INFO

Percuma Suntikan Vaksin Pneumokokal untuk Kelahiran bayi 2020

Bakteria ini boleh menyebabkan pelbagai jenis jangkitan termasuk jangkitan atau radang paru-paru, meningitis (radang membran yang mengelilingi saraf tunjang atau otak), sepsis (jangkitan dalam darah), sinusitis (jangkitan pada sinus) dan otitis media ( jangkitan telinga tengah)

Percuma Suntikan Vaksin Pneumokokal untuk Kelahiran bayi 2020 | Alhamdulillah, vaksin ini akan diberikan secara percuma di Klinik Kesihatan Kementerian Kesihatan bermula hari ini

Vaksin Pneumokokal ini boleh didapatkan secara percuma bermula hari ini iaitu 1 Disember 2020 kepada bayi yang lahir pada 1 Januari 2020 dan seterusnya.Menerusi perkongsian KKM di Facebook, vaksin ini akan diberikan sebanyak 3 dos iaitu 2 dos primer pada umur 4 bulan dan 6 bulan; diikuti 1 dos penggalak (booster) pada umur 15 bulan.

Percuma Suntikan Vaksin Pneumokokal untuk Kelahiran bayi 2020

Apakah Penyakit Pneumokokal ?

Penyakit pneumokokal adalah jangkitan yang disebabkan oleh bakteria yang dipanggil Streptococcus pneumoniae . Ia menjangkiti semua golongan umur tetapi lebih sering menjangkiti kanak-kanak dan warga tua. Bakteria ini boleh menyebabkan pelbagai jenis jangkitan termasuk jangkitan/radang paru-paru , meningitis (radang membran yang mengelilingi saraf tunjang atau otak) , sepsis ( jangkitan dalam darah) , sinusitis (jangkitan pada sinus) dan otitis media ( jangkitan telinga tengah ).

Terdapat banyak jenis strain Streptococcus pneumoniae (sekitar 90 jenis atau serotaip). Walau bagaimanapun hanya segelintir (kira-kira 20 serotaip) bertanggungjawab bagi kebanyakan penyakit pneumokokal.

Walaupun terdapat rawatan antibiotik bagi penyakit pneumokokal, beberapa strain ini mempunyai ketahanan terhadap antibiotik. Oleh kerana penyakit pneumokokal boleh dicegah melalui pemberian vaksin, maka pelalian adalah cara paling berkesan untuk menghalang jangkitan pneumokokal.

Macam mana nak dapatkan Vaksin Pneumokokal secara percuma?

Ibu bapa perlu membuat janji temu dengan klinik kesihatan KKM bagi mengelakkan kesesakan dan memastikan kepatuhan kepada normal baharu dalam usaha mencegah penularan penyakit koronavirus (Covid-19)

vaksin pneumokokal yang akan digunakan untuk tempoh dua tahun pertama pelaksanaan ialah vaksin PCV-10 (Synflorix) yang memberi perlindungan terhadap 10 serotip bakteria pneumokokus, merangkumi serotip 1, 4, 5, 6B, 7F, 9V, 14, 18C, 19F dan 23F yang turut memberi perlindungan cross-reactivity terhadap serotip 19A.

Maklumat lanjut korang boleh baca diSINI

Jika korang ada sebarang kemusykilan mengenai pelaksaan pemberikan vaksin ni boleh hubungi KKM di talian : 03-8883 4003( isnin hingga jumaat dari jam 9 pagi hingga 5 petang atau ajukan persoalan di imunisasi@moh.gov.my, atau ibu bapa juga boleh mengunjungi mana-mana klinik kesihatan yang berdekatan untuk mendapatkan penjelasan lanjut

So korang yang ada anak yang lahir pada 1 Januari 2020 dan seterusnya jangan lupa untuk mendapatkan Percuma Suntikan Vaksin Pneumokokal untuk Kelahiran bayi 2020.Pastikan call dulu klinik kesihatan yang berdekatan untuk mendapatkan temujanji ye.

About Author

Blog about parenting, tips parenting, deco, homeschooling activities, travel and beauty.Welcome to kisahsidairy blog

(4) Comments

  1. Rugi kalau siapa taknak ambik 🙂

    1. yelah sebab sekarang ni percuma

  2. vaksin utk covid 19 dh jumpa ke blom nih? huhuhu

    1. in progress la kot nak masuk Malaysia..Mudah mudahan cepat lah kita dapat vaksin tu kan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *