Spontaneus Saturday 231119 - Kisahsidairy.com

Spontaneus Saturday 231119

Spontaneus Saturday 231119

Spontaneus Saturday 231119

Zaman kecik-kecik dulu memang selalu kena piat telinga..Kena duduk bawah rumah..Rindu kat rumah kayu umi dulu..Kalau la dulu boleh ambil gambar.. nak jugak umi abadikan gambar tu kat dalam blog ni..Jadikan motivasi buat umi bagaimana mak hidup dalam keadaan seorang diri membesarkan anak-anak tanpa ayah dulu.Rumah yang sentiasa banjir bila hujan turun dari atap-atap bocor.Papan rumah yang boleh jengah ke tanah ditutupi oleh tikar getah je.

Rindu saat tu..Kalau tengah malam, bila mak kena kerja malam, nak pergi bilik air tu, kena teman sebab takut lubang-lubang besar rumah kami tu diintip hantu(zaman kanak-kanak kan penakut)

Lagi satu rumah kami hampir terbakar bila abang letak lilin atas tv hitam putih kami.Masa tu black out..Mak umi kerja time tu.Kami pulak syok tidur sampai tak perasan tv tu dah separuh cair.Mak balik kerja terus angkut tv campak kat luar..

Memori yang takkan umi lupakan.Akan umi ceritakan pada anak-anak umi yang membesar tanpa pernah susah.Nak jadikan cerita ni sebagai motivasi buat mereka juga.

kan dah terpanjang……..

Mommy Blogger | Johor Blogger (JDT Blogger) For Any Collaboration | Events | Review | Sponsorship Email : sitirohaida81@gmail.com

One thought on “Spontaneus Saturday 231119

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *