Super Mom Jimat pantas mudah dan berkesan

Super Mom Jimat pantas mudah dan berkesan | Sebenarnya sebelum ni dah pelbagai cara aku guna untuk hilangkan kotoran bukan sahaja di baju malah di dalam rumah.Nak hilangkan kotoran yang melekat pada bilik air, pintu dan sebagainya.

supermom
SUPERMOM WORLD

Actually ini bukan review berbayar okeh.Dah banyak kali bagitau kat husband carilah apa² jenis produk yang boleh hilangkan kotoran khususnya di bahagian leher baju dan yang penting dekat pintu dapur tu.Nanti aku tunjuk ye bahagian yang aku bersihkan dengan pencuci Super mom ni.Memang best…

Super Mom

KELEBIHAN SUPERMOM SPRAY

  • Pakar menghilangkan kotoran degil di pakaian putih mahupun pakaian bewarna .Aku dah uji dah dekat kemeja husband aku.Memang hilang kotoran yang melekat dekat leher dan ketiak.Aku just semburkan ke tempat kotor tu, dan biarkan selama 5 minit.Lepas tu dah boleh cuci tempat yang kotor tu.Biasalah kalau kotoran yang dah lama melekat, memanglah kena buat dua tiga kali baru bersih sepenuhnya.
  • Tanpa perlu rendaman dan sentalan.Hanya perlu sembur dan biarkan je selama 5 minit.Lepas tu terus campak masuk dalam mesin basuh
  • Memelihara warna dan material pakaian dan menurunkan kotoran tanpa menjejaskan fabrik-Dari apa yang aku cuba ya, supermom ni langsung tak menurunkan warna baju.So tak perlu khuatir bila korang guna pada pakaian yang berwarna.
  • BONUS tidak hanya kepada pakaian sahaja malah SuperMom ni boleh digunakan untuk benda lain.Contohnya aku akan tunjukkan di bawah ni ye.

Supermom

Ini Meja anak aku.Memang mak² sakit hati kan bila nampak meja anak ni diconteng dengan marker.Lepas tu masa kenduri hari tu letak kat luar,boleh pulak kotoran lain melekat kat situ.Hati dah panas tak boleh hilangkan kotoran kat meja anak ni.Dah la warna putih..mencacatkan pandangan mata okeh.

So,bila dah ada Super Mom ni dalam rumah, aku pun try kat semua tempat yang aku rasa tak berkenan dek mata ni.Cuma bila aku try kat dinding yang anak aku dah conteng, Cat tu akan sekali keluar dengan kotoran tu.Tak taulah samada cat yang aku guna tu belum betul-betul mahal kan..hahaha..So eksperimen ke atas contengan di dinding tak berhasil.Mybe kena beli yang lain pulak yang sesuai untuk hapuskan kesan contengan kat dinding tu.

Ok…Gambar di atas adalah sebelum menggunakan Super Mom okeh..Nak tengok tak hasil selepas menggunakan Super Mom ni..

super mom

 

Taraaa…nampakkan dah bersih sikit-sikit.Tu pun aku tak sabar nak tunggu 5 minit.Tapi keesokkan harinya aku tambah lagi spray kat tempat tu..barulah puas hati.

Super Mom ni adalah keluaran bumiputera iaitu Nawzi International Sdn Bhd.Nak dapatkan produk mereka pun senang sebenarnya.Kat Shopee pun ada yang jual.So, mase tu husband aku beli kat Shopee…Aku pun tak tahu menahu pasal ni.Tetibe je barang sampai..Orang dah beli kan,So kita pakai jelah. Produk mereka bukan sahaja Super Mom, tapi ada Detergent, Brilliare Hijab dan yang penting produk ni memang terbaik.

 

Loading

2 Comments

  1. wah magic super mom ni kak beli kat mana tu…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *