Senarai Keperluan Murid awal Tahun Persekolahan

Senarai Semak Keperluan Murid awal Tahun Persekolahan

Senarai Semak Keperluan Murid awal Tahun Persekolahan| Mungkin ada yang kata awal, dan mungkin akan kata kena siap sedia dari awal untuk menyediakan segala keperluan untuk anak-anak sekolah tahun hadapan.

Bagi umi dah hujung-hujung tahun ni, bila nampak je sales atau harga murah, memang kena terus grab.Kalau tak nanti di hujung-hujung banyaklah kan tak sempat.

Lagilah tahun hadapan, Naura dah pun melangkah ke Sekolah Tadika.Kena juga sediakan apa yang patut untuk dia.Yuran pun dah start dibayar.Kakak pun dah settle segala taklimat semua.So, tunggu untuk pembayaran yuran di hujung tahun ni la rasanya.Dan ini kali pertama kakak menjejakkan kaki ke Pra-sekolah di Sekolah Kebangsaan Bukit Mutiara.

Kadang-kadang kita sebagai ibubapa ni cukup risau sampai tak tau mana yang perlu didahulukan.Apa persediaan yang perlu kita buat dahulu.Kadang kala walaupun anak setiap tahun bersekolah, tapi datangnya kelam kabut tu, sampai tak tau mana satu nak dibuatnya.Termasuklah umi sendiri.So, untuk tidak mengabaikan atau menyebabkan tercicir segala keperluan persekolah, umi buat senarai semak untuk memudahkan kerja-kerja umi.Memudahkan anak-anak ke siap sedia segala kelengkapannya.Jom lihat senarai semak keperluan Murid di awal tahun persekolahan.

 

SENARAI KEPERLUAN MURID AWAL TAHUN PERSEKOLAHAN

 

PENDAFTARAN

Kini, pendaftaran anak ke sekolah pada tahun 2019 melalui Sistem Pendaftaran Dalam Talian KPM. Ibubapa seharusnya telah mendaftar sejak bulan Mac yang lalu. Pastikan semakan kelulusan permohonan telah dilakukan (Jun-Ogos).

YURAN, SENARAI BUKU KERJA DAN LENCANA

Yuran dan senarai buku yang telah diberikan oleh pihak sekolah boleh dijelaskan pada hari pendaftaran atau pra-pendaftaran mengikut sekolah masing-masing. Yuran persekolahan biasanya tidak termasuk belian lencana sekolah, tali leher yang mempunyai logo sekolah, baju sukan berlogo sekolah, fail rekod murid, buku rampaian, buku nilam dan banyak lagi bergantung kepada senarai pihak sekolah.

Kebiasaannya minggu pendaftaran dan bayaran yuran sekolah di awal bulan. Maka, sebagai ibubapa dinasihatkan agar bijak merancang perbelanjaan pada bulan sebelumnya.

PAKAIAN SEKOLAH

Ibubapa yang belum berpengalaman membeli baju sekolah digalakkan untuk membeli pakaian sekolah awal. Saiz baju terhad jika ibubapa membeli baju sekolah lewat. Jika anak mempunyai saiz badan yang kecil, tentu sukar untuk mendapatkan saiz yang kecil disaat akhir. Selain itu, bilangan minimum set pakaian adalah 2 pasang.

Pakaian sekolah termasuk baju kemeja/kurung putih, tudung putih, kain/seluar biru tua, baju t-shirt sukan putih, seluar sukan (track suit) biru tua, tali pinggang, kasut dan stokin putih/hitam. Jika anak ke sekolah agama pakaian  mereka pula adalah sampin/kain hijau tua dan baju melayu/kurung putih, songkok hitam dan tudung putih.

BEG SEKOLAH, ALAT TULIS, PENSEL WARNA DAN PEMBALUT BUKU

Beli beg sekolah yang berkualti kerana ia akan digunakan setiap hari dan diisi dengan buku yang berat. Alat tulis pula, beli yang asas sahaja seperti pensel, pemadam, pengasah pensel, pembaris, kotak pensel dan pensel warna. Beli barangan borong dan murah pun tiada masalah. Alat tulis biasanya hilang atau tertukar di sekolah. Maklumlah, mereka baru hendak belajar menjaga barang peribadi. Bagi menjaga kekemasan buku pula, seeloknya buku-buku tersebut dibalut.

BOTOL AIR DAN BEKAL

Sebaiknya, belikan anak-anak botol air dan bekal untuk melatih mereka untuk berjimat. Pilih botol yang mempunyai penyedut supaya mudah diminum. Galakkan juga mereka membawa bekal air kosong.

TANDA ATAU LABEL BARANG ANAK ANDA

kehilangan atau tertukar pakaian mahupun alat tulis biasa berlaku. Ibubapa disarankan untuk melabel semua pakaian dan alat tulis supaya mengurangkan risiko kehilangan.

sumber : Pendidik2u

Nampaknya bila dah ada list ni semakin memudahkan kerja umi la kan..Dah boleh semak balik keperluan persekolahan nanti.

 

Loading

1 Comment

  1. Terima kasih. Amat berguna lebih2 lagi dah nak masuk bulan 1 ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *