• from my kitchen,  Menu of the day,  MMKD

    MMKD : Menu Dinner 120218

    Assalamualaikum

    Hai korang☺☺ Meh la masuk dapur kisahsidairy jap..Saja nak tunjuk korang menu yang aku masak semalam.

    Actually takde apa pun yang istimewa pada makanan yang aku masak ni,biasa-biasa je.Janji dapat mengenyangkan perut satu keluarga.Bila family happy dengan masakkan kita,so kita pun happy lah bila makanan yang dimasak habis..

    Oklah,meh jenguk sebentar apa yang hakak masak ni ye.

    Sotong goreng kunyit bersama Leek

    Peria goreng telur

    Sup ayam
    Hah..itu jelah yang sempat umi masak.Selalunya umi settle memasak dalam pukul 6.30 petang.Balik kerja pukul 5.00 petang,terus bergegas balik ambil Naura,Sampai rumah dalam 5.30 petang.
    So,balik rumah,letak beg and uruskan Naura dulu sebelum masuk dapur.Selalunya aku akan tanya dia apa yang dia nak buat,nak main or tengok tv sambil makan popopunch(coco Crunch)Barulah aku boleh masuk dapur dengan tenang.Jenis aku ni,tak suka bila aku memasak,anak masuk dapur.Rasa nak buat pintu je.Bukan apa,risau jugakkan takut terkena minyak panas ke apa,lebih baik mencegah kan.Tapi tulah,budak² ni lagi kita larang,lagi dia buat.So umi biarkan je dia bermain dengan pinggan mangkuk umi…
    Sebelum pukul 7 malam,aku akan make sure kami dah kenyang.
    kemain menghirup kan minah ni.Dia memang suka dengan sup ayam.Lepas makan nasi,dia mintak nak hirup sup tu

    Thanks for Reading kisahsidairy.com

    Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

  • from my kitchen,  MMKD

    MMKD : Lunch aka Dinner sabtuday

    Assalamualaikum

    Hai korang..Masak-masak di pagi sabtu,plan lain,masak lain.Pergi ke pasar hari tu aku ada beli Ikan Thalapia merah.Teringin pulak nak goreng garing-garing.Makan dengan nasi panas pun sedap.

    Tapi memandangkan ada anak saudara datang,dan dia jenis tak makan ikan-ikan macam tu,so kita masak makanan yang dia makan

    Actually,abang tumpangkan anak dia kat rumah sebab ada urusan kat luar.Aku memang suka kalau anak saudara aku datang,at least Naura adalah kawan.

    Ok..so,apa menu kita hari ini..alah biasa sangat masak ni.

    Sayur Taugeh Masak lemak
    Ayam goreng tepung
    Sambal sotong
    Simple kan..hadodoii..rasa tak tau nak masak apa,time terfikir nak masak sesuatu ,mesti ada je yang tak complete.
    So,esok ada plan nak masak lain..hehe

    Thanks for Reading kisahsidairy.com

    Contact me at :sitirohaida81@gmail.com