nilofa banana milk

Susu Pisang Nilofa semakin mendapat sambutan?

Susu Pisang Nilofa semakin mendapat sambutan? |Sana sini dah orang cerita pasal Nilofa Banana Milk ni.Korang dah cuba?

Walaupun dah lama berada di pasaran, dan dah ramai yang mencubanya, barulah kali ni umi dapat merasa tau.Bukan tak pernah nak mencuba, tapi tak terasa nak mencuba.Alang-alang adik order hari tu, jadi kesempatan itulah kan umi pun ambil tahu apa yang bestnya dengan susu pisang Nilofa ni.

Yelah, korang mesti dah kenalkan founder di sebalik susu pisang ni? Of courselah kenal, orang yang umi minati bukan sahaja dalam carrier tetapi juga drama.Suka lihat cara dia yang bersahaja.Tapi bukanlah peminat No.1 Nealofa ye..

susu pisang nilofa

Dan Susu Pisang Nilofa ni pun pernah viral satu ketika dahulu gara-gara tindakan Dr Amalina yang minta Neelofa jelaskan tentang khasiat susu Nilofa yang kononnya boleh kurangkan obesiti.Umi cuma membaca, tetapi untuk tidak mengikuti mungkin tidak.

SERBA SEDIKIT TENTANG SUSU NILOFA 

NILOFA BANANA MILK adalah produk terbaru oleh Neelofa iaitu sejenis minuman susu segar dari Australia dengan campuran pisang. Minuman banana milk ini sangat terkenal di Korea dan kini Neelofa mengeluarkan sendiri NILOFA BANANA MILK yang bakal menjadi minuman kegemaran ramai dengan harga mampu milik, memenuhi citarasa dan semestinya sedap!

Kalau korang nak tahu cerita disebalik kisah viral susu pisang Nilofa boleh la google ye..Umi malas nak bercerita di sini..hahaha.

Oh ya, Kebetulan hari tu adik beli dengan kawan dia satu box, umi tak ingat pulak ada berapa, tapi seingat umi ada 6 pcs.Tu pun campur dengan 2 perasa iaitu Perasa Pisang dan campuran kurma tak silap umi.

susu pisang nilofa

Terdapat dua perisa yang umi dah cuba iaitu

  • Susu berperisa Kurma dan pisang
  • Susu berperisa pisang

Susu Pisang Nilofa ni yang umi baca telah pun melalui proses pengeluaran yang berinovasi dan berteknologi tinggi.Dan tidak mempunyai bahan pengawet. Produk Susu Nilofa ini juga Diperakui HALAL oleh JAKIM, NILOFA BANANA MILK menggunakan pek (bungkusan) fleksibel berkualiti tinggi dan ringan, sekali gus menawarkan perlindungan lebih baik kepada produk itu sendiri.

So, pengguna tidak ragu-ragu untuk membeli produk susu ni kan? Apa lagi pendapat yang memerlukan orang untuk pilih susu pisang Nilofa ni

KENAPA PERLU PILIH SUSU PISANG NILOFA ?

  • Menggunakan concentrated whole milk imported dari Australia
  • Luluk KKM & diperakui halal oleh JAKIM
  • Jangka hayat susu sehingga 18 bulan
  • Tanpa Pengawet- menggunakan teknologi UHT dan double sterizilation
  • Sesuai diminum dari usia 2 tahun
  • Boleh diminum oleh ibu mengandung dan menyusu bayi
  • Rendah kandungan gula
  • Packaging tahan lasak, berkualiti dan ringan.

 

susu pisang Nilofa

 

Kalau ada perisa yang lain umi tak taulah kan.Walau pernah viral dengan isu suatu ketika dahulu pun, susu pisang  tetap di cari oleh peminat susu pisang ni kan? 

Yelah..Kalau sebelum ni ramai yang mencari susu pisang yang diimport dari Korea tu.So, apa beza Susu pisang Nilofa dengan susu pisang Korea?

Umi tak dapat nak nyatakan perbezaan keduanya sebab umi tak pernah pun mencuba susu pisang Family Mart tu. pernah beberapa kali nak mencuba tapi umi letak balik.Mungkin sebab umi tak berapa minat dengan rasa pisang yang di campur dengan susu tu.Lebih suka makan pisang begitu sahaja..Lain tekak, lain pendapatnya kan?

So? apa pendapat umi tentang susu pisang Nilofa ni?

Pendapat umi, mencuba tu takde masalah, tapi untuk membeli lagi tu, kalau rasa teringin boleh la.Mungkin sebab umi bukan peminat susu pisang yang membolehkan untuk umi repeat beli susu ni.

Adik la yang suka, tu yang umi menumpang beli tu.Kalau tak, entah bila umi nak beli buku ni.

Walaupun di dalamnya terdapat pisang yang mengandungi banyak khasiat, tetapi bila dicampurkan dengan pelbagai bahan, tak jadilah khasiat tu kan?

Rahsia kelebihan dan kebaikkan pisang yang perlu kita tahu?

Buah pisang ni merupakan buah Tropika yang senang untuk kita dapatkan.Bukan itu sahaja, ia juga senang untuk di tanam.

Pisang mempunyai seribu macam manfaat yang perlu kita tahu antaranya adalah perlindungan kardiovaskuler, menjaga kesihatan mata dan berupaya mencegah kanser buah pinggang.

SENARAI MANFAAT DAN KHASIAT BUAH PISANG

Perlindungan Kardiovaskuler

Pisang adalah salah satu sumber terbaik untuk potassium, iaitu mineral penting yang menjaga tekanan darah normal dan fungsi hati.

Rata-rata, pisang yang terdiri daripada 467 mg potasium dan 1 mg sodium, boleh membantu pencegahan tekanan darah tinggi dan atherosclerosis.

Sebuah penyelidikan yang ditulis di Archives of Internal Medicine mendedahkan bahawa makanan dengan serat tinggi, seperti pisang, membantu penyakit hati.

Penyelidikan sepanjang 19 tahun menunjukkan bahawa orang yang makan banyak serat, sekitar 21 gram sehari, mempunyai kadar penyakit jantung koroner 12% lebih sedikit, dan 11% penyakit kardiovaskuler lebih sedikit berbandingkan dengan yang memakan serat sedikit (5 gram sehari).

Menjaga Kesihatan Mata

Ketika kecil, orang tua anda tentunya menyuruh untuk banyak makan karot supaya mata kita sentiasa sihat dan baik.

Namun, sebagai orang dewasa, buah-buahan merupakan sumber lebih penting dalam menjaga kesihatan mata.

Studio yang terdiri daripada 100,000 orang peserta yang diminta mengkonsumsi buah, sayuran, vitamin antioksidan A, C dan E, serta carotenoid untuk menilai pembentukan penyakit mata ARMD, menunjukkan bahawa konsumsi sayuran, vitamin antioksidan dan carotenoid tidak berkaitan dengan penyakit tersebut.

Sementara itu, konsumsi buah-buahan menunjukkan perlindungan terhadap penyakit mata yang kuat ini.

Memperbaiki Tulang

Mengkonsumsi pisang secara rutin akan membantu tubuh anda menyerap kalsium secara lebih baik. Pisang mengandungi banyak fruktooligosakarida, yang merupakan prebiotik atau bakteria yang baik bagi usus besar anda.

Bakteria ini mengeluarkan enzim serta vitamin yang meningkatkan kemampuan penyerapan nutrisi serta melindungi terhadap mikroorganism jahat.

Kemampuan tubuh untuk menyerap kalsium juga menjadi lebih baik, sehingga bagus untuk tulang. Selain itu, risiko kanser usus juga berkurangan.

Menyihatkan Ginjal

Penyelidikan dari International Journal of Cancer menunjukkan bahawa konsumsi buah dan sayuran, terutama pisang, secara berkala boleh melindungi tubuh.

Penyelidikan selama 13.4 tahun merangkumi penduduk yang terdiri daripada 61,000 wanita usia 40-76 menunjukkan bahawa wanita yang memakan lebih daripada 75 buah dan sayuran sebulan (atau 2.5 se hari) mengurangkan risiko kanser buah pinggang sebanyak 40%

info: hafizamri

 

So, mana korang pilih? Entry ni bukan bayaran atau sebaliknya ye? Ini adalah pendapat peribadi umi dari apa yang umi rasa.

Loading

2 Comments

  1. tak pernah try. i’d rather make my own smoothie rather than try this one. that’s just me la.
    nak jugak try but maybe next time kot.

  2. Aku tengah tunggu yang kurma plak ni kawan hantar…yang kurma pisang tu khas keluarannya musim ramadhan aje, habis je ramadhan, kembali kepada susu pisang asal hehehehe…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *