kisahsidairy.com RESEPI

Spaghetti Carbonara mudah untuk dinner

Spaghetti Carbonara mudah untuk dinner|Sebenarnya dah banyak kali jugak aku buat Spaghetti carbonara ni..
Benda yang simple dan cepat untuk makan malam..Sejak husband tak makan nasi ni,eh..ke dah cerita banyak kali..heheh…Kenalah masak mee-mee je..Nak biasakan  perut la katakan..
Ala…simple je..Janji dah ada bahan-bahan kat rumah tu,,main campak-campak je.Yang penting prego dah ada kat rumah.Nak buat sos carbonara sendiri memang tak pandai kan..
So,belilah yang instant je..Bahan-bahan pun tak rumit mana,meh aku share sikit resepi mudah spaghetti Carbonara  ni kat korang
Bahan-bahan
-Daging cincang
Carbonara Mushroom Prego
-Lobak
-Bawang india
-Brokoli
-Cheese
-Minyak masak untuk menumis
-Sedikit garam
-Pasta
Caranya mudah je..
Panaskan minyak,bawang yang dipotong dadu,lepas tu masukkan daging cincang.Goreng sampai air daging tu kering,terus masukkan Carbonara Mushroom Prego.Masukkan garam sedikit dan last sekali masukkan brokoli,lobak dan cheese..
Cheese tu kalau korang taknak masukkan pun takpe..Aku masukkan sebab suka rasa spaghetti carbonara lemak berkrim..Dah jadi macam sphagetti carbonara cheese la pulak kan.Tapi itu yang aku sukaKorang agak-agak la..dah masak tutup api..kang hangus pulak…hehehee
Di dalam periuk yang lain,masukkan air dan bila dah menggelegak,boleh la masukkan pasta tu.Jangan lupa letakkan sedikit minyak supaya tidak melekat.Lepas tu korang rasa la,agak-agak dah lembut,boleh angkat dan toskan.
Taraaa..Siap dah Spaghetti Carbonara aku yang simple dan super sedap untuk santapan malam..hehehe

About Author

Blog about parenting, tips parenting, deco, homeschooling activities, travel and beauty.Welcome to kisahsidairy blog

(4) Comments

  1. Nice resepi.. Tapi sy terus je guna prego… Tak de dah nak masuk rempah lain.. Hehe

  2. Semudah macam itu jer masak sebenarnye…tak sangka huhu

  3. snng dan mudah sgt =)

  4. barg dh beli…tggu nk buat jgk nii..lamo xmkn ni haaa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *