• percutian,  Uncategorized,  vym2014

    Percutian ke Langkawi -Part 2 (Review Hotel)

    Assalamualaikum Dah part dua dah ni…Padahal dah lebih 2 minggu balik dari Langkawi..Tak sempat nak up entry tentang percutian tu. Dah baca ke percutian ke langkawi part 1 tu..Kalau yang belum baca boleh baca dari mula disini..heheh Percutian ke Langkawi-Part 1 Oklah..bila dah sampai ke Langkawi,dah ada bus yang menanti kitorang kat sana..Kitorang sampai dalam pukul 3 petang.Naik bus dan terus ke Hotel Penginapan kami iaitu Simfoni Resort Ni aku cilok sikit gambar dari Google. Lokasi Hotel nie aku rasa dah sesuai sangat dan berdekatan dengan tempat membeli belah.Ekceli aku memang suka Hotel nie,tapi satu je yang paling aku tak suka ialah,Banyak nyamuk..hehehe Untuk hotel pulak memang ngam-ngam keluarga kami…