Siapa Dia

                                                                       Assalamualaikum
Hari nie  Eda mula mengenali seseorang yang baru dikenali hanya dengan menyaksikan ceramah beliau di Youtube..Mungkin ade segelintir yang mengenali Beliau,Termasuk juga Eda..Pernah tak korang tgk saluran TV Alhijrah tu..Bg eda pernah la tengok dan pernah eda tengok slot selama 30 minit tu beliau mengajar cara mengambil wuduk dengan betul..
 Ingin eda berkongsi sesuatu yang perlu dikongsi untuk anak-anak muda sekarang nie dan eda sendiri tentang pentingnya kita mempelajari sesuatu yang bernilai yang tidak pernha kita ambil tahu dan kita tak ketahui.

Pernahkan anda mengenali Beliau yang bernama Ustaz Don Danial Don Biyajid,
Ikuti di sini ya:-

Kehadiran stesen televisyen Islamik pertama di Malaysia, TV AlHijrah nampaknya agak lambat diterima oleh para penonton di negara ini.
Namun ia bukanlah sesuatu yang menghairankan, ini kerana selain daripada agak lewat memasuki salah satu saluran di Astro, kandungannya yang 100 peratus bercorak Islamik pasti sukar menarik perhatian golongan muda.
Namun dari hari ke hari TV AlHijrah berusaha keras untuk membuktikan bahawa semua itu bukanlah satu halangan besar buat mereka untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan stesen penyiaran lain.
Dan akhirnya dengan tanpa disangka, keputusan mereka untuk menampilkan seorang ustaz muda yang bernama Don Danial Don Biyajid, benar-benar telah mencetuskan fenomena baru dalam industri penyiaran tempatan.
Penampilan ‘sempoi’ dan bersahaja Ustaz Don dalam rancangan ” Program 30 Minit Ustaz Don ” berjaya menarik rating yang begitu tinggi dan mula mengumpul ribuan peminatnya yang tersendiri. Bilangan pengikutnya di Facebook juga semakin bertambah hari demi hari
Rancangan ini mula disiarkan di kaca televisyen setiap Isnin hingga Rabu pada pukul 10.30 malam sejak Oktober lalu.
Program 30 Minit Ustaz Don ini disasarkan kepada golongan remaja dan anak-anak muda untuk mereka menimba pelbagai ilmu agama melalui rancangan bual bicara dan interaktif.
Ia memfokus dua perkara penting untuk golongan iaitu Bicara Fardu Ain dan al-Quran secara santai
Dalam program berkenaan, Ustaz Don berjaya memberi satu nafas baru dengan corak persembahan yang pelbagai untuk lari dari lingkungan dan suasana pembelajaran madrasah yang lazimnya, serius, kurang jenaka dan ‘berat’.
Ustaz Don juga tidak lari daripada lingkungan budaya ilmu walaupun cara dan kaedah yang disampaikan adalah mesra penonton, sangat ‘hidup’, bersahaja, tidak bergantung sepenuhnya kepada skrip.
Dengan wajah yang sentiasa tersenyum dan ceria, ternyata Ustaz Don berjaya mencetus satu fenomena dalam dunia penyebaran dakwah di negara ini.
Siapa kata orang muda tak pandai berdakwah? – Syahril A. Kadir (mynewshub.my)
Dan inilah orangya..
Ustaz Don Cetus Fenomena!
Semoga memberi manfaat kat korang..Insyallah

Loading

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *