• Uncategorized

    Gatal di luka pembedahan? Jangan Di garu

    Assalamualaikum Lately ni kan panas semacam je kan..Berpeluh sana sini.Pulak tu bila makan benda yang boleh menyebabkan alahan seperti udang atau sotong,mulalah rasa nak garu macam monyet!..emm…monyet jugak dipersalahkan.cerita ni bukan sahaja nak bercerita tau,ada info yang aku boleh kongsikan dengan korang..bukan sebab pasal gatal pun nak cerita..hahaha.. Bukan tempat biasa-biasa je yang gatal,malahan tempat luka operation tu pun naik gatal..Ikut hati nak je garu laju-laju..Sakit pun sakitlah..Janji dapat garu..Tapi bila fikir kesannya nanti,terpaksalah batalkan niat nak garu semahu-mahunya dikawasan luka tu.Kekadang pakai sikat pun jadi..Kalau datang gatal tu,dia punya merenyam,nauzubillah..rasa tak boleh nak tahan.Yang bersalin ceasarean mesti mengalami benda yang sama macam aku ni kan.. Orang kata penjagaan ibu…

  • Uncategorized

    Kebaikkan Vitamin C dalam badan

    Assalamualaikum Hai korang..Wah lama betulkan empunya blog bercuti..Bercuti dari sabtu hinggalah isnin..Alaaa..bukan gi mana pun..Cuma balik kampung di Melaka.Tu pun sebenarnya tak dirancang pun..Lagipun dah lama tak menjengah MIL kat kampung.Anak dia pun dah mula rindu ngan omak!!…hehehe Siapa kat sini yang consume vitamin C .Sebenarnya kalau kita consume Vitamin  C ni bagus untuk tumbesaran dan juga memperbaiki sel dalam badan..Ia nya berguna dari hujung kaki sehinggalah kehujung rambut.. Kalau korang nak tau terdapat  25 kebaikkan Vitamin C ni untuk badan,kulit dan juga rambut yang aku baca disini 1.Imunisasi/Daya Tahan Badan Dos yang betul bagi vitamin C melindungi badan dari jangkitan penyakit dan memelihara kesihatan tulang dan gigi.Ia juga meningkatkan…

  • Uncategorized

    Tips memilih mainan untuk Naura

    Assalamualaikum Selamat bercuti korang.Seronoknya bercuti.Entry ini di taip dan telah dischedulekan kerana puan blog bercuti..Haruslah ketepikan segala gadget bila bercuti ni..Bukan hentikan terus,cuma perlu dikurangkan untuk merasai mood bercuti kan..Memang tak dinafikan,bila aku bercuti ni,penggunaan gadget memang dikurangkan kerana fokus dengan anak dan sekeliling.Itu adalah penting.lagi bila ada anak kecil yang perlu di pantau keberadaannya kan..Itu Harus!! Emmm…Bila ada waktu bermain dengan anak ni,apakah bentuk mainan yang selalu korang ambil kira? Adakah keserasian dengan permainan tu..atau macam mana..Apa pula bentuk mainan yang sesuai dengan anak kita mengikut umurnya kan?Dari pembacaan aku disini,ada beberapa Tips memilih Mainan untuk Bayi.Harap korang tak boring baca entry berkisarkan tentang anak-anak ni.. Tahukan anda mengapa…

  • Uncategorized

    5 Cara didikan untuk anak perempuan yang dilakukan oleh si Ayah

    Assalamualaikum Hai korang..Mood bercuti lagi kan..Tapi tetap nak berblog.Takpe..ada masa boleh la berblog..Nak blogwalking tu je yang payah sikit. Siapa yang ada anak perempuan!! Dan rupa mereka ikut belah mana..Ayah atau ibunya..Orang tua-tua cakap,kalau muka anak perempuan ada iras muka ayah,hubungan anak dan ayah akan lebih rapat dan akrab..Sejuk bak  kata mereka..tapi,sejauh mana kata-kata tersebut ye?Aku ada terbaca di artikel ini tentang 5 cara ini dilakukan oleh semua ayah dalam mendidik anak perempuan mereka sama kan… Bagi mereka yang mempunyai anak perempuan,pasti boleh menilai bagaimana cara seorang ayah menjaga dan membesarkan anak perempuannya. Cara seorang ibu dan ayah membesarkan anak-anak mengikut jantian mereka memang berbeza.Kelembutan dan keakraban ibu dengan anak…

  • Uncategorized

    Cara mengatasi Darah rendah

    Assalamualaikum Tuari dua hari tanpa berita…Walaupun takde yang kisah pun..muahaha…MC selama dua hari.Bila check doktor,doktor kata tekanan darah rendah.patut ler rasa pening-pening lalat.Bila nak bangun tu,mesti rasa nak pitam..Pernah dulu check,tekanan darah tinggi..aku pun tak berapa nak pasti kenapa. Tak sure pulak sebab apa,nak kata stress tu biasa je rasanya..Nak kata pemakanan pun,macam biasa..emm…tak taulah kenapa.Rata-rata di kalangan masyarakat kita ni jarang kena tekanan darah rendah kan..Korang tau tak apa itu tekanan darah rendah. source: google Tekanan darah merujuk kepada tekanan yang dikenakan oleh darah pada pembuluh arteri darah ketika darah di pam oleh jantung ke seluruh anggota tubuh badan manusia.Tekanan darah di buat dengan mengambil dua ukuran dan biasanya…

  • Uncategorized

    6 Pemakanan yang baik Untuk Pesakit Gout

    Assalamualaikum Dulu aku pernah cerita pasal gout ni.Bukan apa,bila ada antara family kita yang terkena gout,automatically,kita yang mendengar ni,rasa kasihan..Bila bab nak makan bersama-sama mereka ni,kadang-kadang rasa kasihan apabila hidangan yang kita hidangkan tu,tak boleh disentuh oleh mereka source:google Kesian kan..Kalau di entry Gout: Punca dan Cara mengatasinya,aku ada kongsikan bagaimana gout terjadi dan cara untuk mengatasi penyakit gout ni. Meh aku refresh sikit apa itu gout,kot lah korang terlupa apa gout tu kan. Gout ini adalah keadaan di mana berlaku keradangan yang menyakitkan di Tendon,sendi dan bengkak.Sendi Metatarsal-Phalangeal di tapak kaki memang biasa terjadi.Ia mungkin gout biasa atau mungkin ada tanda-tanda penyakit  lain seperti batu karang,urate nephropathy dan tophi.Ia…

  • Uncategorized

    Cara Keluarkan Hingus dan Kahak dirumah dengan kaedah Steaming

    Assalamualaikum Itu hari aku ada cerita pasal naura di Entry Bila demam kembali semula.Rasanya dah dekat seminggu selsema Naura tak kebah lagi.Umi pulak yang risau.Nak ke klinik ,minggu lepas baru je ke klinik..Kalau selalu sangat pergi dan sogokkan dengan ubat,..Jadi apa pulak ye. source:google Yang paling buat umi risau,bila dada berbunyi.Itu menandakan ada kahak tersembunyi yang tidak boleh dikeluarkan oleh naura.Biasalah,budak-budak bawah setahun ni,manalah pandai nak buang kahak sendiri.Takkan nak ke klnik untuk dapatkan neb lagi..Yang tak boleh diterima bila nanti,bab sedut kahak.Bukan ke sakit..Kesian pulak si naura..Dulu kakak fiyah pun sampai masuk hospital.Rasa dah beberapa kali jugak kena sedut..Sakit ooo… Walaupun dia selsema dan berkahak,dia tetap aktif macam biasa..Makan…

  • Uncategorized

    Bayi Lebih Bijak Kalau Kerap Diurut dengan hanya 5 Minit Sahaja!

    Assalamualaikum Kadang-kadang kita para ibu ni,tak tau urutan bukan sahaja boleh mengeratkan lagi kasih sayang dan kekuatan tulang,tapi Bayi lebih bijak kalau kerap di urut.Hanya mengambil masa 5 minit sahaja urutan,ianya akan menjadi satu perkara yang luar biasa. Selalunya naura,setiap kali mandi,aku akan sapukan seluruh badannya dengan lotion.Sambil letak losyen tu,sambil urut sikit-sikit anggota badan dia..Tapi mungkin kaedah urutan tak betul.Tapi bila terbaca satu artikel di sini,make sure,aku akan praktiskan bila mengurut naura nanti. Urutan ini juga umpama kuasa ajaib yang mampu memberi kesembuhan dan ketenangan kepada mereka yang dalam ketegangan..Begitu juga bayi kan. Sentuhan adalah elemen penting dalam membina ikatan erat setiap insan.Urutan adalah sebahagian daripadanya.Ia boleh menenangkan bayi…

  • Uncategorized

    5 Cara Membancuh Susu yang betul

    Assalamualaikum Tak sangkakan,membancuh susu pun ada cara yang perlu kita ikuti.Kekadang ,bila anak sakit,kita tak tau apa puncanya.Tapi percaya atau tidak,kaedah membancuh susu dengan tidak betul pun boleh mendatangkan kemudaratan pada bayi. Sepatutnya,kita harus mengikuti saranan pada pakar pemakanan yang ada dilabel setiap susu formula tentang cara membancuh susu dengan skop yang betul.Bukan main sesedap rasa untuk memperbanyakkan dan mengurangkan jumlah skop itu mengikut kita.Arahan pada label memberitahu bilangan skup yang betul untuk ditambahkan pada setiap sukatan air.Info ini sangat penting dipatuhi oleh ibu bapa.Anda tidak boleh sesuka hati membancuh susu mengikut sukatan skup yang tidak betul kerana jika dibubuh terlalu banyak susu formula,susu yang dibancuh akan menjadi terlampau pekat…

  • Uncategorized

    Amalan makanan sunnah untuk perkembangan Otak Anak Pintar

    Assalamualaikum Bila anak dah semakin membesar ni,kerap kali umi mencari makanan apa yang sesuai untuk perkembangan otaknya selain dari makanan yang diberikan, Bulan ni,Nur Naura Auni dan menginjak ke angka 9 bulan..Dah ada gigi pun..So,banyak dah makanan yang boleh diberikan kepadanya seperti biskut . kalau asyik menu yang sama je,confirmlah dia boring kan..So,pencarian bermula dengan makanan sunnah kerana amalan menjaga pemakanan sejak anak mula makan makanan pejal sangat penting jika mahu anak kita sihat dan bijak. Selain mengajar anak-anak mengamalkan pemakanan mengikut piramid makanan yang mengandungi karbohidrat,protein,lemak,sayur-sayuran dan buah-buahan untuk kesihatan badan dan diet yang seimbang,jangan lupa untuk membiasakan diri mereka untuk mengamalkan makanan sunnah Rasulullah s.a.w.Makanan sunnah bukan sahaja…