Soal Jawab bila anak belajar menulis bersama Puan Ashikin

Soal Jawab bila anak belajar menulis bersama Puan Ashikin

Soal Jawab bila anak belajar menulis bersama Puan Ashikin

Soal Jawab bila anak belajar menulis bersama Puan Ashikin | Alhamdulillah, setiap minggu ada je kelas Parenting Online yang umi join bila masuk ke dalam Group Mommyhappy.

Group Mommyhappy?? Apa tu?

Kalau korang nak jugak ilmu parenting dengan percuma, korang boleh join Group Mommyhappy.Boleh jadi agent dan sekaligus korang akan dapat ilmu-ilmu tentang parentings yang berkaitan dengan pembelajaran anak-anak dari kecil lagi.

Ya, umi bukan parents yang tau segala hal tentang ilmu keibubapaan.Tapi apa yang umi dapat, akan umi abadikan di blog ni.Seriusly bila kita berjumpa dengan ibubapa hebat di dalam group mommyhappy ni, kita akan lebih bermotivasi dan sekaligus akan buat yang terbaik untuk anak-anak.Walaupun kita tak belajar 100 % tentang ilmu keibubapaan, kita boleh sedut sikit-sikit ilmu yang diberikan dan terapkan di dalam diri ibubapa dan juga anak-anak.Lebih baik buat dari tak buat langsung kan?

Ada beberapa perkara yang umi nak share khusunya tentang pembelajaran awal anak-anak kita.Selalu kan kita bertanya pada orang atau diri sendiri, bila nak start mengajar anak untuk menulis? Perlu ke ajar mereka dari awal? And yes, soalan tu sebenarnya pernah umi tanyakan pada diri umi sendiri.Masa sebelum umi masuk group mommyhappy ni, banyak benda yang umi cari sendiri di google.Alhamdulillah..banyak jugak ilmu yang umi dapat.Nak jadi ibubapa yang hebat untuk mendidik anak-anak ibu bapa itu tak perlu ijazah atau diploma .Asalkan kita nak belajar dan nak cari ilmu tu dah kira cukup.Jangan kata, kita dulu tak belajar tinggi , anak-anak pun ikut sama.NO… 

Umi angan-angan memang tinggi, walaupun umi tak tau apa yang mereka akan jadi bila besar, umi tetap terapkan dalam diri mereka dari kecil, MEREKA NAK JADI APA BILA MEREKA BESAR NANTI.

At least umi nak mereka jadi orang yang banyak berjasa kepada orang sekeliling mereka.

Bila ada angan-angan, kenalah ada usaha kan.So, umi cuba berusaha nak anak umi jadi berjaya.Biarlah apa orang nak kata.Asalkan umi tau apa yang umi buat.

Untuk entry kali ni umi nak share dengan korang tentang bab menulis ni.Bila agaknya nak ajar anak-anak untuk menulis? Apa yang kita kena buat, bukan anak-anak perlu buat ye..KITA YANG KENA BUAT DULU.Baru anak-anak akan buat.Ramai yang tanya kan bila anak-anak boleh mula untuk belajar menulis.

Ini antara soalan yang sering ibubapa tanyakan kepada Puan Asyikin Hashim yang menghadiri kelas beliau.Umi kongsikan buat pembaca blog umi ni ye..

UMUR PERMULAAN UNTUK ANAK BELAJAR MENULIS

➡️ Umur berapa tahun anak tahun dah mula belajar menulis?

Soalan favourite yang selalu ditanya oleh ibubapa.Anak mula berminat menulis pada umur 2 tahun. Tetapi perlu diingat, kerana ia Minat ya belum pandai lagi. Jadi pada waktu ini kemahirannya sangat terhad. Minat dia pada waktu ini bukan pada kertas sahaja tapi pada dinding, segala permukaan rata. Kemahiran ini akan semakin baik dan berkembang seiring rangsangan serta pengalaman yang dia perolehi.

AKTIVITI YANG MERANGSANG ANAK MENULIS

➡️Apakah Aktiviti Untuk merangsang anak belajar menulis

Merangsang anak menulis tidak hanya terhad dengan menggunakan pensil serta kertas. Melalui video yang Puan Asyikin  kongsi, aktiviti menulis harus dipertingkatkan dengan mengasah motor kasar dan motor halus anak-anak.

Contoh aktiviti Motor anak-anak adalah :

Aktiviti motor kasar – berjalan, berlari, memanjat, melompat dll
Aktiviti motor halus – main playdough, membutang, mezip, mengikat dan lain-lain.

Ingat tu? bukan terus bagi pensil dan harapkan anak menulis.Perlu diingatkan sebenarnya anak-anak kita bukan MALAS NAK TULIS.Itu disebabkan otot mereka masih belum berfungsi sepenuhnya.Jadi apa yang kita ibubapa harus buat adalah dengan melakukan BANYAK AKTIVITI MOTOR HALUS DAN MOTOR KASAR TERLEBIH DAHULU.

CARA PEGANG PENSIL DENGAN BETUL

➡️ Bagaimana cara memegang pensel yang betul

Ada beberapa peringkat anak memegang pensel:

Fisted grip umur 1-2 tahun
Digital pronate grip 2-3 tahun
4 finger grip 3-4 tahun
Static tripod grip 4-6 tahun
Dynamic tripod grip by 6/7 tahun

Dengan rangsangan serta latihan dapat memperbaiki cara anak memegang pensel.

BUKU YANG SESUAI DIGUNAKAN UNTUK ANAK MULA BELAJAR MENULIS

➡️ Apakah Buku buku dan produk yang bagus untuk anak anak belajar menulis

Ada banyak produk yang Mommy Happy jual seperti puzzle, pipeline construction.

Buku – kit menulis, asas menulis

SABAR ITU KUNCI UTAMA UNTUK MENGAJAR ANAK MENULIS

➡️Anak boleh menulis kalau ikut garisan titik²…kalau takde, anak tak boleh menulis….anak umur 4tahun

Kemahiran perlu dilatih dengan sabar. Anak bukan terus pandai menulis dengan baik. Mulakan dengan aktiviti yang simple dahulu. Dan jangan lupa aktiviti mitor kasar dan motor halus.

➡️Macam mana nak buat anak betul betul tulis ikut garisan titik?sebab selalu tak ikut betul..anak 5 tahun

Sama jawapan dengan yang di atas.

➡️ Anak suka tulis huruf campur besar kecil

– arahan serta contoh mesti jelas
– latihan yang konsisten
– pelbagaikan aktiviti tidak terhad kepada pensel dan kertas sahaja

 

➡️ lepas dah pandai pegang pensil, bila kita nak ajar guna tools lain(pembaris) sebab try siang tadi buat buku kit awal belajar menulis, part guna pembaris anak jadi blur

Ini juga memerlukan latihan. Kemahiran ini akan semakin baik seiring umur dan rangsangan yang diterima.

➡️ anak jenis kidal dah kenal huruf tapi selalu tulis tebalik..buat ayat pun dari arah kanan dan cara kita ajar mereka supaya tidak tertukar.

Anak kidal perlukan latihan yang lebih kerana arah tulisannya berbeza. Bersabar dengan proses ini. Mulakan latihan yang simple dahulu.

 

Itulah serba sedikit ilmu yang umi dapat dari apa yang Puan ASyikin sampaikan untuk group Mommyhappy.Memang seronok untuk kita belajar benda baru kan?

Oklah… Jom kita berazam untuk didik anak kita supaya anak kita jadi anak yang cemerlang dan dapat membantu orang sekeliling mereka kelak..

 

Mommy Blogger | Johor Blogger (JDT Blogger) For Any Collaboration | Events | Review | Sponsorship Email : sitirohaida81@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *