Assalamualaikum
Hai korang☺☺ meh sini aku nak war-warkan tentang Southern Babywearing Festival 2017 ni.
For Sure korang yang menggunakan ni akan menantikan Festival ni kan.Bukan sahaja bagi ibu-ibu je tau yang boleh memeriahkan Festival ni,malah semua peringkat umur ye.
Bertempat di hadapan pentas Mydin Pelangi Indah , 7 October 2017, majlis bermula jam 9 pagi hingga 6 petang.
Terdapat pelbagai aktiviti menarik sepanjang SBF 2017 ini. Antaranya :
Terbuka kepada semua kanak-kanak berusia 4 hingga 12 tahun.
Penganjur tidak menyediakan peralatan mewarna.
Pertandingan terbahagi kepada 3 kategori.
Kategori A : 4-6 tahun
Kategori B : 7-9 tahun
Kategori C : 10- 12 tahun
Pemenang akan dipilih berdasarkan kreativiti mewarna dan menyempurnakan warnaan pada masa ditetapkan.
Seramai 10 orang pemenang bagi setiap kategori.
Pendaftaran pertandingan bermula jam 9.30 pagi.
Pertandingan bermula jam 10 pagi.
2) Bukan Sekadar Gendong Forum
Forum mengenai kesedaran mengendong bayi. Antara ahli panel forum adalah En. Nizamuddin Md Akhsan, Puan Chua Li Fang dan juga Dr Nornazira Suhairon.
3) Babywearer Comel
Penyertaan adalah percuma tetapi carrier/alat penggendong perlu disediakan oleh ibu bapa.
Penganjur tidak menyediakan carrier/alat penggendong.
Pemenang akan dipilih berdasarkan keyakinan dan pandai menggayakan carrier/alat penggendong
Seramai 10 orang pemenang bagi setiap kategori.
Pendaftaran pertandingan bermula jam 4.30 petang
Pertandingan bermula jam 5.00 petang.
4) Trivia Hunt
Terbuka kepada semua ibu atau bapa.
Penyertaan adalah percuma.
Penyertaan terbuka kepada 20 orang pertama yang mendaftar.
Peserta perlu menjawap soalan berpandukan soalan yang akan diberikan oleh penganjur.
Seramai 10 orang peserta pertama yang berjaya menjawap soalan dengan tepat dikira sebagai pemenang.
Pendaftaran pertandingan bermula jam 1.30 tengah hari.
Pertandingan bermula jam 2.00 petang.
Belian terkumpul sebanyak RM50.00, anda layak memenangi cabutan bertuah.
Hadiah-hadiah menarik menanti anda.
Jom kita datang beramai-ramai ke Southern Babywearing Festival 2017 ni..
ï¿«Thanks for Reading kisahsidairy.comï¿©
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com
assalamualaikum eda…menarik ada aktiviti yg diadakan macam ni…
** Mama Maszull
Macam nak pergi. Nak g ke kak?