Tabiat Mengisar dan menggesel gigi ketika tidur

Tabiat Naura Mengisar dan menggesel gigi ketika tidur | Begitulah tabiat Naura bila tidur malam.Umi tak pasti kenapa tetapi memang selalu sangat kedengaran dia menggesel gigi sewaktu tidur.

Entah kali ke berapa umi dengar dak Naura gesel gigi sewaktu tidur.Macam dah jadi tabiat dia pulak bila tidur mesti akan ketap gigi macam tu.Sampaikan bila umi dengar pun akan terasa nyilu.Di kalangan adik beradik umi ada sorang adik lelaki umi pun akan buat benda yang sama bila dia tidur.Adik lelaki tu dah biasalah dari zaman dia kecik pun dah berbunyi kalau tidur.Kena pada anak sendiri dah macam kerisauan pulak.Terus umi google cari maklumat tentang kes mengisar dan menggesel gigi ketika tidur.

Kadang-kadang bila dia bangun, umi tanya dia balik samada dia sedar atau tidak dia menggesel gigi ketika dia tidur.Jawapannya mestilah tidak sebab orang yang menggesel dan mengetap gigi ni dibuat tanpa mereka sedar.

Jom umi rungkaikan sedikit masalah gigi berbunyi atau berlaga ketika tidur ni.Kalau tak baca kita tak taukan pasal info ni.

 

TABIAT MENGISAR DAN MENGGESEL GIGI KETIKA TIDUR

Ia juga dikenali sebagai Bruxism atau Teeth Grinding di mana satu keadaan penggeseran secara paksaan antara permukaan occlusal gigi bawah dan gigi atas(permukaan yang digunakan untuk kunyahan).Pergeseran itu biasanya berlaku tanpa kawalan samada geseran ke depan dan kebelakang atau ke kiri dan ke kanan.Dan biasanya bruxism berlaku besama jaw clenching(ketapan- mandible  shut tightly).Mereka yang mendapat kondisi ini dipanggil bruxers.

 

ADAKAH BRUXISM MEMBAWA MASALAH?

Kondisi bruxism yang tidak ditangani dengan cepat mampu memberikan kerosakan yang kekal kepada gigi dan ketidakselesaan di bahagian mulut dan muka.Kondisi teeth grinding yang berlaku tanpa kawalan ini sangat berbahaya kepada gigi terutamanya sewaktu tidur.

Semasa tidur, mastication force(kekuatan kunyahan) boleh mencecah 6 kali ganda lebih dari kekuatan kunyahan biasa dan boleh berlaku dalam 40 minit dan 1 jam waktu tidur.

PENYEBAB KEPADA TABIAT MENGANCING DAN MENGETAM /MEGETAP GIGI

Tabiat ini mungkin disebabkan oleh:

  • Stres atau tekanan perasaan yang dirasakan setiap hari.
  • Perubahan gigitan yang mungkin berlaku akibat trauma atau rawatan gigi.
  • Susunan gigi yang tidak betul.
  • Masalah perubatan seperti Cerebral Palsy
  • Posisi badan yang tidak betul
  • Perubahan hormon
  • Tidak diketahui punca

 

ANTARA KOMPILASI AKIBAT BRUXISM INI IALAH

  • Kekacauan struktur rahang bawah
  • Kesakitan pada rahang bawah(Kesukaran membuka dan menutup mulut)
  • Kelukaan
  • Pening kepala
  • Sakit telinga
  • Kerosakan pada gigi(permukaan atas, akar dan periodontal ligament)
  • Kerosakan gigi palsu atau tampalan pada gigi.
  • Menyebabkan gigi sensitif
  • Goyangan gigi(tooth mobility)

 

APA YANG MENYEBABKAN BRUXISM

Sebab dan punca berlakunya bruxism atau teeth grinding tidak dapat ditentukan secara tepat.Namun dapat disenaraikan beberapa faktor yang dipercayai secara kajian dan pemerhatian dan dapat di klassifikasikan kepada 2 iaitu :-

FAKTOR BRUXISM KEPADA ORANG DEWASA

  1. Tekanan perasaan.Ia adalah punca utama berlakunya bruxism di kalangan orang dewasa terutamanya sewaktu tidur.Tekanan perasaan boleh menganggu kitaran tidur seseorang.
  2. Kekecewaan dan menyimpan dendam dan marah.Semasa marah atau kecewa, biasanya keadaan ini tidak dapat dikawal.
  3. Perwatakan yang agresif.Sama dengan sebab yang sebelumnya, iaitu berkaitan emosi.Cuma kali ini mereka tidak menyimpang dendam atau marah, malah melepaskan marah dalam keadaan mengetap gigi dengan kuat tanpa kawal.Beberapa kajian menyatakan bahawa mereka yang agresif, suka bertanding, suka mengawal dan mengarah mendapat keadaan burxism ni.
  4. Masalah fungsi Central Nervous System. Beberapa kajian membuktikan disfunction of central nervous system sebagai punca berlakunya bruxism seperti Huntington’s disease dan Parkinson’s disease (neurological disorder).
  5. Ubatan dan dadah. Ubat antidipressant seperti Prozac dan Celexa, dadah seperti ekstasi dan kokaine dibuktikan memberikan bruxism sebagai kesan sampingan penggunaannya.
  6. Susunan gigi yang tidak normal. Ia lebih dikenali malocclusion. Inilah salah satu sebab fizikal bruxism. Namun, ia masih dalam peringkat teori dan belum dibuktikan mana-mana kajian saintifik.

FAKTOR BRUXISM PADA KANAK-KANAK

Bruxism adalah keadaan yang biasa berlaku pada kanak-kanak.Namun keadaan ini akan hilang apabila kanak-kanak itu menghampiri usia remaja.

  1. Perkembangan tumbesaran rahang dan pertumbuhan gigi baru. Untuk kanak-kanak bawah umur 7 tahun, gigi mereka masih dalam peringkat tumbesaran. Masa perkembangan gigi itu selalunya menyebabkan kegatalan pada gusi mereka dan menyebabkan mereka mengunyah tanpa sebab. Teeth grinding semasa itu adalah respon badan terhadap perubahan dan perkembangan rahang kanak-kanak. Dan untuk gigi yang baru tumbuh, biasanya bruxism berlaku untuk membetulkan susunan gigi kepada susunan yang lurus dan betul. Biasanya keadaan bruxism ini berakhir apabila gigi telah sempurna lurus dalam paksi rahang tersebut.
  2. Marah dan tekanan perasaan. Seperti orang dewasa, kanak-kanak mempunyai perasaan dan merasai tekanan dan marah. Mereka turut mendapat kondisi bruxism ini.

RAWATAN BAGI BRUXISM 

Setakat ini tiada rawatan khusus yang mampu merawat kondisi bruxism, namun kondisi ini dapat dikawal.

Untuk mengawal kondisi ini, mereka yang mendapat bruxism ini perlu mengetahui punca sebenar berlakunya kondisi ini ke atas mereka. Berjumpa dengan doktor gigi adalah langkah terbaik supaya dia dapat melakukan pemeriksaan ke atas mulut mereka samada terdapat abnormaliti, kerosakan pada tisu, otot dan urat mulut. Kemudian doktor tersebut akan menemubual dan menyoal selidik samada mereka mempunyai masalah psikologi.

Biasanya masalah bruxism dapat diringankan dengan memakai mouthguard seperti yang dipakai pemain-pemain bola sepak mahupun sukan lasak. Mouthguard ini dapat mengurangkan kesan bruxism semasa tidur.

 

Itulah sedikit sebanyak pengetahuan yang umi baca dari Myhealth ni. Kalau ikut info dari sini memang tak perlu dirisaukan sangat.Tapi nak juga terus tanya pada doctor gigi nanti.

Umi pulak makin seriau bila dia dah setiap hari geselkan gigi dia tu.At least bila dengar dari doktor barulah lega hati ni kan.Tak perlu risau lagi dah.

 

By siti Rohaida

Blog about parenting, tips parenting, deco, homeschooling activities, travel and beauty.Welcome to kisahsidairy blog

2 thoughts on “Tabiat Naura Mengisar dan menggesel gigi ketika tidur”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *