaya sekiranya ibu dan ayah boleh melakukannya, tentu ia akan menarik minat anak untuk mencubanya. Seluruh keluarga akan mendapat manfaat daripada aktiviti ini. Jika ada anak kecil yang masih belum boleh melakukan aktiviti skipping tetapi dia sudah mula melihat sejak dia kecil lagi, dan dilakukan dengan perasaan gembira, anak itu nanti akan dapat memahami skipping sebagai perkara biasa dilakukan dan satu situasi yang menggembirakan.

Selain daripada mengeluarkan peluh untuk sihat, meningkatkan pembangunan otak kecil, ia juga boleh menambahkan ilmu. Anak boleh diajar nama tali, alat pemegang, tali diperbuat daripada apa, apakah tujuan aktiviti, dari mana asalnya permainan ini dan sebagainya.

So, lepas ni umi kena latih dia untuk bermain skipping ni.Baru- baru ni memang dia tak pandai nak bermain.ASyik ulang suruh umi yang skipping.

Sampai kaki umi yang dulunya patah pun dah bisa-bisa dek kerana melompat.Umi dah kelupaan pasal tu.Lepas tu memang mendapatlah.

 

Loading

2 Comments

  1. Hahahaha Sis ko baru gak beli tali skipping kat sports and direct, sebab ada sale..
    Yang lama udah putus…ayuhlaaa kita loncat-loncat..

  2. Boleh beli lah nanti untuk kakak…boleh mama tumpang sekaki hehee…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *